Thursday, December 30, 2010

Buang Benci Bila Dipermainkan

Salam semua...


Nak share something.


She: Kak, sy clash. HELP

Bulan: Nape clash?

She: Dia mintak, n dia dpt yg lg cun

She: Akak

Bulan: Ya?

She: Sakit, rasa putus asa, semua ada. Help me

Bulan: istighfar bebanyak. Menangislah, takpe. Jgn tahan. Allah akan tolong kamu..

She: Rasa benci sgt. Sgt2. Dia maenkan ati sy. Sy rasa rendah diri sgt. Benci sampai mati


Bulan: Haaa.. rilex suda.be cool gurl!

She:akak nak suh saya rilex2 je sedangkan dia dah wat saya sengsara? Nak saya berzikir pegang tasbih ke kak? GET REAL LA!

Bulan: Ha’ah.. Bijak. ^________________^

She: Akak, tolong jgn main2. Help me, k?

Bulan: Uhum, maafkanlah dia. Teruskan hidup. Pandang ke depan.

She: Sedangkan nabi ampunkan umat, inikan pula kita. Ayat ni sy bleh lafaz beribu kali kak. Sy sdg senyum sinis skang.

Bulan: Hati kamu akan lagi sakit jika tanamkan benci tu. Benci > cari salah > ngumpat > buat fitnah Buat dosa selepas dosa. Takkan nak camtu sampai mati? Laki jijik bukan sorang tu je, ramai lagi. Tapi, yang baik tetap ada. ‘Cogito ergo sum’= Saya berfikir, maka itu ada.

She: Baiklah, wlupun tu idea gila, sy akn cuba. Then tell me how.. Anggaplh benih kebencian dah wujud dlm hati sy. Cane nak terminate/delete/decrease?

Bulan: Mula2 kena terima kenyataan ni: Dia reject kamu sebab jupe pompuan lain, yang lagi cun bangat. Hot berapi.

She: Exaggerate lebih2 pulak

Bulan: muihihihi.. Maluuu~ Uhum, maksud akak. Sila redha, pasrah dan sabar.

She: Cane nak redha, pasrah dan sabar?

Bulan: Redha = terima apa yang dah jadi, pasrah = sama dgn tadi, sabar = bersyukur.

She: Susah..

Bulan: Tak pe, slow2. Biasalah tu klu kamu tak lalu makan, minum, tido, mandi. Berat badan turun, banyak menangis bla8~ Tu proses ntuk kamu jadi lagi kuat di depan hari, insyaallah.

She: Kemudian?

Koryu: Bila dah tenangkan diri, tiba masa kita belajar buang benci tu. Ntuk buang benci tu, kita doakan dia dgn kebaikan2 di dunia akhirat.

She: Akak, kita kena buat baik2 pun jgn la melampau sgt!

Bulan: Hate the sin, not the sinner.. ^^

She: Maafkan dia……………. Dgn kesakitan dan sengsara yang dia dah bagi ni?


Bulan: Sume berlaku dgn izin Allah. Cinta yang kamu rasa tu pun Allah yang bagi. Tujuan Allah datangkan perasaan tu dan sengsara ni kerna apa? Wallahua’alam. Orang selalu cakap, tiap yang berlaku ada hikmah. Jadi, akak harap, kamu jupe hikmah untuk kisah kamu ni nanti. Insyaallah..

She: Akak, sy ni huduh sgt ke?

Bulan: Meh nak tengok. Emm, hidung still ada. Mata still tak buta. Tangan, kaki di tempat biasa. Otak tak terencat, kepala tak besar. Owhh, lubang idung sama besar! Dr Bulan mengesahkan: Kamu normal!

She: Akak nii.. Hahaaa

Bulan: Part mana yang kamu rasa kamu tak cantik?

She: Gelap, sikit gemok, pendek sikit.

Bulan: Sayang, Ada sorang ustaz ni cakap, jodoh kita tu.. Dia akan suka kita sebab apa yang ada pada kita. Katalah kamu kata gemok pendek tu huduh, tapi bagi dia.. Itulah kecomelan kamu~ Wiwittttt!! Hihihihi.. Uhum, wallahu’alam.. Pape pun, biar dia cinta kamu sebab hati kamu. Kecantikan hati itu lebih real, insyaallah..

She: Ntah ada ntahkan tidak org camtu

Bulan: Insyaallah, perempuan yang baik ntuk lelaki yang baik. Kamu baik, insyaallah dapat yang baik. ^^

She: Tq kak

Bulan: Kecantikan abadi tu kat sana. Kat dunia ni sementara, ia boleh jadi nikmat boleh jadi ujian. Kat sana, kita jadi cantik sebab takwa kita kat dunia. Tengoklah, Allah sayang kita bukan sebab cantik, tapi sebab takwa kita, sebab cinta kita pada-Nya. Ce tengok mereka yang lawa2, yang dedah aurat sana sini, paha gebu, putih melepak. Orang2 laki tengok sampai rasa gian, rasa nak ajak pi wat masuk bilik. Wut if.. Pada aurat2 cantik mereka yang mereka dedahkan tu ditumbuhi kurap2, kudis2 n segala bagai yang tak best? Akankah mereka bukak aurat tu lagi? Insyaallah, akak rasa tak. Hehe..

She: Emm.
Bersyukurlah dan bersabarlah untuk keabadian di syurga.

Bulan: Insyaallah..






Avatar Cun

Salam semua...

Alhamdulillah.Mood blogwalking dah kembali. Demam pun beransur ok. Allah s.w.t masih lagi memberi Bulan peluang untuk beramas mesra dengan kalian (ayat gayah).  Gayah tak sihat. Doakan dia cepat sembuah ek.Ahakss

cun gak bile muka berubah biru cenggini.eheee

Psstt~ tersalah makan ubat.habis satu tubuh jadi lebam biru-biru.persis avatar da.adesss

Wednesday, December 29, 2010

Kalau Ingin...


Kalau ingin dimaafkan, belajarlah untuk memaafkan.
Kalau ingin dihormati, belajarlah untuk menghormati.
Kalau ingin difahami, belajarlah untuk memahami.
Kalau ingin disedari, belajarlah untuk menyedari.
Kalau ingin disayangi, belajarlah untuk menyayangi.
Kalau ingin dikasihi, belajarlah untuk mengasihi.
Kalau ingin diterima, belajarlah untuk menerima.
Kalau ingin dihargai, belajarlah untuk menghargai.
Kalau ingin disenangi, belajarlah untuk menyenangi.

Bukan orang lain yang perlu berubah mengikut kehendak kita tetapi kitalah yang sebenarnya perlu mengubah diri kita.
Kita tak rugi apa -apa malahan kita mendapat seribu satu kebaikan.
Jangan hanya tahu menuding jari ke arah orang lain.
Memuaskan hati semua orang itu tidak mudah tetapi berubah untuk memuaskan hati semua orang itu tidak mustahil.
Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan. 
InsyaAllah Dia akan permudahkan.
Ihsan ILuvIslam

I komen u..U komen i..ok?

Assalamualaikum...

Nampak tak tajuk entri kat atas tue? Desperate sangat bunyi nye kan?Ahakss.Sape?Bulan ke? Hangpa nampak muka cheq macam desperate ka? Oh! No no no.Tak de sampai desperate camtue.Sila faham!

I tak desperate ok!

"Cett! penat aku wat entri tak ade orang komen".kata si Limah.

Cik limah oit.Entri pe yang hang tulis?

"Aku tulis entri punya la best canteq menarik tertarik kau memang da bomb!.tapi tak de gak orang baca."

Mane kau tahu dia tak baca.dia baca la cume dia tak tahu nak komen pe.Ahakss

Tapi kan. pernah terfikir tak. follower-follower nie baca ke tak entri kita?follower sampai ratus2 ribu2. Tapi komen? puluh2 je kan?.Biase la tue. Kalo kita perasan orang yang komen kita adalah orang yang sama. dari satu entri ke satu entri. dari sehari ke sehari. itu menandakan orang itu menyokong @ dlm matsalless nye "support" kita. Betol tak?
So,dengan sendiri.kita akan support dia balik.btol tak? komen entri dia. selalu singgah blog dia. Hidup nie kena saling memberi dan menerima. Baru la adil kan?
Tapi ada gak yang jenis tak tahu nak menghargai pemberian orang. Orang macam nie dah tak boleh nak buat apa.biarkan saja. mungkin keotaian nya sudah terserlah.Ahakss. Gurau je!

Kalo style Bulan la kan. bergantung pada tajuk entri itu.baru Bulan tertarik nak baca. Jalan cerita yang menarik. Contoh: blog Naz. Bulan suka baca entri dia. cara dia penyampaikan sesuatu tue mudah untuk difahami. Plus entrinya bergenrekan lawak dalam serious.

*Bukan blog dia sorang yang Bulan suke, ramai lagi Bulan suka. Tapi nie contoh terdekat la. Jangan ada yang terasa hati ek.Takmo terasa hati dan gadohgadoh ye.Tuhan marah.eheee

Bulan sendiri pun bile time blogwalking tak sempatnye nak membaca entri.Kalu baca dan komen pun time tak de kerja @ time tak blogwalking.

psstt~ hidup biar ikhlas.
pssstt~ kalo tak faham ape yang i tulis jangan komen.nampak sangat tak ikhlas kalo komen gak.ahakss. maklum la demam-demam nie.Fius tak bape nak betol sangat.main tulis je.ahakss

Tuesday, December 28, 2010

Pendek Sependeknya

Salam semua.

Senyum.Lagi senyum.Lagi lagi senyum.Ok! cukup. Jangan terlebih.Eheee.
Kuik hapdate! demam.tak ade selera nak blogwalking or balas jejak kawan. Nati da segar bugar Bulan terjah korang.Promise! eheee

Bloglist Bulan da hapdate.Yang request hari tue Bulan dah masukkan dalam list.eheee

Nak rest untuk 2 3 hari.Entri tetap jalan.Jangan lupe komen.Komen taw! ahakss *paksaan*

Rentetan 2010

Salam semua. 2010 sudah sampai ke penghujungnya. Tinggal 2 hari saja lagi untuk menjejakkan kaki ke tahun 2011. Azam tahun nie tak semua dapat dicapai.Jadi dibawa ke tahun berikutnya. *boley gitu ek* 
Dan semestinya 2011 bakal menjadi tahun 'sibuk' Bulan kerana berpulun-pulun menyiapkan final year project. Doakan Bulan yea.Ehee Entri nie agak panjang sikit...So,kalo suda merasa keboringan jangan baca dari sekarang ye. Terus ke shoutbox tinggal pesan.ahakss

2010 banyak meninggalkan kenangan.Manis dan pahit. Kalo hidup asyik manis je tak best gak kan? kepahitan itu mendewasakan kita.Bulan rasa Bulan sudah cukup dewasa untuk mengharungi hidup ini. Dewasa untuk kawin?Ahakss! Belum lagi kot. Banyak benda lagi yang ingin dikejar dan dicapai.


2010 juga banyak menguji Bulan dari segi kesihatan. Alhamdulillah, penyakit itu tidak lagi menyerang. Dan berharap agar ianya lesap terus dari hidup ini. Pasal penyakit tue tak payah Bulan terangkan panjang lebar ek. Sampai sini cukup. *privasi la kata kau kan* 


2010 Alhamdulillah.Sahabat-sahabat senantiasa menyokong dari belakang.Sahabat susah mahupun senang.Mereka tidak pernah membiarkan diri ini menangis sendiri,sakit sendiri,gembira sendiri.

2010 terfikir-fikir adakah diri nie sudah cukup dekat disisi Allah s.w.t???Sembahyang.Alhamdulillah.cukup 5 waktu jika tiada keuzuran. Cukupkah amalan-amalan kita dengan hanya bersolat?Sesunnguhnya,terasa kesal jugak.mane pergi diriku yang dulu *zaman-zaman matrik*. sentiasa dengan Al-Quran selepas sembahyang. Lain taw perasaan bile selepas sembahyang baca Quran dengan tak baca. Sekarang nie pun jarang-jarang pegang Quran. Kalo tak rushing baru lah boleh buka Quran.Alasan je kan?


Nie adalah rentetan gambar 2010


Nie masa pegi main bowling ngan coursemates

Nie gambar masa praktikal.

Kat Hankuk ramyun TS.

nie time pegi UTM skudai

nie dengan songsaeng-nim (korean class)

Masa Lab session.

My family

geng bus sekolah

Truly me.Through out of 2010

Selamat melayan~~

pstt~ lagi 25hari nak masuk 24tahun.Da tua upenye


Sunday, December 26, 2010

Kamu sayang saya tak?

Salam bombbomb semua.

Tajuk entri yang ntah pape.Abaikan je.Entri pun ntah pape gak.Jangan abaikan! Sila baca dan komen!.Ini paksaan! Ahakss.Kompem korang tak singgah jenguk datang blog Bulan lagi kan?Muihihihi.



Esok seharian Bulan tak blogwalking. Sebab nak pegi Melaka.Ade kursus. Kompem ramai yang windu Bulan nati.Kan kan kan?Cepat2! mengaku! kalo tak Bulan tarik telinga.Ahakss

Sepanjang ketiadaan Bulan nie.Datang la jenguk-jenguk ek.Sapu-sapu sikit sawang-sawang kat blog nie.Sembur dengan Febreze ke?Kasi wangi banyak sikit.

Kalo sayang Bulan jenguk Bulan yah!eheee Thanks!Muahh3!

Jangan tenung lama-lama gambar nie.Nati terpikat.Nie Bulan punye.
Bulan nak suruh korang baca quote kat pic nie.
Tak nampak ek? Klik je pic tue then baca.
Apa?
MALAS?!
Ish la ape yang korang rajin??

Meh Bulan taip kat sini.

" There's no one like you,
a good heart like yours,
a good gift like you."

Pssttt~ untuk Kamu kamu kamu

Saturday, December 25, 2010

Berita: Dua beradik peluk kekasih

Salam semua.

Terkejut baca newspaper suratkhabar hari nie.MashaAllah,ape punye anak la mereka nie ek. Memalukan ibubapa sendiri. Nasib baik mak dorang nie tergerak hati nak jenguk si anak nie kat bilik. Ntah ape yang dorang buat kat belakang ibubapa dorang nie.Kalo bawak masuk lelaki dalam rumah dah berani lebih dari tue?!..Fikir lah sendiri yea.

Nak tahu berita selanjutnya PICIT

Bagus jugak si ayah nie buat laporan polis.Padan muke! kompem tak buat lagi dah.Tapi tak tahu la kalo masih tak insaf.

Ermm.nie sekadar peringantan sesama kita. Setiap kali nak buat benda-benda terkutuk tue cube bayangkan wajah ibu kamu yang 9 bulan 10 hari bawak perut boyot ke sana sini.Cube ingat wajah penat ayah kamu tiap kali dia balik kerja. Tak kesian kat dorang ke?

Happy Birthday

Happy Birthday
Selamat Hari Lahir


Tiada ucapan yang ku titipkan.
Thanks For Everything

Friday, December 24, 2010

Attention Please..my Followers!

Salam sejuk pagi-pagi semua...

Uiks sejuk sangat.Berbungkus lagi nie.Dah la kat Uia nie, hostel Bulan kat atas bukit. Tangan pun terasa beku mau menaip.Namun hati tetap berdangdut riang ala-ala gelek gerudi gitu. Lupe laks name penyanyi dangdut itu.Ahakss Hari nie Jumaat,penghulu segala hari. Kelas pun tak ade hari jumaat.Yang lelaki jangan lupa solat Jumaat ya. Yang pompuan plak,Bolah la kalo mau pegi meronggeng.Lebih-lebih lagi duit pinjaman dah masuk.Ahakss.Mau berjoli sepuas-puasnya.Oh! NO! taboleh taboleh. Harus berjimat! Menabung itu amalan mulia. *menabung dari awal utk kawin* 


Wokeh,sudasuda la sesi membebel di pagi yang dingin.

Lets focus bebeh to da point!

Bulan mau pesan kepada follower-follower kesayangan Bulan. Mau Bulan sayang korang tak? Cepat-cepat follow Bulan sekarang! Muihihi. 'THANK YOU' sebab follow.Tapikan awat hangpa tak letak link kt profile tue.Bulan nak follow balik camna?Adess.

Takda pun link.ish la.Bulan tak boleh follow kamu kembali taw?

Then,yang bagitahu kat shoutbox.Maafla ye,kekadang terlepas pandang. Sebab tengah syok ber'blogwalking' an. Mane la nak ingat blog mane yang nak kene follow kembali.huhuhu Time free tak blogwalking baru la terhegeh-hegeh nak follow orang kembali.ahakss Tengok kat profile.Tak de link plak.ahakss.Nasib la labu.Jangan marah Bulan tak follow korang ye.

Senyuman manis kasi korang cair.Ahak cair tak? =p
Jangan marah Bulan yah! Sayang korang semua!Muahh3!

pssttt~ kepada follower Bulan yang belum i follow lagi.Cepat-cepat tinggalkan komen kat entri nie.Nati Bulan follow kamu yah!

Thursday, December 23, 2010

Kisah Semut

Salam semut semua..eheee

Meh sini Bulan nak cerita sikit. Kisah pasal si semut biase merah (semut api) dengan semut hitam.
Pada waktu ketika dulu, dalam bahasa omputehnye (once upon a time).ecece.semut hitam dan semut merah berkawan sangat baik. Ibarat "Air dicincang tak akan putus".Tapi pada satu hari, tiba – tiba semut merah nie telah menggigit semut hitam.ish ish ish.Jahat tol!. Sehingga meninggalkan kesan yang amat mendalam dan sangat pedih buat semut hitam. Maklum la sahabat sewarne dia semua habis digigit oleh semut merah.Yang peliknye kenapa dia tak kene gigit ek?(ABAIKAN!).Semut hitam nie pun terus terasa hati dan membawa diri jauh dari semut merah. Lama kelamaan hubungan mereka menjadi renggang. Tak bertegur sapa. Lu kubur lu.Wa kubur wa.Cenggitu la andaiannya. Yang membuatkan semut hitam berjauh hati ialah semut merah langsung tidak meminta maaf kepada nya di atas kekasarannya itu. Jahat tol semut merah nie ek. Buat salah tak reti nak mintak maap!Pada suatu hari, semut hitam teringat akan semut merah nie. Semut hitam berjumpa dan menegur la semut merah nie. Tapi malangnya, sekali lagi semut merah telah menggigit semut hitam. Semut hitam berasa sangat sedih. Semut hitam sedar akan statusnya yang hanyalah semut biase yang berwarna hitam berbanding semut api.

Bezakah kita semua?


pstt~ kita manusia semua samakan?tak ade bezanya.semua datang dari Allah.yang membezakan kita adalah sikap dan pemikiran kita. Renung-renungkan.Jangan la kerana anda berharta,bijak pandai,berkedudukan.Anda memandang rendah pada mereka yang kurang dari segala segi.

Wednesday, December 22, 2010

Alhamdulillah

Salam semua.

Penat.Mata mengantok nie. dari petang semalam tak rehat lagi.Habis kelas tadi terus keluar pegi bank dan pejabat pos. Badan lenguh-lenguh.ade orang nak tulun pijak-pijak picit-picit tak?Eheee.meh cepat-cepat Bulan upah kepsi.ahakss.Suda-suda sesi merapu!

Berbalik pada tajuk entri."Alhamdulillah". Perkataan yang mulia.Harus kita sebut selepas kita dikurniakan sesuatu.Tak kira la baik atau buruk.Ini menandakan kita bersyukur dia atas pemberian Nya. Eh eh eh.Macam ustazah la plak kan?muihihihi.

Nak tunjuk nie...

BE ke 3 dan 4.

Alhamdulillah.Pemberian Allah melalui incik Nuffnang sayang! I lap u so much la abg nuff!ahakss
Yang pertama dan ke-2 dah jadi ME.muncul laks yang ke 3 dan 4 nie.eheee

Thanks jugak kat Sahabat-sahabat blogger.tanpa anda siapa lah Bulan di arena blogging nie.huhuhu
*ayat touching sey* Nati ramai-ramai terjah Bulan ek.InsyaAllah dengan tulang ompat kerat nie den terjah hangpa balik.dunworrybebeh!

It Hurts

Salam semua

Sakitkan jika kita dilukai dan bila cinta dikhianati juga tidak dihargai. bak pepatah Bulan "salah tempat meletak Kasih Sayang Cinta".erkk! pepatah kah itu? yang pastinye tiade dalam pepatah melayu.ahakss
Sakit jiwa kan kalo kite suke org tue tapi dia tak suke pun kita.Kita nie hah duk la tergedik-gedik ngan dia.Dia plak haremm nak layan kita. Hari-hari nie ambil berat sal dia.Maklum la dah suke dan sayang kan. kalo tak, takkan nak amik tahu sampai cmtue skali kan? lantak la ko nak p mampus skali pun.ahakss ade aku kisah? macam tue sifat orang pompuan.kalo dah sayang tue..dari hujung rambut sampai hujung kaki di jaga nye lelaki tue. tapi si lelaki plak.habuk pun tak hargai.buat main-main ade la.ditendang nye cm bola kite nie.ish la.Nie lelaki jenis buaya aluminium.tak layak lagi nak panggil buaya tembaga.ahakss. Ye la,buaya tembaga nie mahal sket dari aluminium tue. lelaki dayus nie boleh la di kategorikan sebagai buaya aluminium.ahakss jangan marah ye. Korang (lelaki2 kt luar tue) nie Bulan taw jenis Lelaki sejati.eheee. sayang aweks dan bini korang sampai mati.eheee everlasting love la katakan!

Entri nie tak tuju kat sape2. Sape makan lada dia rase pedas.Kena la minum air banyak2 ye. Lagipun banyak kes cengini Bulan dengar dari cerita kawan2 Bulan.Bulan pun penah kena ngan lelaki camnie.Sakit hati tue memang.Tapi Bulan ingat hidup nie berlandaskan hukum karma. kite buat baik akan dibalas baik.Kite mainkan perasaan orang nati ade la yg akan mainkan perasaan kita.Hidup nie macam roda.sekarang kite kat atas.esok lusa kat bawah kene penyek!

Panas telinga semalam duk bergayut dengan kawan Bulan hampir 2jam.tak ape kredit dia.ahakss.Sedih sakit hati bengang menyampah dengan lelaki yang mainkan perasaan dia.Aduhai wahai lelaki! Disebabkan ko sorang abes semua lelaki aku labelkan macam tue taw?ko tak kesian ke dengan ramai lagi lelaki yang setia metia kat luar sane tue?disebabkan nila setitik,rosak susu sebelanga. Please la ko,p pindah laa planet lain. Kalo ko dari awal tak suka dia,asal ko duk tergedik-gedik dengan dia?seolah-olah ko bagi dia harapan taw. aku rase ko nie pegangan agama dah cukup baik dari aku nie.Cube la fikir dengan cara waras.

Uikkss..Punye panjang Bulan membebel.ahakss.lame dah tak membebel.tetibe gatal tangan nak membebel *membebel pakai tangan ek? sile la paham* 
ermm..sebenar nye nak tunjuk video nie.eheee Suke tengok sebab dorang macam Barbie Doll.ehee
Jom Layan lagu nie.Korang tak paham buat2 paham k.Sebab ade translation.ahakss



psstt~kadang-kadang nak salahkan lelaki 100% pun tak boleh gak.apa nak buat wanita nie hatinye rapuh.mudah dengan godaan.wanita dicipta utk disayangi dan dibelai.bukan utk diperkotak-katikkan.
ehem ehem ehem rase nak makan spaghetti la...

Tuesday, December 21, 2010

Menci tol!

Salam semua.Hai sahabat blogger yang disayangi. Walaupun mood telah jauh ku tendang ke benua afrika korang tetap menjadi pujaan hati den.haha.Bosan tol ko Bulan nie.Den tengah tensiyon nie.adess.macam2 hal duk fikir. Sampai sekarang pun nak menaip tak ade idea.huh! Mencik tol!Menyampah pun ade. Rase nak pegi merempit je.Jom jom sape nakjoin skali?Paling menyampah bile.elok-elok duk baring ats katil.berduyung-duyung idea datang.tapi dah mengadap lappy?Haiyark~ semua idea hilang suda ma! Mana mau carik? teringat kata sahabat blogger dalam entri nye.erkk..lupa laks sape blogger tue.miahaeyo yeobo.ahakss faham-faham sendiri ek.muihihi.katanya "time idea dtg mencurah-curah tue sediakan pen dan kertas.tulis aje ape yg terlintas time tue.then baru taip balik".betoi3! Bulan setuju.tak semua yang boleh menaip entri dengan rancaknya sambil berdangdut riang kan?erkk..melencong ke tempat lain laks.ehee maksudnye tak semua boleh menaip dalam masa yang singkat (ondaspot) dan publish.tol tak?Bulan la antara orangnye.kalo entri yang giler baban membebel dan merapu tue ditaip dengan masa yang singkat
macam entri nie la.ahakss

Sebenarnye nak cakap.sekarang pukul 9.25 pagi.kelas pukul 10.mandi belom lagi.perut berjoget pop yehyeh mintak diisi.dan dalam kelas nati semestinye acara melukis Semester Ini akan dipertandingkan.

wah..sopan setum giler aweks nie.senyum pn tutop molot!ahakss

Monday, December 20, 2010

Semester ini

Salam bahagia semua.


Apakah tafsiran anda?Rumah?Bulan?

Nie la kerja bile dalam kelas mengantok.Ahakss.melukis melukis melukis. dengan melukis otak berjalan gak la dari tak gerak lasum.lagi mengantok! Puas di tenyeh2(tol ke word nie?) sampai comot eyeliner.Still mengantok gak.Nak borak-borak plus mengumpat tak boleh,takut lecturer perasan. kang tak pasal-pasal kene baling ngan marker.Kene baling takpe,tapepasal kene mark kat dahi tue sbg budak bising.

Kalo kelas sejam setengah.awal 45 minit boleh la masuk otak ape yg lecturer cakap.then,lepas tue ntah ilang ke mana dah.duk berkhayal pasal putera idaman.Kadang-kadang kalo kelas tengahari duk fikir nak makan pe lunch nati.ahakss.Lecturer plak tak reti-reti nak benti.nak jugak dia sumbat bagi tepu otak den nie.adess.nasib la ang Bulan.kalo dapat lecturer Sudanese or Arabian.alahai..lagi la kene pasang telinga.nak paham slang dorang tue punye la susah.

Kalo kelas petang?Perghh.mengantok giler baban.rase nak tongkat je mata nie dengan batang mancis.muihihi
Tapi kalo balik bilik kompem tak leh tidor nye.sebab duk mengadap lappy laks.ahakss *sengal la ko Bulan*

Alhamdullilah,semester nie jadual takde la padat sgt 14 jam kredit je.Tapi homework tue banyak la.Sebab semester nie Bulan kene siapkan projek akhir semester. Adess,doakan yang terbaik untuk Bulan ye.eheee

Sunday, December 19, 2010

Saya orang kampung.so?

Salam semua

Saya mengaku saya agak kekampungan sikit. Ala-ala perempuan melayu terakhir gitu.Dari cara bercakap, pemakaian dan juga pemakanan memang terang seterang-terang nya tak yah nak suluh-suluh. Thanks! sebab suluh jugak! Degil! memang orang kampung. Saya tak pernah lupe diri yang saya nie asal dari kampung. juga dari keluarga yang sederhana. Abah kerja kerani. mama suri rumah separuh masa.Ahakss

Saya melayu-thai. Genetik melayu dari abah. dan genetik siam dari mama. suka masakan Melayu dan Thai. Suke sangat dengan Tomyam dan Somtam.itu makanan thai. Kalo makanan melayu. Ikan rebus goreng dan budu sudah cukup membangkitkan selera ku.Dan kesannya selepas makan.Pasti menjilat jari! Ahakss.masih ingat lagi,kawan Bulan cakap,"macam orang tua la makan budu". Tapi sekarang dia pun dah gila budu. Sampai dalam coconut shake pun nak taruk budu.Tipu! ahakss.

Saya orang kampung tak tahu nak bersosial.Datang KL baru tahu semuanya. Tapi setakat ini masih lagi dapat kawal diri.kerana pesanan abah sentiasa meletak di hati dan terngiang2 di telinga. Bunyinye "Jangan memalukan abah dan mama". So,nak buat benda yang mengarut memang tak kan buat lah.Mama pulak selalu pesan. "Ingat bakal anak-anak dan suami kamu kalo nak buat benda mengarut.". Ofcos saya mahu keluarga yang beriman. Suami soleh yang boleh membimbing saya.betol tak?kalo dapat yang bukan macam tue.suda tentu saya yang akan membimbingnya.Hidup kena saling melengkapi.betol tak?eheee. rase macam da melencong ke arah lain nie.ehee gatal nak kawen plak.Suda tentu,sape tak mo kawen. Mish? Erza? Dua-dua tue memang nak sangat kawen.Ahakss lelaki bagaimana pilihan ku?Cukup sekadar dia dapat menerima diri nie seadanya tanpa memaksa saya merubah apa-apa kecuali untuk kebaikan.

Cukup suda bebelan kali ini.ahakss.Petang yang sejuk nie best kalo membebel! *ade kaitan ke?*

Saturday, December 18, 2010

Bulan Pun Boleh Makan La!

Salam Semua...
mo menaip entri sal makan. Orang cakap kalo tak makan tak boley hidup?
betol ka?kalo tak solat? boley hidup kah? Still boley.tapi tak tenang la hidup.kan?kan?kan?
eheee.suda jgn melalut lagi.mo jadi ustazah kah?cermin diri dulu Bulan.Belum layak digelar ustazah.ahakss
suda suda.Fullstop!


Tag nie ditag oleh Panadol,Mish,Miera dan Erza. ades banyak doe.Pemes gak i.ahakss
Benci bile Bulan kembang montot.ahakss


Tag Makan
  
Bagi 3 makanan yang korang paling suka dan sila bagi specific nama makanan tersebut and the way you like it.
# Tomyam mama buat.Besh!! resepi thai.
# Nasi Goreng sardin Bulan wat.masak sendiri mesti la sedap kan?muihihi.
#Lamp chop kt klcc.tapi restaurant tue da tutup.sedap.murah.banyak!
  
Jenis air apa yang korang paling suka?
# carrot susu
#air kelapa
  
Which type of food yang korang prefer? Pilih 3..
Malay, Chinese, Japanese, Western, Italian, Mexican, Arabian?
malay,italian,japanese...nak tambah lg. korean.eheee

Apa makanan yang korang paling expert masak? Dalam kata lain takyah tengok resepi tapi at the same time bila orang lain rasa akan kata Wah,gila sedap!
#nasi goreng
#puding triffle
#sup ayam
#tomyam
#telor goreng.ahakss

Semahal mana korang bayar tuk makanan korang?
RM50++. untuk dinner.ahakss tapi rase tak berbaloi.sebab makanan tak best pn.

Beri nama restoran feberet. Apa makanan yang paling sedap?
McD? boleh?suke double cheese.eheee


Ayam, itik, lembu , kambing, burung puyuh, burung wak2, rusa, landak, merpati, ayam denak.
Mana satu yang korang suka? Kalau korang suka tapi xde dalam list,gtaw ek.
#ikan
#ayam
#lembu
#udang

Restoran/cafe pertama korang dating bersama pasangan anda. Dan makan/minum apa? Kalau korang ingat la kan..
muihihi.santwo restaurant kat kelantan. mkn chicken chop peberet kami. selalu mkn situ.
chicken chop kt situ mmg sedap.berbaloi la even mahal.adess!
Apa makanan yang selalu remind korang terhadap pasangan korang? Kenapa? 
adess. somtam kot.sbb dia suke makan somtam.kalo mkn somtam skang mesti teringat dia.huhhuu
 
Kalau pegi rumah orang, korang akan berharap orang tu hidang apa?
Satay!kalo time raye.mmg giler satay.ahakss ermm mee kari ke.
Makanan yang korang tak boleh nak telan langsung. Samada tak sedap/ tak boleh telan langsung.
lauk masak yg ade tofu.i dont like.tempepn i tak suke.ehee

Jajan/ cekedes yang korang suka
#aiskrim
#coklat
 
Beri 2 makanan yang emak korang masak yang korang paling suka?
mama masak sume sedap.even ikan rebus goreng dia.ehee

Makanan yang paling pedas yang korang makan? Sape masak?
ermm.tak ingt la..sbb makan 5 kali sehari selama 23thn.mne la nk ingt.ahakss

Korang klu jumpa orang yang TAG nie, apa agaknya yang korang akan hidangkan? 
panadol - paracetamol, mish - tempoyak, erza- nasi kerabu, miera -budu(kata mish)

Sila tagged 5 orang dan PAKSA mereka buat tagged ini..
caliph,isz,nuyu,silah,suria

Friday, December 17, 2010

Bersalin kali ke 2

Salam semua...

Alhamdulillah,nie kali kedua bersalin. Ahakss..Kuar anak pompuan gak.Pinky gitu.eheee
Terima kasih yang tak terhingga pada Adli kerana sudi membantu Bulan bersalin.muihihihi *sengal*
Blog nie baru 70% siap. header tak siap lagi.ade sape2 nk tolong Bulan wat header tak?ahakss


Lame gak dia design blog nie.Cool je dia bile Bulan suruh ubah itu ini.Maaf ye Adli. Saya nie banyak songeh.
mesti rase nak lempang2 je kan.ahakss Hensem la Adli nie.eheee

Nie template dulu..Adli gak tolong buat

Nie template baru.ehee Bulan suke sangat.Comel!

erkk,xpe ke puji blog sniri?eheee pink and love love love lagi. ringan je blog nie.loading pun cepat...
Sangat berpuas hati.

Sangat-sangat berterima kasih kat Adli. tapikan,header tak siap lagi.huhuhu..




Thursday, December 16, 2010

Saya Suka Mereka!

Salam semua.

Hahahaha..gelak dulu. Ramai yg tertanye-tanye kan nape la pompuan nie tergila-gila kan sangat budak2 korea nie. Meh Bulan nak jawap dari side Bulan la,orang lain tue Bulan tak taw nape dorang minat.
ehee. ye la,ade tue sampai nangis2,marah2 bile ade orang kutuk artis kesayangan mereka.eheee
Bulan?tak de la fanatik mcm tue. Ikot suke montot korang la nak kutuk hape.ade den kisah?Hahahaha

First:
Pompuan nie suke tengok bende cantek. Bukan setakat pompuan je Lelaki pun same.tak kan korang tak nak awek cantek cun melecun?kan?kan?.Bulan pun same suke tengok bende yg cantek2,cute2,dan comel2. Tak salah kan??? Artis2 korea nie kebanyakannye hensem2,jambu2,cute2,cantek2. Adess tengok dorang nie leh cair taw. Bulan admit.kalo rakyat dorang yang sebenar bukannye cantek pun.takde pun hensem. Maklum la,ramai yang buat plastic surgery. Nak popular kan? kene la ubah segalanye.
Pic before and after plastic surgery. cantek kan?Agama mereka tak melarang semua nie. So,bg mereka bende biase je plastic surgery nie.Tak suke tang mane?hidung?mata?mulut? ubah je. Jangan yg kite nie orang Islam lupe agama suda!
Yg nie naturally Hensem giler baban.adess! Dah la pandai main gitar.Hensem plak tue. Suara pun best.


Second:
bulan suke gelagat dorang nie. Suke melayan variety show dorang.Lawak giler. Mula-mula melayan bende nie saje2 nak hilangkan bosan.tapi dah lame-lame ketagih laks.*mcm dadah ek?* So,bile time stress,malas nak study tgk la drama ke variety show korea.Hahaha.Leh sakit jiwa gelak.erkk! *ade ke gelakpun leh sakit jiwa ek?*muihihihi. Korang tgk la yg nie.bagi mereka yg tak suke hiburan mcm nie akan ckp dorang nie keterlaluan. tapi bagi Bulan.Its normal thing.Dorang nk cari mkn cam kite gak.



Third:
Bulan suke jenis rentak lagu dorang.Enjoy je bile dengar.huhuhu.



Last but not least.ehee. Bulan sangat minat ngan SUPER JUNIOR nie. Kenapa?Hahahaha *gelak lg minah nie*. Sebab dorang nie hensem2,talented..tahu menari.uwooo...syok tgk dorang menari.eheee

psstt~ terfikir gak bile la Bulan nk tinggal semua nie.ehee Bile dah ade orang yang Bulan kene jaga dan layan (pakwe).ahakss



Tuesday, December 14, 2010

Shopping!!

Salam...

Lame tak update.eheee Busy busy tak busy.saje memBusykan diri. Balik clas tengok katil dan kekasih gelap i tengah baring. I pun nak baring-baring jugak.Ahakss
Wokeh,Entri nie Bulan tak mo membebel.saja nak tunjuk gamba Bulan berdatim ngan tersayang.Eheee
10hb hari tue mama ke Melaka sebab ade kenduri kawin. So,mase Bulan nak balik uia 12hb dia tak de kat umah. Sedey woo...sebab nak balik uia tapi mama tak de.tak leh nak pelok ciom.huhuhu.
So,13hb tue pas habis settlekan semua hal-hal kampus Bulan keluar jupe mama kat Masjid Jamek. Kebetulan mama cakap dia nak ke KL.Kami p shopim kat sane.eheee Erm tak mo cite banyak2.Lagipun korang tak bace.ahakss

Mama & Angah

Dgn Irah





psstt~~ malu kt Mish.teringat mase malam 12hb.mula-mula sampai uia.huhuhu



Monday, December 13, 2010

A HappyDay Nurin Akmar

Salam semua..

kuit apedet nie!

Adess.Siyess.Kakak jenis ape Bulan nie ek..Bufday adik seniri pun leh lupe.Bukan sengaja lupe tapi siyes tak ingat.huhuhu
Hari nie bersamaan 13 Disember 2010,merupakan hari kelahiran yang ke 16 NURIN AKMAR BT MOHD ZALI. adik ke-4 Bulan. Nie hah 'Adik'


HAPPY BUFDAY MY LOVELY SISTER!!!
i just want u to know that i really LOVE you so much!

Sunday, December 12, 2010

Tak pernah naik flight

Salam semua...

pernah naik flight tak?ehee Bulan tak pernah lagi.teringin gak nak naik.ahakss.
Jom tgk video nie.Lawak giler!



Kim heechul, how silly you are!

Saturday, December 11, 2010

Ops Kemas Bag

Salam semua...

Tulunk tulunk!
Bulan malas giler nie nak kemas baju-baju dan barang-barang wat masuk beg.ahakss
Malas giler.Dari semalam lagi abah suruh kemas-kemas baju.Tak jugak i buat. Beg pun terbungkang kat tepi katil tue.Mintak di isi.Huh! mengertikah kau perasaan ku takmo balik uia???

3 minggu cuti nie best even duk rumah tak pi jalan mane-mane pun. tengok tv online makan tido.Hadoi!!
Heaven betoi! Ahakss. Bile fikir nak study balik.Halamak! Otak dah berkarat nie.Baru 3 minggu cuti suda berkarat.Nak kene refresh balik nie. Cuci-cuci sket pakai clorox.eheee

erkk..suda suda.cukup la tue membebel. nak bw jap! then kemas-kemas barang. esok berangkat!

Friday, December 10, 2010

Puding Triffle Bulan

Salam...

Petang semalam Bulan try buat puding triffle. Resepi nie blaja dgn kawan mama
mase kenduri anak dia tempoh hari.Mase kenduri tue Bulan tolong dia wat puding nie dalam bekas kecil-kecil
untuk dessert pengantin dan VIP. Teringin nak makan lagi.So,mama suruh buat.ehee

Simple dan senang je.

Jom cube!

Bahan-bahan:
1. kek gulung
2.1 tin susu cair
3.1 tin koktail buah
4.2 sudu tepung kastard
5.1 paket jelly

Cara-cara membuatnye.ececece.macam chef wan laks ek.ehee

1. kek gulung tue potong setebal 1/2cm.*sebagai lapisan bawah*
2. campur susu cair dgn air buah tue bersama-sama 2 sudu tepung kastard. panaskan hingga adunan tue likat.*curah kat atas lapisan kek gulung td*

3. hiaskan buah koktail td atas adunan kastard.

4. campur serbuk jelly tue ngan air panas. kacau hingga sebati.dan curah atas lapisan buah td.*jelly tue Bulan gune perisa strawberi.ehee*

5. tunggu hingga jelly tue keras.baru leh makan ye..nak lagi sedap taruk dalam freezer dulu.ehee

TADAAA~~~


ppsstt~~ simple kan? erkk tibe-tibe je rase blog nie jadi blog resepi plak.eheee

2 Hari lagi

Salam Semua

Jumaat...Sabtu

Ahad...sampai UIA..Tak mo!!!!

Tak mo balik!huhuhu

Tak puas lagi cuti.Nak cuti lama-lama.boley??
*wat uia sniri la*ahakss

Minggu depan dah bermula semester baru.Dengan azam baru semangat baru.
Pakwe baru?xde lagi.*im looking for him now*HAHAHA

Final Year Projek tak siap lagi.Duk rumah habuk pun tak jalan.ehee
tue la yg membuatkan sy enjoy duk rumah. berdangdut berpop yeh yeh la.
Langsum tak ingat hape.eheee Balik uia nati kelam kabut la.
orang pun dah tak nampak agaknye.

first week mahu selesaikan segala hutang yang tertunggak dari sem lepas.
selesai semua.saya akan fokus pada study.Blogging??Eh eh eh. mane boley saya
lupa sahabat-sahabat alam maya saya.Tanpa korang sunyi blog saya nie.
Ibarat "segan nak hidup mati tak mahu".erkk betolkah pepatah ini.Tibai aje.
Saya akan tetap berblogging.Jadual sudah diatur.eheee

Semester ini juga semester terakhir buat sahabat-sahabat kesayangan saya.
Farah,Phia,Yanie,Irah,Kak Diyana,Daa. mereka dah nak abes.Saya aje yang masih ade
1 semester lagi.sedeyyy~~ sangat sedey. Sebab tak boley graduate bersama-sama.
Nati saya graduate mesti sorang-sorang.huhuhu s0b s0b s0b.

Tapi takpe mereka tetap dihati. Semoga semester nie dapat saya luangkan masa
bersama-sama mereka ini.Yela,lepas nie ntah bile lagi boley jupa.

Rumate-Rumate

Thursday, December 9, 2010

Nak membebel boley???

Membebel jap...



Tetiba terasa blog ni macam bukan lagi pink yang kiut miut. Erkk..color pe ek? silau la plakss.Ahakss
Eceh.Sebab tetiba terasa tajuk blog tak cun chanteq dah. Journey...Life...Love. Perasaan maw tukar tajuk blog.Tengah pikir-pikir nie. Ermm.."Mimpi Bulan"..."tentang Bulan".."datang Bulan"..eehhh!!silap2!.
Boley?Cun tak?ade mcm tuan blog nye cun tak?HAHAHAHA
Tetiba je la, jangan pulak sangka saya nak p tukar tajuk blog ini selagi tiada masa senggang.
Biasalah, hati manusia ni fleksibel.Hari ni tak suka.Esok lusa nak tukar belum tentu lagi.Lusa suke balik.
Spesis gatai!

Membebel lagi...

Ini bukan perasaan tetiba.Tapi memang niat sejak dulu.bercadang nak beli domain untuk blog.
*yeke benda ni domain?saya jahil sket ni*.Tapi sampai sekarang tak berusaha.Hidup tak berusaha, melepas la kan.Peluang dah ada.Tapi engkau lepaskan.Esok lusa kalau naik harga, kerugian pulak.Rugi tak? Rugi tak?
bukan ape...Bulan rasa blog ini belum lagi layak.Biarlah ia kekal berbintikan blogspot dulu.ade rezki berbintikan dotcom plak.macam sahabat-sahabat yang lain.

Membebel lagi...

Luka berdarah di balut kembali.ececece.Sudah pandai sekarang maw pujuk hati sendiri.
Yela, jika bukan saya nak sayangkan diri sendiri, siapa lagi?
Kesedihan bukan untuk di pikirkan.Tapi untuk mencari satu kekuatan.Harus sentiasa berbaik sangka dengan segala keadaan.Yang pasti, ada kebahagiaan di hujung sinar.Harap segala kemusykilan akan terjawab dengan satu jawapan yang pasti.Membuat keputusan berdasarkan teori dan emosi, memang akan memakan diri.
Mungkin di satu sudut saya silap, tapi tak semua kesilapan tu adalah satu kesalahan.
Harap ber'respon'lah walaupun seperti sukar.Hanya dengan berbincang segala persoalan akan terjawab.Itu harapan.Untuk tercapai mencari penyelesaian yang belum pasti.

Membebel lagi...


erkk..Keluar pic plak.eheee

pssttt~ membebel membebel membebel

Tuesday, December 7, 2010

Salam Muharam

Salam semua...



Eh,Bulan je yang tak wat entri tahun baru islam.

Lembaran Baru... Salam Maal Hijrah 1432H semua

Keazaman Baru...

Objektif Baru...

Semoga setiap niat dan hala tuju berlandaskan pada paksi yang benar.

Semoga tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya.

Azam Bulan tahun nie... i wanna be a BITCH!

"Beautiful Intelligent Talented Charming and Humble"

Namun tak lupe pada Dia Sang Pencipta.Tanpa Nya,Bulan bukan seperti sekarang nie.
Alhamdulillah,hingga kini setiap ujian dapat saya lalui dengan tabah.

Tak lupe juga pada keluarga tercinta,roomate-roomate,sahabat-sahabat yang banyak membantu.
Semoga hidup kita sentiasa diberkati oleh Nya.Ameen..


psstt~~ gambo nie utk cik anon. Dia ckp i GILER PUBLISITI. suke letak gambo kt blog. abes ko nk suh aku letak pe??? Muke ko? Banyak cantik.Ko ingt nie blog moyang ko punye? awal tahun islam ko da wat aku hangin.hancus separoh azam aku nk jadi BITCH.cett!

Sunday, December 5, 2010

Boyfren ku menjadi rebutan

Salam semua...

sedey sedey sedey....
Boyfren Bulan jadi rebutan da skng nie. Insan-insan yang merebutnye tak lain tak bukan
adik adik sniri. sampai hati mereka perlakukan kak long nye begini.s0b s0b s0b.
Kami baru berkapel tak sampai setahun. skang nie dah tak leh berkepit selalu dah.
Masalah nya bukan sorang yang rebutnye dari i.3 horang taw! Tak larat dah nak
larang.Jangan jangan jangan amik pakwe along. Along ade sorang tue je. Tak mo carik lain lagi.
Sayang giler sama dia.Chenta sampai mati.ahaksss.Mo setia sama dia solang ja..huhuhu

W595

nie la boyfren i..W595 sony ericcson. walaupun murah tak semahal iphone4 xpe la.i sayang sangat.ahakss
Nak taw nape dorang duk rebut tue? Pasal ade game racing dalam tue.Bulan pun tak penah taw game pe yg ade dlm tue..dorang taw plak. Memang bf i tak dekat ngan i la skang.tido pun tak skali.opss! eheee
pas achik maen adik lak maen.pastue yang tak tahan adik plg bongsu,Irah pun nak maen.Baru 5 tahun dah nak men game racing.Hadoiii! 

Nasi Goreng Timun

Salam semua...

hari nie saya goreng nasi.bekfast ngan nasi goreng.semalam ngan kuew tiow goreng.
nasi yang tanak semalam ade lebih. so, pagi nie tak mo membazir Bulan wat nasi goreng.
erkk..tapi kan mase goreng tue.tengok kosong je nasi goreng i nie.
nak tambah pe lagi ek?carik-carik dalam freezer. jupe nie!


ehee..potong-potong. Bulan masukkan timun nie.ahakss
penah dibuat orang tak ek?Biase nasi goreng orang taruk kobis
tapi Bulan taruk timun.eheee
menjadi gak!


psstt~~~ jom menjamu selera.eheee