Monday, January 23, 2012

First At 2012

                                                                     Assalamualaikum!


Im back...back back back. Wah,sebulan lepas aku melumut dan sawangkan blog nie. Sungguh rindu nak menulis kembali. 


Mana aku hilang selama nie?


Bagi blogger yang rapat dgn aku,dorg tahu lah mana aku pergi. aku ada je kat Facebook and Twitter. Untuk pengetahuan korang sepanjang hiatus nie aku busy dengan study. Lebih-lebih lagi semester akhir nie,aku ambil 7 subject dan 1 FYP. Bebanan yang amat berat. Final exam aku pulak berderek derek marathon 4hari berturut-turut hingga hidung berdarah.huhuhu


Habis je final, aku kene siapkan FYP aku. Dan baru lah aku dapat tarik nafas separuh lega.Fuhhh~ Sebelum result exam keluar,aku belum lagi dapat iktirafkan aku dah habis belajar or 'unofficially graduated'. Berdebar-debar jugak nak tunggu result keluar :) Dan the most important is tak sabar nak convo Hoyaaaa!


InsyaAllah,settle semua benda penting aku kembali blogging.  Tengok blog nie pun banyak lobang-lobang. Hahaha shoutbox ntah kemana,header pun tak ade.Rasa macam botak je blog aku nie.hahahaha


Nie blog baru aku,yang lama domain dah expired. So,aku just import entry2 lama ke blog baru nie. Follower dari blog lama aku penah import tapi ntah nape kejap jadi kejap tak. So, aku kekalkan dengan follower baru. 40++. Not bad gak kan? Ada jugak orang nak follower dari tak hade langsung kan?


Guys, up to here..Nati jumpa lagi :) InsyaAllah :)

" Jiwa yang terasuh dengan pengorbanan akan melahirkan seorang pejuang."

Friday, December 9, 2011

Renung dan Syukur

Assalamualaikum...

Mungkin ramai antara kita tak tahu yang nikmat Allah s.w.t kurniakan meliputi segenap alam. Pada kita sendiri,Nikmatnya dari hujung rambut hinggalah ke telapak kaki. Tapi pernah ke kita fikir semua itu? Aku?!
Aku akui aku juga baru terfikir. SubhanAllah...

Kita dikurniakan sepasang mata. Walaupun tak bulat tapi sepet tetap ianya berfungsi kepada kita untuk melihat dunia yang serba indah. Terfikirkah kita pada mereka yang cacat penglihatannya?!



Kita dikurniakan sepasang kaki. Walaupun pendek kontot tak macam kaki artis-artis korea tetap ianya berfungsi untuk kita berjalan. Dari Times Square ke Jalan TAR untuk shoppim :p. Terfikirkah kita pada mereka yang tempang dan tak berkaki?!

Kita dikurniakan seraut wajah yang sempurna. Cukup serba serbi. Sepasang mata,hidung,mulut dan telinga. Tapi kenapa masih mengeluh dengan wajah sendiri hanya kerana rasa rupa paras seperti lelaki atau bapok. Perasaan saja tue. Kadang kadang perasaan kita menakluki fikiran.

Kita sebenarnya sedang menikmati nikmat dan kurniaan Allah tanpa kita sedar. Kita tak sedar apa yang kita lalui dan jalani sepanjang hari setiap masa adalah kurniaan Allah. Tetapi masih ada juga yang mahu bersedih. Bersedih kepada sesuatu yang hilang. Lagi menyedihkan bila bersedih pada sesuatu yang bukan kepunyaan kita, sehingga kita lupa untuk bersyukur dan menghargai apa yang ada dihadapan kita :)

Notakaki: Nasihat dan peringatan untuk diri sendiri juga :)

Monday, December 5, 2011

Tudung bawal pun stylo sekarang ni

Assalamualaikum..

Apa motif pegang objek itu??!

Wah wahh..Permulaan entri gempak seyh! Nampak dak awek cun kat atas tue senyum macam menahan gigi dari terkeluar :p

Korang perasan tak fashion sekarang nie more kepada pop yeh yeh ala ala zaman 60an 70an.. Ala ala vintage gitu. perasan tak?perasan tak?

Handbag vintage,baju pun vintage, ada puff puff gitu. auwww cumel!

So,hari nie aku tak mau cerita pasal vintage vintage nie. Vintage vintage nie next entri yea. ;p *ntah jadi ke ndak entri tuh :p*

Hari nie aku nak cerita pasal tudung bawal. Ok,tudung bawal. Sebelum timbulnya shawl,pashmina dan tudung malas. Korang tahu tak tudung malas tue yang mane? Tudung malas tue tudung ekspress la. Main sarung je dan siap bentuk! Ok! stop cerita pasal tudung malas.

Ulang ayat, sebelum timbulnya shawl pashmina dan tudung malas, tudung bawal la menjadi rebutan para gadis rupawan dan mak-mak orang. Semua saling bertanding batu berlian sape paling berat , daun bunga pokok sape paling lebat. Hahahaha *paham dak maksud aku? dak paham buat paham yea :p *

Kini, tudung bawal nie timbul lagi dengan macam2 style la pulop. Siap boleh belit lilit lagi. But still nice aku tengok. Cumel je..




Nie Dian Pelangi. Model dan fashion designer muslimah dari Indonesia. Cantik kan dia? Dan stylo kan dia? Jangan risau jejaka jejaka kacak seantero malaya. Dian Pelangi nie sudah pun berumahtangga. Simpan saja angan-angan mu itu. Muihihihi

Aku penah la tengok gadis-gadis pakai tudung macam nie kat malaysia mostly student indonesia yang belajar kat malaysia. Nice wooo.. Cumel je dorang pakai macam nie :) suka suka suka! 

Kalo korang nak bergaya macam Dian Pelangi nie boleh la beli tudung bawal kat SINI. Murah-murah je owner dia jual.

Opss. Nie lelaki masa depan aku. Boleh?