Wednesday, June 29, 2011

Aku tak pernah semalas macam nie !

Assalamualaikum...

Saat menaip entri nie aku tengah landing atas katil yang bertilam empuk nie. Macam mak dugong! Cube lah korang bayangkan. hahaha. Tak boleh kan?! Macam mermaid boleh?! =p

Giler malas aku hari nie. Perot aku lapar. Tapi aku malas nak angkat bontot kuar pergi cari makanan. Cafe bukan jauh mane pun, selangkah king kong dah sampai depan pintu cafe tue. Tapi sayang nya aku bukan lah king kong nak melangkah selangkah langsung harus dipangkah.Hekhek.

Esok paper exam aku pagi dan petang.Terbaik kan?Selama aku study kat UIA nie tak pernah lagi aku dapat jadual exam sehari dua paper. Nasib baik paper pagi tak berat sangat. Cuma basic bahasa english aje. Huhuhu.Tapi paper petang tue subject 'Engineering Management'. Uwaaa. Banyak kot nak kena hafal dan ingat. 

Tapi saat nie aku dah mula mengantuk. Sumpah! Merah biji mata aku. Aku bosan hafal hafal nie. aku mesej orang tapi orang tak reply mesej aku. Cett!!!! Tengah berdating la tuh. =(

Meh nak tunjuk dinner aku malam nie.

Sushi Jaya Jusco.
Tak gemor sangat.Tapi orang bagi aku telan aje.Hakhak

Takoyaki Jaya Jusco. Bola bola api. =p
Asal 3 ketol.1 ketol dah masuk perot aku.baru aku snap gambo.Ahakss

Tuudia..Perot jepun malam nie. Nie sume kawan aku yang belikan. Kalo aku memang kirim salam la pergi Jusco semata-mata nak beli bedalah nie.Hahaha.Kan aku dah cakap aku malas nak angkat bontot.Hahahaha

psstt~ kadang kadang Allah uji kita untuk sesuatu dan berikan kita rezeki untuk sesuatu yang lain. Alhamdulillah.Rezeki aku murah hari nie =D

Wordless Wednesday #3


I miss 'THIS' moment :)

Monday, June 27, 2011

Short update!!

Assalamualaikum....

Haktuihhh~ Tak leh blah tajuk entri ' Short update!!' dalam bahasa omputih tuh. Maklum la 30hb nie aku nak exam 'English For AcademicPurpose'. Kena prektis engeris nie.Hahahaha.

Aku busy sekarang nie. Nak exam dah 30hb nie. Doakan aku yea kawan-kawan ku sayamss ayamss.

Nati aku balik rumah,boleh lah aku nak bertempel dengan blog 24jam.Huuuu~ nampok ngat nipu nye ye dop?!

InsyaAllah,aku akan update selalu dan sekerap yang mungkin.sampai korang jemu dengan entri aku. Aku akan jejak korang sampai korang fedup tengok aku terhegeh-hegeh kat shoutbox korang.

Ada orang cakap blog aku macam SAMPAH. Ye ke? Orang cakap aku selalu duk emo-emo dalam blog. Yeke?Okey okey.Yang tue aku admit la. Aku memang ade menulis entri emo dulu-dulu la. TAPI korang baca entri tue dengan AKAL dan HATI tak? Ke baca pakai KEPALA LUTUT or BIJI MATA?

Kalo korang baca dengan AKAL dan HATI,korang akan faham apa yang aku maksudkan dan sampaikan.
Kalo korang baca dengan KEPALA LUTUT dan hanya bacaan tue sampai kat BIJI MATA je. Memang la korang rasa entri - entri aku tue entri emo emo emo =D

Maaflah kalo aku cakap kasar. Sebab aku dah mula terbiasa dengan caci maki orang kat aku. Tapi tak hape. Allah s.w.t Maha Adil. What u give, u will get back.

ok bai.

psstt~ Tak sabar menanti RAMADHAN. Hati aku lebih tenang mungkin ketika itu. Allahu'akbar  :)

Sunday, June 26, 2011

Happy Birthday Itik Dan LogTim !!

Assalamualaikum...



Semalam hari jadi adik-adik aku. Tue yang kat atas tue. Tarikh lahir dorang sama cume tahun aje lain. 

Yang baju pink tue adik aku ke-2 nama NADHIA aka ITIK. Dah abis menamatkan ijazah nya di UM dalam bidang biomedik. Alhamdulillah. 

Yang baju pepel tue adik aku yang ke-3 namanye FATIN aka LOGTIM. Sekarang nie sedang menuntut di Tingkatan 6. 

Aku baru sempat nak buat entri. Tak pe la lambat sehari pun kan?! Ikhlas buat neh.hahahaha.

Along nak ucapkan:

# Selamat hari lahir
#Kita hidup bersama dah lama.suka duka pun bersama. nama pun adik beradik kan? Selamanya bersama.
#Semoga sukses dalam segala bidang yang diceburi.Amin
#Last but not least(hamboi tercakap ingeris lak =p)...I LOVE YOU!


psstt~ Jangan ditanya kenapa ade nama gelaran. Kami adik beradik memang ade gelaran masing masing.Hahahaha

Friday, June 24, 2011

Aku suka Mamat nie!

Assalamualaikum...

Hari ini aku banyak angau... customer mintak teh ais,aku pergi bagi tea o ais. angau angau angau..Aku angau dengan mamat nie.. Bila dia pegang gitar, bijik mata aku dah tak lepas pandang dah. Tu tanda aku jatuh hati.Hahaha. Belum dia mula menyanyi. Kalo menyanyi. Boleh nangis terus aku =p melampau sangat la tue kan?!




JAMBU AIR

Eh,silap. Nama dia Lee JongHyun guitarist CN.BLUE. Lagu dorang best best. Ada dalam bahasa Korea,Japan dan juga English.

Dupdapdupdap...
Sekian...

psstt~~  Korang nak cakap aku giler k-pop pun cakap la. memang aku fanatik sangat. 

Thursday, June 23, 2011

#2 Spontaneous Thursday:: Wajib baca!!

Assalamualaikum....

Korang baca Al-quran dengan hukum tajwid sekali ke?

Atau

Korang main baca je.Asal bunyinya sama dengan huruf dan sebutan.Tiada harakat,dengung dan panjang pendek nya.

Atau

Korang tak baca pun Al-Quran? (kecik-kecik dulu baca la,sekarang tak sempat.BUSY)

ok bai

psssttt~ spontan aku fikir dan aku tulis. Tak lari topik kan?

Tuesday, June 21, 2011

Yang Aku Idamkan selama ini =)

Assalamualaikum....

Saat nie aku banyak sangat kerja kene submit esok. Tapi tangan aku degil jugak nak menaip.Ahakss. Sebab aku nak tunjuk something kat korang. Mende nie dah lama aku berkenan dan aku duk tilik gambarnya tiap-tiap malam sebelum tido. Hahahaha Melampau betolkan aku mengidam =)

Meh tengok. Aku tak nak membebel banyak sangat. Nati korang fedap ngan aku.



Nie la yang aku idam-idamkan selama nie. Aku beli wedges pink nie dengan duit gaji aku. Tak mahal pun. Murah je. Aku tak pakai barang mahal. Tak mampu lagi.Hehehehe Cantik tak? Mesti la cantik kan?

Masa aku nak order nie memang risau jugak. Dibuatnya saiz tak muat dengan aku. Harus mati =p. Alhamdulillah,sesudah sampai tue,aku try memang ngam ngam dengan aku. Hekhekhek

Korang berkenan tak?Meh usha usha sini. Banyak sangat choice nye. Jenis macam mana korang nak,sume ade. 


Aku ada letak link blogshop dorang kat sidebar. Klik je bagi yang malas. Ahakss

psstt~ ade orang tanya aku. "awak pakai pengetip bulu mata ek?"."Bulu mata cantik,naik melentik".Ermm,tak lah.Nie original. Ikut mata abah saya =p

Sunday, June 19, 2011

Wanita Uzur Tak Boleh Masuk Masjid ?

Assalamaulaikum....


Kring kring (tepon berbunyi) =p


Esah: Mochi mochi...


Tipah: Assalamualaikum...Esah, aku nie.s0b s0b s0b...=(


Esah: Opss silap,Waalaikummusalam. Apa pasal ko nangis nie Tipah.Ko dekat mana ?


Tipah: Esah,aku kene marah dengan seorang mak cik nie. Masa tue aku tunggu kakak sepupu aku solat dengan masjid.


Esah: Apa pasal pulak dia marah ko?


Tipah: Aku uzur. Dan aku tunggu dia dalam masjid.Dekat bahagian belakang Dia cakap HARAM masuk masjid kalau uzur.Betol ke? Yang aku tahu MAKRUH je. Kan?


Esah: Entah la Tipah, aku tak tahu sangat. Apa yang aku tahu sama macam ko tahu la.


Tipah: Apa yang ko tahu? =.=


Esah: MAKRUH la.Adesss. Tapi banyak pendapat sebenarnya. Aku pun tak tahu yang mana betol. Jadi pape pun elok la elakkan.


Tipah: Ermmm..


Meh sini baca Tipah. Aku copy paste cari SINI.


Hukum yang dipegang oleh kebanyakan ulama seperti Imam Abu Hanifah, Imam Syafie, Imam Malik, Imam Ahmad bin Hanbal ialah haram bagi wanita haid duduk di dalam masjid.

Pendapat Imam Dawud Zahiri, Imam Muzani, Ibn Hazim Zahiri serta beberapa orang lain lagi pula ialah diharuskan.

DALIL YANG MENGHARAMKAN:

Dalil mereka yang mengharamkan ialah dua hadis Nabi saw:

Pertama: Hadis `Aisyah radiyallahu `anha

Maksudnya: “Nabi saw datang ke Masjid Nabawi. Di kala itu muka pintu rumah para sahabat Nabi saw bersambungan dengan Masjid Nabawi. Baginda lantas bersabda: “Palingkan rumah-rumah kamu ke arah lain daripada masjid” Kemudian baginda memasuki masjid. Orang ramai belum mengambil apa-apa tindakan pun kerana mengharapkan agar turun kepada mereka kelonggaran. Setelah itu baginda keluar bertemu mereka. Baginda lantas bersabda lagi: “Palingkan rumah-rumah kamu ke arah lain daripada masjid, kerana sesungguhnya aku tidak menghalalkan masjid ini untuk perempuan haid dan orang yang berjunub” [1]

Kedua : Ummu Salamah radiyallahu `anha.

Maksudnya: “Baginda saw masuk ke pintung gerbang masjid lalu menyeru dengan suara yang lantang: “Sesungguhnya masjid ini tidak halal untuk perempuan haid dan orang yang berjunub.”[2]

Kedua-dua hadis di atas menunjukkan bahawa perempuan haid dan orang yang berjunub lelaki atau perempuan tidak boleh duduk di dalam masjid.

Adapun melintasinya kebanyakan ulama mengharuskan dengan dua syarat iaitu ada keperluan-keperluan tertentu dan kedua diyakini masjid tidak dikotori dengan najis darah haid yang akan menitis. Dalilnya dua:

Pertama: firman Allah:

Maksudnya: “(jangan pula hampiri mesjid) sedang kamu dalam keadaan junub melainkan orang yang melintasinya.”

Kedua: hadis `Aisyah yang mana baginda ketika berada di seberang sana masjid mengarahkan beliau menghulurkan kepada baginda hamparan solat. `Aisyah lalu memberi alasan bahawa beliau kedatangan haid. Nabi lantas bersabda:

“Haid kamu bukan pada tangan kamu.”[4]

DALIL YANG MENGHARUSKAN:

Dalil mereka ialah kedua-dua hadis `Aisyah dan Ummu Salamah di atas adalah lemah. Dengan itu tiada dalil yang kuat yang boleh mengharamkan. Rentetan itu, hukum duduk di dalam masjid adalah kembali kepada hukum asal dalam melakukan sesuatu iaitu harus.[5]

KESIMPULAN
Wanita haid yang ingin menuntut ilmu di masjid tidak boleh duduk di dalam masjid. Namun, mereka boleh berada di tempat yang tidak dikhususkan untuk solat seperti dewan kuliah yang asing yang tidak dijadikan tempat solat, tempat rehat di tingkat bawah masjid, tempat berwudu’, kawasan persekitaran masjid dan lain-lainnya. Wallahu a`lam.

Ok Tipah,ko dah faham kan?Apa pun elakkan la. Boleh je ko duduk dalam kereta untuk menunggu. Aku sendiri tak pernah masuk masjid kalau uzur. Apa kemusyikalan samada kita tak pasti ianya HARAM atau MAKRUH. Maka cuba lah elak kan.

Bagi orang yang nikah buat majlis dalam masjid tue macam mane pulak ye?

psstt~ Kantoi plak aku si Esah tue.=p


psstt~ percubaan menghasilkan entri berdialog =p

Saturday, June 18, 2011

Kawan Sampai Mati :: Garden of Knowledge and Virtue

Assalamualaikum...

Entri kali nie biar gambar berkata-kata walaupun hari nie bukan WEDNESDAY. =p Kata-kata entri nie adalah SPONTANEOUS walaupun hari nie bukan THURSDAY =p.

Korang cari lah sampai lebam mane aku.Hakhakhak





" Friends are like RAINBOWS. They brighten your life when you have been through a STORM"

psstt~ Semoga sukses kalian. Doa ku buat mu sahabat :)

Friday, June 17, 2011

Tazkirah Jumaat:: Tanda Keras Hati

Assalamualaikum...

Nie entri autopost.  Tak sempat aku nak menulis sekarang nie. Kekangan masa membuatkan apa yang aku kejar tak dapat dan yang aku kendong tak aku biarkan berciciran. Wengss! Mesti korang pening kan?Ahaksss. Aku pun pening ape yang aku tulis nie.


Aku nak bagi tazkirah sikit nie sebagai perkongsian bersama. Semoga sama sama kita mendapat manfaatnya. Aku amik kat sini


Tanda tanda manusia keras hati.

Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".


Segalanya bermula dari hati. sebab 'niat' kita ter'generate' di situ. 


1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan.
    Kadang-kadang manusia nie yang wajib di abaikan yang sunat dikejar2 kan. Contohnya, solat 5   waktu tak pernah cukup. Wajib tue abg2 kakak2.


2.Tidak berasa gerun dengan ayat Al-Quran.
   Kalo syaitan kan,kita baca Al-Quran berkebok kebok dia lari taw. Kita nie?Nak kata gerun pun tak. Baca?! Lagi la tak kan?


3.Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat.
  Nie dah jelas dan nyata dah. Terang lagi bersuluh. Tak yah guna torch light dah. =p. Sikap manusia akhir zaman. Tengok wayang dengan kawan siap marathon lagi sampai tak ingat solat.


4.Kurang mengagungkan Allah.
   Tak nak ulas yang nie.kang tersalah ulas naye aku =p. Tapi korang boleh faham kan?


psstt~ kenapa entri tazkirah aku lebih kepada entri membebel ek?!=.='

Thursday, June 16, 2011

#1 Spontaneous Thursday

Assalamualaikum...


"sayangi orang yang menyayangi anda.jangan sia-siakan dia.Kerana tak mungkin anda menemui org lain yang menyayangi anda seperti dia sayangi anda."


psstt~ adakalanya betol ungkapan nie.

Wednesday, June 15, 2011

Wordless Wednesday #1

Monday, June 13, 2011

Apam PolkaDot:: Tak Sampai Hati nak Makan

Assalamualaikum...

Hari rajin pulak aku nak menghapdate =p Kecemburuan menular di lubuk dada melihat Mish menghapdate blog hari hari. Muihihi

Meh aku nak tunjuk kat korang satu benda nie. Ia merupakan sejenis makanan Sekali pandang macam kulit dinosaur  Tapi warna warni. Kalau korang tengok pun kompem 101% hati korang berbunga-bunga terlonjak kegembiraan. Menatang pe nih comel sangat nak makan pun tak sampai hati.Hikhikhik

Warna warni macam pelangi kan.

Nah amik kau! Besau gedabak aku tempel =p

Buat gift pun cantik.Atau nak letak untuk hantaran.

Ni la orang panggil APAM POLKADOT.Kalo korang kempunan nak makan boleh la order. Tapi bukan dengan aku la.Hahaha. Ramai je orang jual sekarang nie korang google je. Ramai orang buat online bisnes apam polkadot nie. 

Aku tak pernah rasa lagi.Nak tempah hari tue tapi postage pulak mahal melampau lampau. Baik aku buat sendiri. Tengok resepi bukan susah sangat pun. Hanya memerlukan ketekunan dan kegigihan. Cewaahhh!

Aku bagitahu mama nak buat apam polkadot raya nie. Dia jawab."mimpi je la". Haiya~

psstt~ Hari nie nasib malang betol. Pagi tadi jatuh tersadung dalam bilik air. Adess. Hati pun tersadung gak hari nie. Sakit sakit. Pembaziran air mata betol la. 

Tuesday, June 7, 2011

Jenis jenis pengomen blog::Bukan peromen OK!

Assalamualaikum...

Eheheheheh....Lama aku tak update kan? Petang tadi baru lepas midterm EAP (English For Acedamic Purpose). Ala ala SPM dulu.Tapi aku rase senang lagi yang nie sebab sekarang nie aku dah pandai english. Tettt! Ada nada RIAK disitu.

"Itu penting nye english edukesyen"...Tett! Iklan jap~

Meh aku nak kongsi pendapat dan kajian aku pasal jenis peromen pengomen-pengomen blog. Yang dapat aku kenal pasti ade 5 jenis semua nye. Lets cekedaut!

1. Pengomen penuh - pengomen yang jenis nie memang aku salute la. Dia komen setiap inci entry kita. Maksudnya tiap ape yang kita tulis dia akan bagi ulasan dan komen sama ada setuju ke tak. Baik buruk entry yang kita hasilkan.Jenis pengomen nie biasanya dia akan komen di belog peberetnya atau belog yang dia tertarik dengan tajuk entry tue. Ada paham?! Muihihihi

2. Pengomen 'summary' - mentang kentang la tadi exam keluar summary,ko masukkan gak dalam entry nie ye Bulan?! Okie dokie. Jenis pengomen nie plak dia baca entry kite sepantas kilat.Zapzipzup! Dan dia pun tulis komen."aah..kite pun tak suke orang cmtue..anoyink nye~". Auwww. =p

3. Pengomen kaki - Kaki pun ade gak?Hukhukhuk. Ciri-ciri nye,pengomen jenis nie hanya baca nota kaki entry dan akan komen apa yang korang tulis pada nota kaki tersebut. Hahahahaha. Ada sapa yang terkene? kadang kadang entry cerita pasal lain dan nota kaki tulis lain. Korang leh beza kan. memang kompem kompem dia tak baca entry korang kan?

4. Pengomen Gambo - yang nie lagi la. Tengok gambo terus komen tentang gambo. Dah tak baca dah entry penuh. Haiyooo~ kalo letak gambo gajah. "Wah..cumil nye gajah nie.rase nak cubitcubit je." =p

5.Pengomen haprak - agak kasar bunyinye disitu.Huhuhu. Entry tulis lain dia pegi komen pasal bende lain. Contoh nya: Tinggal link belog dia. "Saya singgah sini...singgah saya kembali ye.. http://malaunanakmalaon.blogspot.com". Boleh nak buat macam tue. Atleast, komen la sedikit pasal entry tuan belog tue dan sertakan lah link tue. Penat dia duk mengarang sampai tertunggang tungging. Kesian kat tuan belog, dia nak tengok feedback dari readers nya. Betol tak?

Ada lagi jenis pengomen nie. "Saya komen dalam hati." =.= Boleh pulak gitu ek.

Apa apa pun hargai la pengomen kita tol tak? Tanpa mereka siapalah belog kita.Muihihi.

psstt~ Petang tadi baru dapat gaji.Eheee