Mungkin ramai antara kita tak tahu yang nikmat Allah s.w.t kurniakan meliputi segenap alam. Pada kita sendiri,Nikmatnya dari hujung rambut hinggalah ke telapak kaki. Tapi pernah ke kita fikir semua itu? Aku?!
Aku akui aku juga baru terfikir. SubhanAllah...
Kita dikurniakan sepasang mata. Walaupun tak bulat tapi sepet tetap ianya berfungsi kepada kita untuk melihat dunia yang serba indah. Terfikirkah kita pada mereka yang cacat penglihatannya?!
Kita dikurniakan sepasang kaki. Walaupun pendek kontot tak macam kaki artis-artis korea tetap ianya berfungsi untuk kita berjalan. Dari Times Square ke Jalan TAR untuk shoppim :p. Terfikirkah kita pada mereka yang tempang dan tak berkaki?!
Kita dikurniakan seraut wajah yang sempurna. Cukup serba serbi. Sepasang mata,hidung,mulut dan telinga. Tapi kenapa masih mengeluh dengan wajah sendiri hanya kerana rasa rupa paras seperti lelaki atau bapok. Perasaan saja tue. Kadang kadang perasaan kita menakluki fikiran.
Kita sebenarnya sedang menikmati nikmat dan kurniaan Allah tanpa kita sedar. Kita tak sedar apa yang kita lalui dan jalani sepanjang hari setiap masa adalah kurniaan Allah. Tetapi masih ada juga yang mahu bersedih. Bersedih kepada sesuatu yang hilang. Lagi menyedihkan bila bersedih pada sesuatu yang bukan kepunyaan kita, sehingga kita lupa untuk bersyukur dan menghargai apa yang ada dihadapan kita :)
Notakaki: Nasihat dan peringatan untuk diri sendiri juga :)