Sunday, June 19, 2011

Wanita Uzur Tak Boleh Masuk Masjid ?

Assalamaulaikum....


Kring kring (tepon berbunyi) =p


Esah: Mochi mochi...


Tipah: Assalamualaikum...Esah, aku nie.s0b s0b s0b...=(


Esah: Opss silap,Waalaikummusalam. Apa pasal ko nangis nie Tipah.Ko dekat mana ?


Tipah: Esah,aku kene marah dengan seorang mak cik nie. Masa tue aku tunggu kakak sepupu aku solat dengan masjid.


Esah: Apa pasal pulak dia marah ko?


Tipah: Aku uzur. Dan aku tunggu dia dalam masjid.Dekat bahagian belakang Dia cakap HARAM masuk masjid kalau uzur.Betol ke? Yang aku tahu MAKRUH je. Kan?


Esah: Entah la Tipah, aku tak tahu sangat. Apa yang aku tahu sama macam ko tahu la.


Tipah: Apa yang ko tahu? =.=


Esah: MAKRUH la.Adesss. Tapi banyak pendapat sebenarnya. Aku pun tak tahu yang mana betol. Jadi pape pun elok la elakkan.


Tipah: Ermmm..


Meh sini baca Tipah. Aku copy paste cari SINI.


Hukum yang dipegang oleh kebanyakan ulama seperti Imam Abu Hanifah, Imam Syafie, Imam Malik, Imam Ahmad bin Hanbal ialah haram bagi wanita haid duduk di dalam masjid.

Pendapat Imam Dawud Zahiri, Imam Muzani, Ibn Hazim Zahiri serta beberapa orang lain lagi pula ialah diharuskan.

DALIL YANG MENGHARAMKAN:

Dalil mereka yang mengharamkan ialah dua hadis Nabi saw:

Pertama: Hadis `Aisyah radiyallahu `anha

Maksudnya: “Nabi saw datang ke Masjid Nabawi. Di kala itu muka pintu rumah para sahabat Nabi saw bersambungan dengan Masjid Nabawi. Baginda lantas bersabda: “Palingkan rumah-rumah kamu ke arah lain daripada masjid” Kemudian baginda memasuki masjid. Orang ramai belum mengambil apa-apa tindakan pun kerana mengharapkan agar turun kepada mereka kelonggaran. Setelah itu baginda keluar bertemu mereka. Baginda lantas bersabda lagi: “Palingkan rumah-rumah kamu ke arah lain daripada masjid, kerana sesungguhnya aku tidak menghalalkan masjid ini untuk perempuan haid dan orang yang berjunub” [1]

Kedua : Ummu Salamah radiyallahu `anha.

Maksudnya: “Baginda saw masuk ke pintung gerbang masjid lalu menyeru dengan suara yang lantang: “Sesungguhnya masjid ini tidak halal untuk perempuan haid dan orang yang berjunub.”[2]

Kedua-dua hadis di atas menunjukkan bahawa perempuan haid dan orang yang berjunub lelaki atau perempuan tidak boleh duduk di dalam masjid.

Adapun melintasinya kebanyakan ulama mengharuskan dengan dua syarat iaitu ada keperluan-keperluan tertentu dan kedua diyakini masjid tidak dikotori dengan najis darah haid yang akan menitis. Dalilnya dua:

Pertama: firman Allah:

Maksudnya: “(jangan pula hampiri mesjid) sedang kamu dalam keadaan junub melainkan orang yang melintasinya.”

Kedua: hadis `Aisyah yang mana baginda ketika berada di seberang sana masjid mengarahkan beliau menghulurkan kepada baginda hamparan solat. `Aisyah lalu memberi alasan bahawa beliau kedatangan haid. Nabi lantas bersabda:

“Haid kamu bukan pada tangan kamu.”[4]

DALIL YANG MENGHARUSKAN:

Dalil mereka ialah kedua-dua hadis `Aisyah dan Ummu Salamah di atas adalah lemah. Dengan itu tiada dalil yang kuat yang boleh mengharamkan. Rentetan itu, hukum duduk di dalam masjid adalah kembali kepada hukum asal dalam melakukan sesuatu iaitu harus.[5]

KESIMPULAN
Wanita haid yang ingin menuntut ilmu di masjid tidak boleh duduk di dalam masjid. Namun, mereka boleh berada di tempat yang tidak dikhususkan untuk solat seperti dewan kuliah yang asing yang tidak dijadikan tempat solat, tempat rehat di tingkat bawah masjid, tempat berwudu’, kawasan persekitaran masjid dan lain-lainnya. Wallahu a`lam.

Ok Tipah,ko dah faham kan?Apa pun elakkan la. Boleh je ko duduk dalam kereta untuk menunggu. Aku sendiri tak pernah masuk masjid kalau uzur. Apa kemusyikalan samada kita tak pasti ianya HARAM atau MAKRUH. Maka cuba lah elak kan.

Bagi orang yang nikah buat majlis dalam masjid tue macam mane pulak ye?

psstt~ Kantoi plak aku si Esah tue.=p


psstt~ percubaan menghasilkan entri berdialog =p

12 comments:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

tu la bulan...ada yg kata makruh sbb ia tak menitis pun kita pki pad,tp ramai kata haram sbb kita berhadas besar.elakkan lah selagi boleh kan bulan

CikHaniBhulat said...

masa hani study, ustaz de ckp..boley je masuk masjid walopon tgh uzur...bukan ape, zaman dulu dorg xbg masuk sbb zaman dolu2 xde pakai pad..takut bocor and kwsan masjid kotor n perlu di bersih kan..but now zaman skrg dah ada pad..boley la masuk..tp kalo boley elakkan la.. =]

emieysandra said...

asalkn jgn smpai menitis drah tu la..ermmm. tu r,cube je la elakkan ;)

cik ayin said...

ilmu ni..even still tak paham...

surau takpe kan?

sarah mohamad said...

yang saya tahu memang makruh. tapi kalau duduk dekat area luar sikit dari tempat sembahyang, takpe.

Cik Miera said...

yeke.. siyes miera pun xtau.. ingtkan cuma makhruh je.. thanks share mende ni..

apik pehe said...

hehehe..aaaa..apik pon tak tahu..hehe

pu3mas said...

cik bulan..


bes la entry nie.. btw mas pun dulu ade jugak masalah dengan perkara nie.. tapi sekarng selepas tengok cerita tanyalah USTazah (ustazah mashitah) die ade bgtau sebenarnya tiada apa2 hukum melarang utruk org yg dtg haid masuk ke dlm masjid. hukum makruh tue timbul apabila zaman dahulu dieorg xde safety PAD. n kebanyakkan guna kain yang dilipat n diletakkan sbg alas. jadi dikuatiri darah menembusi kain.

lagipun di zaman rasulullah, Rasulullah sendiri pernah menyuruh isteri beliau untuk mengambil baju rasulullah di dalam masjid, ketika itu isteri beliau uzur, lalu dijawab rasulullah, "datang dan habis nya haid itu adalah bukan kehendak kita" maka isteri baginda terus masuk ke dalam masjid tanpa berkata apa2...

disini kan jelas bahawa tiada istilah makhruh pun untuk wanita yang dtg haid masuh masjid..


nie la yg mas dpt share sedikit.. =)

nazirulhazwan~ said...

fuh, ustazah bulan la, hehe

najihah sahami said...

ehee..i lak pegang pd hukum haram terus.sebab xberani. kalau dalam surau boleh lg..:)

najihah sahami said...

ehee..i lak pegang pd hukum haram terus.sebab xberani. kalau dalam surau boleh lg..:)

tomato said...

ustazah kata boleh.. cuma tak boleh tu pasal kalau bocor ke hape ke kotor dah masjid kan .. kan tmpat suci ..