Maaf penggunaan aku
Masih tak terlambat. "Selamat Hari Raya".Empat hari raya berlalu baru nak ucap. Kamon la, raya kan sebulan. Head brain you! (nice sikit kan?) Hahaha. Ok,maaf. Aku dalam empat hari nie memang mabuk daging. Dan jugak mabuk lemak. Tak ada perasaan nak update blog.Lagi pun, entri semalam terhasil tanpa perlu aku memikirkan kata kata yang perlu di taip dan tak perlu mengerah otot-otot jari untuk menaip. Cuma tampal gambar dan publish. Itulah Wordless Wednesday.
Siblings
Ok,terbukti aku seorang yang malas pabila aku menjelaskan pada kalian pada perenggan di atas tentang kemalasan aku untuk menaip. Pening? Aku juga pening dengan apa yang aku katakan disaat ini. Tapi tetap juga aku mahu katakan. Hahahaha
Dulu-dulu aku nie tomboi,suke panjat sana panjat sini. Boleh kata aku nie taiko kampung jugak la. Hekhekhek. Seluruh kampung aku takluki. Kerja melastik burung, seret biawak keliling kampung itulah kerja aku dan sepupu2 :p no wonder la aku legam berbanding adik-adik aku yang semuanya putih melepak.
Kisah raya korban aku, kisah ini berlaku semasa zaman hingus aku. Hahaha. Pada ketika itu,aku menjadi headline di akhbar Kampung Badang,PCB Kota Bharu Kelantan. Berbunyi,"seorang budak perempuan comey lotey terkorban bersama lembu korban".Pening? Aku pun sama! Hahaha. Time orang nak sembelih lembu. Aku lah orang yang paling eksited bak seperti kene sawan..Masa tok imam sembelih lembu aku tengok darah keluar membuak-buak macam air paip. Aku dah mula pening. Seiring dengan itu aku pun tumbang ke tanah. Sedar-sedar dah atas rumah arwah nenek aku. Masa sedar tue memang blurr la. Tadi rasa duk tengok orang sembelih lembu. Apasal pulak duk atas rumah nie,dikelilingi sepupu sepupu aku duk gelak kan aku.cisss!
Abah aku cakap aku pengsan time orang sembelih lembu. Hahaha. Rupanya aku nie jenis mabuk darah. Itulah kali pertama dan terakhir aku tengok orang sembelih lembu dari dekat. Sejak itu abah aku larang aku pergi tengok orang sembelih lembu. Katanya"tak yah pergi,kang buat malu je tumbang sama dengan lembu.".Ok fine!.Bila time raya haji je. aku hanya tunggu kat rumah nenek aku. But,still aku makan daging lembu dengan lahap nya!
Maaf dengan ketidaksopanan Pak Sedara aku itu.Adess
Psst~ Otak lembu boleh makan tak?
20 comments:
hikhik..dah tahu dh kelemahan u ni..hihi
whahaha
otak lembu bole mkn... hehehe sedap..
tapi jgn ar makan selalu hehehe
same la kite!! :p kin dari mase skolah rendah tau yg ala2 phobia darah gitu. so time raye haji, duk diam2 kt umah, tunggu ayah bawak balik daging jer. :P hehe
owhsomm,,,bukan senang nak tumbang sesama dgn lembu,,heheh ;),,hanya org terpilih je yg dapat ;)
huhuu. suha pun jarang tengok lembu kena sembelih . tolong dekat dapur tak sempat tengok lembu kena qurban .huu
tak pernah tengok orang sembelih lembu. bukan sebab takut tengok darah, tapi sebab kesian kat lembu. kang ada yang meleleh air mata. haha :)
haha..oit..tomboi tak boleh takut darah laa....:P
samalah...mabuk daging skrng ni...haihh
@ieyla
syhhhh :p
@bloghok
gahahaha :p
@mr rocco
sedap ek?huhuu tgk pn da xleh mkn
@eikieyn
eheee.aah kn.xleh la.mabuk je rase
@yen
hahaha..terpilih ek..
@suha
hahaha.kte org pompuan.duk dapur je an
@yatt.S
lol..cmtue plak.tp tol gak kesian lemb tue kn
elie ngeri tgk lembu kena sembelih..tapi tak takut darah pulak,.hihi
@najihah
tue tomboi mase kecik2 la :p
@lieyana
tue la pagi ptg mlm mkn daging je
@elie
tol2,ngeri gak ssat ia kene sembelih
Post a Comment