Showing posts with label anniversary blog. Show all posts
Showing posts with label anniversary blog. Show all posts

Wednesday, July 13, 2011

Happy Anniversary Cik Bulan =p

Assalamualaikum...

Semalam 12hb July 2011. Semalam jugak la ulangtahun pertama belog cikai serabai nie. Huhuhu. Tak sangka dah setahun aku berblogging. Namun, masih banyak lagi yang harus aku pelajari. Hekhekhek skema molep ayat aku.

Alhamdulillah,

Dengan penghasilan entri 364 termasuk yang nie dalam masa setahun. Follower seramai 1414 (wah cantik nombor =p). Alhamdulillah, belog 'Tentang Bulan' diterima oleh kalian. Terima Kasih kerana memollow dan membaca belog pink nie.

Belog bersalin baju 3kali dalam setahun nie.Semua atas jasa baik zaerr.com. Zaerr yang design template belog aku nie. Ringan dan cepat loading. Terima kasih.

Harapan untuk masa hadapan agar belog nie masih lagi diterima kalian. Entri yang aku hasilkan sedikit sebanyak dapat memberi info dan merehatkan minda kalian.Dan aku akan berblogging selagi terdaya =p. Namun kekangan masa dengan study dan bisnes sendiri nie membuatkan belog aku nie sedikit terabai. sedikit je yea. hekhekhek.

Ahakss. Wordless Wednesday =p