Saya mengaku saya agak kekampungan sikit. Ala-ala perempuan melayu terakhir gitu.Dari cara bercakap, pemakaian dan juga pemakanan memang terang seterang-terang nya tak yah nak suluh-suluh. Thanks! sebab suluh jugak! Degil! memang orang kampung. Saya tak pernah lupe diri yang saya nie asal dari kampung. juga dari keluarga yang sederhana. Abah kerja kerani. mama suri rumah separuh masa.Ahakss
Saya melayu-thai. Genetik melayu dari abah. dan genetik siam dari mama. suka masakan Melayu dan Thai. Suke sangat dengan Tomyam dan Somtam.itu makanan thai. Kalo makanan melayu. Ikan rebus goreng dan budu sudah cukup membangkitkan selera ku.Dan kesannya selepas makan.Pasti menjilat jari! Ahakss.masih ingat lagi,kawan Bulan cakap,"macam orang tua la makan budu". Tapi sekarang dia pun dah gila budu. Sampai dalam coconut shake pun nak taruk budu.Tipu! ahakss.
Saya orang kampung tak tahu nak bersosial.Datang KL baru tahu semuanya. Tapi setakat ini masih lagi dapat kawal diri.kerana pesanan abah sentiasa meletak di hati dan terngiang2 di telinga. Bunyinye "Jangan memalukan abah dan mama". So,nak buat benda yang mengarut memang tak kan buat lah.Mama pulak selalu pesan. "Ingat bakal anak-anak dan suami kamu kalo nak buat benda mengarut.". Ofcos saya mahu keluarga yang beriman. Suami soleh yang boleh membimbing saya.betol tak?kalo dapat yang bukan macam tue.suda tentu saya yang akan membimbingnya.Hidup kena saling melengkapi.betol tak?eheee. rase macam da melencong ke arah lain nie.ehee gatal nak kawen plak.Suda tentu,sape tak mo kawen. Mish? Erza? Dua-dua tue memang nak sangat kawen.Ahakss lelaki bagaimana pilihan ku?Cukup sekadar dia dapat menerima diri nie seadanya tanpa memaksa saya merubah apa-apa kecuali untuk kebaikan.
Cukup suda bebelan kali ini.ahakss.Petang yang sejuk nie best kalo membebel! *ade kaitan ke?*
