Showing posts with label cabaran 30 hari saya. Show all posts
Showing posts with label cabaran 30 hari saya. Show all posts

Saturday, November 12, 2011

Hari 02 - Maksud Sebalik Nama Blog

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera!

Aku bengang dengan adik-adik aku. Posmen datang hantar barangan pos laju tak ada sorang pun yang keluar amik. Semua terbongkang dalam bilik tuh. Cettt! Posmen dah tinggal surat cinta katanya nak date dekat pejabat pos KB bila bila masa saja. Apa class dating kat pejabat pos. Ptuihhh! Ok membebel! 

Meneruskan lagi sahutan "Cabaran 30 Hari Saya". Baru hari ke-2. Ada 28hari lagi.Hekhekhek.

MAKSUD DISEBALIK NAMA BELOG

'SECOND ME'
Ianya bermaksud 'Kedua saya'.Pertama aku adalah aku. Manusia yang comel kontot jalan macam penguin.Hahaha'Second me' nie merupakan sebuah belog dimana aku membebel, merapu,dan men'sawan'kan diri di sini.

So,dalam belog aku nie aku hanya tulis tentang aku. aktiviti aku,kegemaran aku,kesukaan aku dan info yg aku ingin kongsi dengan korang sume.

Itu saja.

MoodBidadari: Jangan gelak kan aku. Taw la belog aku tak de header. Kontot mcm tuan dia jugak

Friday, November 11, 2011

Hari 01 - Gambar Terbaru Dan 15 Fakta Menarik Tentang Kamu

Assalamualaikum...


Dalam entri sebelum nie <SINI> aku dah nyatakan yang aku akan sahut "cabaran 30 hari saya". Perghh,30hari tue Jah. Kau hado?tak hado kan? Muihihihi. Nie aku baru nak mula menyahut sahutan itu agar ianya terus bersahut sahut sesahut sahutnya. Ce kira berapa kali aku sahut?Muihihihih. Ok merapu!


Tajuk entri seperti mahu join Miss World 2012. Sebab Miss World 2011 dah hado pemonang nye.Dan pemonang Miss World 2012 tentulah aku. Ok merapu lagi!


Sudah tentu Puteh yang tergedik-gedik melompat atas ku kerna mahu bergambar. Namun dengan ego nya dia memandang ke arah lain. Kata nya,pose cenggini baru cool babe!

Fakta tak berapa nak menarik tentang aku :p

1.Penguin kontot- Gelaran aku dapat dari ex aku. Penguin sebab cara aku berjalan masa kelam kabut.Kontot sebab....tak mo ckp lah! mentang2 dia 180cm. Bajet tinggi sangat.Lee Minho 187cm taw!

2. Sawan camera- ohmaiJah! pantang! memang pantang! boleh sawan lah depan camera. tak mampu nak ungkai dengan kata kata tentang kesawanan aku terhadap camera.

3. Sawan Kucing- ohmaiJah lagi! nie kurang sikit dari sawan camera tue. sebab kucing bukan camera. tapi kucing jugak boleh buat aku sawan. 

4. Kaki sepuluh- mama aku cakap aku kaki sepuluh. suke jalan-jalan kalo keluar 10pagi, 10malam baru jumpe jalan nak balik. orang kata kalo ade tahi lalat ditapak kaki memang kuat berjalan. no wonder lah!

5. Blogger-dunia blogging tak boleh aku tinggalkan. hampir setahun lebih aku berblog. 

6. Sawan dengan anak ikan- 'anak ikan' disini bermaksud jejaka k-pop.hahaha dorang nie jambu2.I like. rase nak gigit gigit je. auwwww! K-pop dan aku tak mampu nak dipisahkan walaupun melalui pembedahan :p

7.Sengal lembu- kekadang datang nya mood sengal aku. korang suntik ubat penenang pun tak jadi hapo dah. 

8. Loner- penyepi.hahaha loner disini. aku suka pergi mana2 sorang diri. sebosan mana aku aku jarang ajak orang keluar. sebab aku takot membebankan orang. kalo utk buat perkara penting aku prefer pergi sorang :) (settlekan bil or pergi beli barang )

9. penumpang setia T203-bus dari terminal putra gombak ke pinggiran batu caves dan balik ke terminal putra kalo tak silap aku. Time aku tension tertekan. aku naik bus nie dan duduk je dalam bus tue. naik sorang tenangkan diri berfikir panjang tentang apa yang aku tengah lalui. Sebelum bus nie sampai kembali ke terminal putra. Aku dah buat keputusan TEKAD tentang apa yg aku fikirkan dlm bus tue.

10. Sawan air- air suka aku. aku pun suka air. kami sama lap2. Aku suka mandi. paling kurang 4kali sehari aku mandi. pagi tengahari petang dan sebelum tido. membazir bil air je kan ;p

11. Mabuk darah - <SINI> naseb baik bukan sawan darah. kalo tak dracula aku :p

12.Tacing- Ye,aku memang sensitip. Sawan sentap belum tahap tue lagi. Tak dengan semua orang aku cepat terasa sentap dan tacing,tapi dengan yang rapat dengan aku. lebih tepat lagi makhluk yang paling aku sayang.kalo kucing makhluk paling aku sayang. dengan kucing pun aku boleh sentap ok.

13. Beruang panda- suka tido. memang kaki tido. memang kepala tido. tiap malam aku wajib tido 8jam. itu belum campur tido di siang hari.hurmmm kesian somi aku nanti.

14.gadget unluck- betol ntah ayat aku tue ' gadget unluck'. hihihihi memang aku tak boleh pegang gadget.laptop kene curi beli baru. hp nokia mama basuh dengan mesin basuh, hp sony pun dah mangkat sebulan yg lepas, mp3 sony tercicir dlm bus,external HD maut dari tingkat 3.

15. Good listener- yeah! nie yg aku akui. Im a good listener. tapi tak semua cerita orang aku dengar. dan tak semua aku dapat bagi pendapat. tapi aku pendengar yang baik!meh story mory dengan aku!

banyak lagi fakta menarik tentang aku.kang korang semput plak bace kalo aku tulis semua.hahaha

Moodbidadari: aku tak sempurna.begitu jua kau :)

Saturday, October 29, 2011

Cabaran 30 Hari Saya :)

Ohyeah...srokhhhhh *selsema*


Demam...Nak manja manja boleh?Hukhukhuk


Awk, comel la...rawrrr!


Seeeee,tajuk entri tue. Cabaran 30 hari saya! Ohyeah! Aku menyahut cabaran itu...


Sahutan itu ku sahut dikala aku semput semput idea nak mengapdate belog. Nie la list cabaran untuk 30 hari. Ohyeah!


  • Hari 01 - Gambar Terbaru Dan 15 Fakta Menarik Tentang Kamu
  • Hari 02 - Maksud Sebalik Nama Blog
  • Hari 03 - Gambar Kamu dan Kawan-Kawan
  • Hari 04 - Habit Yang Tak Diingini
  • Hari 05 - Gambar Tempat Kamu Pernah Pergi
  • Hari 06 - Superhero Kegemaran dan Kenapa
  • Hari 07 - Gambar Yang Memberi Impak Hebat Kepada Kamu
  • Hari 08 - "Short Term Goal" Bulan Ini dan Kenapa
  • Hari 09 - Sesuatu Yang Membanggakan
  • Hari 10 - Lagu Ketika Kamu Sedih, Gembira, Bosan, Hyperaktif, Marah
  • Hari 11 - Gambar Kamu Dan Kawan-Kawan
  • Hari 12 - Blogger Dan Kenapa Kamu Blogging
  • Hari 13 - Surat Untuk Seseorang Yang Pernah Menyakitkankan Hati Kamu
  • Hari 14 - Gambar Keluarga
  • Hari 15 - Mp3 Shuffle - 10 Lagu Pertama
  • Hari 16 - Gambar Kamu
  • Hari 17 - Tukarkan Kehidupan Kamu Dengan Orang Lain Untuk Satu Hari Dan Kenapa
  • Hari 18 - Plan/Dream/Goal
  • Hari 19 - Nickname, Kenapa Wujud
  • Hari 20 - Seseorang Yang Bakal Kamu Kahwini
  • Hari 21 - Gambar Yang Buat Kamu Ceria
  • Hari 22 - Apa Yang Membezakan Kamu Dengan Orang Lain
  • Hari 23 - Sesuatu Yang Kamu Inginkan
  • Hari 24 - Surat Untuk Ibubapa Kamu
  • Hari 25 - Item dalam Beg
  • Hari 26 - Kawan, Apa Kamu Fikir?
  • Hari 27 - Kenapa Kamu Buat "30 Days Of Me Challenges"
  • Hari 28 - Gambar Kamu Tahun Lepas dan Sekarang, Seberapa Banyak Kamu Berubah?
  • Hari 29 - Apa Yang Kamu Belajar Selepas Sebulan Ini
  • Hari 30 - Lagu Kesukaan
Meh la kawan kawan. Join sama,segmen nie boleh digunapakai dikala semput idea nak mengapdate.

Offline

Moodbidadari:Abahmamademamnie :(