Assalamualaikum
Sehari dua ini Bulan rasa nak menangis je. Bukan kerana Bulan saja saja gatal nak menangis. Bak kata kawan Bulan. Nangis untuk cuci mata yang besau.Hahaha
Bila melihat dan mendengar tentang kematian. Perasaan takut menyelubungi. Terfikir betapa banyak dosa-dosa yang dilakukan pada Allah sebelum nie.Sempatkah untuk menebusnya kembali.
Bila melihat dan mendengar kematian ahli keluarga/ kawan orang lain. Bulan membayangkan bagaimana nak menghadapi kematian ahli keluarga/kawan sendiri ? Mama abah adik-adik ? dan kawan-kawan ? cukup kuatkah Bulan nanti ? Cukup kuatkan menghadapi kematian orang tersayang?Bagaimana pula mereka menghadapi kematian Bulan nanti ?
Bulan mendapat berita kematian seorang sahabat jauh. Arwah merupakan rakan kepada kawan Bulan. Bulan tak rapat dan tak pernah bersua muka malah berborak-borak dengan arwah. Tapi dari percakapan kawan Bulan yang sering memuji arwah,Bulan dapat bayangkan arwah seorang yang berhati mulia. Sangat disenangi rakan-rakan nya, menjadi tempat rujukan dikala sahabatnya ada masalah,seorang yang murah senyuman,tak lokek menghulurkan bantuan. Pemergiannya sentiasa dirindui oleh sahabat-sahabatnya. Hampir sebulan pemergian arwah.Namun facebook nya sentiasa dihujani komen-komen dari sahabat sahabat yang merinduinya.
Melihat kawan-kawan diduga dengan pelbagai masalah membuatkan Bulan banyak belajar. Hidup senang selalu melalaikan dan membuat kita alpa. Bulan berterima kasih pada mama dan abah kerana membiasakan diri ini hidup susah. Membiarkan Bulan mengumpul duit sendiri, membiarkan Bulan hidup jauh dari keluarga, mengajar Bulan supaya hidup bersederhana, dan mendidik Bulan berfikir sebelum bertindak.
psstt~ harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama
psstt~menangis lah semahu mahu nya. agak segala kepahitan dan kesedihan itu keluar bersama air mata
psstt~ harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama
psstt~menangis lah semahu mahu nya. agak segala kepahitan dan kesedihan itu keluar bersama air mata