Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Friday, May 20, 2011

Keras di luar cair di dalam:: Apakah itu?

Assalamualaikum...

Lama tak update. Entri "Flaming Steamboat" tue dah bape hari kat situ kan?Korang pun dah kenyang tengok kan?Hakss.

Nak kongsi pendapat sikit nie. Hanya pendapat je ye. Bukan nak perli atau pape.

Perempuan 1: tudung labuh,berjubah kadang kadang baju kurung. senyum je. cakap pun lembut.pelanggan tetap kafe sini. kadang Bulan terlupa nak buat air yang dia order. Sebab kalo ramai customer memang Bulan akan jadi kalut.Eheee 15 minit lambat pun tak pernah nak marah atau masam muka.Bulan tengok pun sejuk hati. bertuah sapa dapat dia. Bertuah mak bapak dia.

Perempuan 2: sama pemakaian dengan perempuan 1. Tapi muka selalu masam. Tak pernah senyum. Pernah sekali dia order nasi goreng tapi tak sampai kat dia sebab time kami panggil dia tak ada. maybe orang lain dah ambil dia punye order. Sejam lepas tue,dia datang komplen cakap order dia tak sampai. Siap cakap Bulan lembab lagi.Wa panas hati gak.Tapi sabar je. Dengan nada lembut,Bulan pun cakap "Sis,tadi kitorang dah panggil order sis.tapi sis tak datang ambil pun.Salah kami ke?Dia pun jawab. "Dah yang tue order sy macam mane boleh tak ada. tak kan tue pun awak tak leh nak fikir". Cett! Geram tol aku."Tapi kami da buat tadi,pape pun kami mintak maaf ye". Mengalah aje dengan orang macam nie.

So,sikap dan kelakuan seseorang tak bergantung pada cara dia berpakaian kan? Bulan tak setuju 100% orang cakap kadang kadang yang tak pakai tudung lebih baik dari yang pakai tudung. Yang tak pakai tudung tetap berdosa kerana dedahkan aurat.Walaupun solat cukup 5 waktu.

Bulan pun tak setuju 100% orang cakap yang seksi tak pakai tudung nie jahat. Kadang kadang hati mereka nie mulia. pertuturan sopan. Mungkin belum terbuka hati mereka nak tutup aurat mereka kan? Doa doakan la ye

psstt~ panadol soluble nie tak best! Mood 'running nose'.Benci tol!

Wednesday, April 20, 2011

Cermin itu penting::cermin cermin la diri sendiri

Assalamualaikum...

Adess,sakit belakang. Macam orang tua plak kan? Muda lagi taw. Baru 24 tahun. Tapi ramai cakap tak macam umur 24 tahun. Apa rahsianya?

Ehem ehem..selalu la tengok cermin.Ahahahaha

Ok ok ok. Terus pada point ok. Bosan plak melalutlalut nie. Hukhukhuk

Nak menegur nak menilai nak memberi pendapat. Selami dan fahami situasi tersebut terlebih dahulu. Lebih baik jika alami dan rasai situasi tersebut. Cewahh sastera gilekss ayat aku!Ahakss.

Tak salah menegur dan memberi pendapat. Tapi biarlah ada etika dan susila nya. Betol tak? Biarlah teguran tersebut tidak menguris hati sesiapa tapi memberi kesan positive dan diterima oleh sesiapa saja.

Kadang kala imej kita di blog (alam maya) dan di dunia realiti nie berbeza. Jarang nak jumpa blogger blogger yang sama perangai dan caranya di blog dengan perangai dan cara hidup dia yang real. Banyak yang berpura-pura. Tak perlulah diceritakan secara detail kan. Itu hidup masing masing.

Nak menegur orang lain.Tapi diri sendiri? Fikirfikirkan lah. Tak tuju kepada mereka tertentu. Hanya pendapat kecil blogger picisan seperti saya saja.

Erkk.Rasa macam serious plak entri nie kan?Seram sejuk dingin je.Ahakss. Jangan amik hati ye. Hanya pandangan saja. Nak cakap lebihlebih nati kang dihentam. Maklum la,dunia blogging sekarang nie dah ibarat medan menghentam mengutuk dan mengkritik orang.

psstt~ Kenapa la banyak sangat cermin kat rumah nie.Hikhikhik

Friday, April 15, 2011

Hati::Rasa::Akal

Assalamualaikum...

Lama tak update. Semalam baru je habis paper exam. Alhamdulillah,tamat sudah peperangan dengan buku. Tapi perang hati dan perasaan tue sering ada kan? Tak pernah surut.

Kadang kadang,kita cuba buat yang terbaik untuk dia,mereka dan sesiapa. Tapi jarang untuk dihargai dan dipandang.

Kadang kadang,kerana terlalu menjaga hati dia,mereka dan sesiapa. Kita sering melukakan hati sendiri yang sepatutnya didahulukan.

Bak kata orang:

Ikut HATI, MATI
Ikut RASA, BINASA
Ikut AKAL......Selamat. Kalau lah akal tue waras. Fikir fikirkan lah.

Friday, April 8, 2011

Hanya Insan Biasa::Yang Biasa biasa

Diri ini tak punya apa-apa. Diri ini hanya insan biasa.
Diri ini tak kaya dan tak berduit.
Diri ini tak cantik.(ermm kene fikir semula yang nie tapi tak pe tulis dulu.eheee)
Diri ini tak cerdik.Dan hanya biasa-biasa sahaja.

Dan langsung tiada kepentingan dan keutamaan.
Sebab tu takde siapa yang suka bodek dan puji diri ini.
Tidak memberi apapa erti jika di bodek dan dipuji melambung lambung sampai ke atap reban ayam.

Kenapa ada kawan yang sebegitu rupa??
Berkawan dengan mereka yang hanya ada kepentingan.
Yang berduit. Yang cantik. Yang pandai. Yang glamor.
Bagus juga jadi macam Bulan nie.
Tiada siapa yang akan sibuk nak menyendeng2 dengan kita.
Yang ada hanya mereka yang menerima diri ini seadanye.

Tapi Bulan sangat pelik dengan manusia macam ni.
Kau berkawan sebab kawan kau tu ada kepentingan.
Dan kau akan tegur orang yang ada kepentingan saje.
Tak boleh macam tu,kawan. Setiap orang di sekeliling kau adalah kawan kau.
Dan kau tak boleh terlalu bongkak dan sombong sehingga kawan kau terasa invisible di sisi kau.
Kau hanya tegur orang yang ada kepentingan tapi kau tak sedar bahawa cara kau tu salah.

Bagi Bulan, selagi kita berkawan selamanya tetap menjadi kawan.
Berkawan mengikut status dan tahap kepentingan bukan cara Bulan.
Mungkin sebab aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana sebab tu Bulan tak di ajar untuk menjadi bongkak dan sombong dengan orang lain.
Alhamdulillah. Mama dan Abah didik Bulan dengan sebaiknya.
Dan Bulan harap ianya kekal dan takkan berubah.



psstt~ Saya NazifaZali aka Cik Bulan bukan jejentikgediks.Suka berkawan dengan sesiapa sahaja.Langsung tiada diskriminasi. Langsung tidak berpura-puraan.Kita manusia semuanya sama. Rambut sama color hitam.Apa yang beza? Amalan dan hati je kan?

Monday, January 31, 2011

Pelangi Petang

Assalamualaikum...


Sometimes life can be very unpredictable. Sangat susah nak jangka.Bukan macam drama yang kita boleh agak plotnya. Haa lepas ni mesti hero ni mesti kapel dgn pompuan nie dlu, then baru la kapel ngan heroin. tapi heroin plak dah tak suka dia lg.sbb da jatuh cinta ngan hero ke-2.. Kalau cerita macam nie biase nye dalam cerita korea la. Ahakss taksub sangat dengan cerita korea.

Pagi-pagi lagi kau ditimpa dugaan hebat, semua kerja tak menjadi. Mak membebel tue la nie la.Nak buat tue tak boleh nie tak boleh. Tambah plak semalam kene reject dengan seorang boy. Sedih bukan main. Nak bunuh diri lah kononnya. Siapa suruh kau confess kat dia. Padan muka. baik simpan aja perasaan tue kan?Ok, itu contoh hiperbola bagi aku. Kau lupa itu sebenarnya dugaan dan ujian dari Dia. kau lupakan? sebab selalunye bila kau gembira langsung kau tak ingat dia kan? masing-masing tanya diri sendiri.

Dan tanpa kau sangka petang tu jugak, Dia bukakan untuk kau jalan ke pintu rezeki. Bukan satu, tapi dua pintu rezeki. DUA ye. DUA kali kegembiraan kau dapat hari tu, berbanding satu dugaan hebat yang kau terima. Masih nak merungut lagi? Masih ada perasaan nak bunuh diri?

Indah caturan Dia, kan? Dia yang Maha Mengetahui.Alhamdulillah, dan semoga aku jadi lebih tabah. Dan terus tabah. Kesilapan lalu ditinggalkan tanpa aku menoleh kebelakang lagi.




 'Kadang-kala Allah hilangkan matahari,Allah datangkan hujan.Kita menangis mencari matahari,tapi sebenarnya Allah nak hadiahkan kita pelangi.' 

pssttt~ kalau kita menikmati hidup ini dengan sebaik-baiknye. baru kita dapat merasakan betapa indahnya dunia nie.

pssttt~ kenapa rasa matured je entri malam nie. ahakss

Sunday, January 23, 2011

Jangan Usah Biar

jangan biarkan marah menguasai diri.
pabila marah,syaitan sedang bersorak.
ia berjaya membuatkan anak-anak Adam terpedaya lagi.

jangan biarkan orang yang mencintai anda pergi.
kerana belum tentu lagi kita akan menemui dia yg betol2
dapat mencintai anda sepertinya

jangan biar mulut menyebut perkataan yang tak baik
kerana sekali kita menyebut,ia akan menjadi kebiasaan
syaitan tersenyum riang

usah risau diri tidak dihargai
tapi risau lah bila diri tidak berharga lagi

biasakan diri dengan alunan ayat suci Al-Quran
bila marah, hati akan sejuk dan tenang.
bila alpa, kita segera mengingati suruhan Nya
bila sedih, kita akan ingat Dia sentiasa disisi.


pssttt~ mood tak elok malam nie. maaf ye semua.

Sunday, January 2, 2011

Dapat hadiah kena ucap apa???

 Salam semua.

Meh sini.Duk rapat-rapat.Tapi lelaki dan pompuan duk asing-asing ye.Jangan rapat-rapat nati Tuhan marah.Eheee. Bulan nak tanya nie. Korang suka tak dapat hadiah? Tak kisah lah hadiah apa atau sempena apa. Contohnya: Pakwe/makwe korang kasi hadiah. anniversary ke bufday ke saje-saje gatal nak bagi ke.Ahakss Atau parents korang bagi sebab pointer bagus ke SPM bagus ke. Suka kan? Bulan pun suka.Suka sangat bila dapat hadiah. Tak kisah lah sekecil mane pun hadiah tue. tentu kita akan hargai apa saja pemberian orang.Lebih-lebih lagi orang tue orang istimewa dihati kita. Betol tak?

Tak sabar nak dapat hadiah bufday kan?Eheee

Pernah terfikir tak.Kita masih boleh hidup ini kerana apa ek?Apa penyebab kita boleh terus bernafas? UDARA kan? Pernah tak terfikir nak berterima kasih ,menghargai dan bersyukur kepada Pemberi hadiah tak ternilai nie? Percuma aje kita dapat udara nie kan. Allah tak pernah minta apa-apa pun dari kita. Bahkan kita aja yang selalu meminta dariNya.

Andai kata Allah mengenakan bayaran untuk setiap udara yang disedut. Mampu ke kita nak bayar. Macam kita bayar bil air,elektrik dan sebagai gala bil. Maklum la selagi kita bernyawa selagi itu kita perlukan udara. Betol tak?Tak mampu rasanya. Kalo Bulan sendiri memang tak mampu. Betol tak?

Maka fikirkan dan renungkan lah. Apa yang Bulan cube sampaikan. Tak berniat untuk menyindir sesiapa.Sekadar perkongsian dan renungan bersama-sama.


pssttt~ dapat hadiah kena ucap apa?Terima kasih. Macam mana nak berterima kasih kepada Allah yang menyediakan segala-galanya untuk kita hidup di dunia yang sementara nie. Masing-masing ada jawapan tersendiri.Allahua'lam.

Wednesday, December 29, 2010

Kalau Ingin...


Kalau ingin dimaafkan, belajarlah untuk memaafkan.
Kalau ingin dihormati, belajarlah untuk menghormati.
Kalau ingin difahami, belajarlah untuk memahami.
Kalau ingin disedari, belajarlah untuk menyedari.
Kalau ingin disayangi, belajarlah untuk menyayangi.
Kalau ingin dikasihi, belajarlah untuk mengasihi.
Kalau ingin diterima, belajarlah untuk menerima.
Kalau ingin dihargai, belajarlah untuk menghargai.
Kalau ingin disenangi, belajarlah untuk menyenangi.

Bukan orang lain yang perlu berubah mengikut kehendak kita tetapi kitalah yang sebenarnya perlu mengubah diri kita.
Kita tak rugi apa -apa malahan kita mendapat seribu satu kebaikan.
Jangan hanya tahu menuding jari ke arah orang lain.
Memuaskan hati semua orang itu tidak mudah tetapi berubah untuk memuaskan hati semua orang itu tidak mustahil.
Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan. 
InsyaAllah Dia akan permudahkan.
Ihsan ILuvIslam