Lama tak update. Entri "Flaming Steamboat" tue dah bape hari kat situ kan?Korang pun dah kenyang tengok kan?Hakss.
Nak kongsi pendapat sikit nie. Hanya pendapat je ye. Bukan nak perli atau pape.
Perempuan 1: tudung labuh,berjubah kadang kadang baju kurung. senyum je. cakap pun lembut.pelanggan tetap kafe sini. kadang Bulan terlupa nak buat air yang dia order. Sebab kalo ramai customer memang Bulan akan jadi kalut.Eheee 15 minit lambat pun tak pernah nak marah atau masam muka.Bulan tengok pun sejuk hati. bertuah sapa dapat dia. Bertuah mak bapak dia.
Perempuan 2: sama pemakaian dengan perempuan 1. Tapi muka selalu masam. Tak pernah senyum. Pernah sekali dia order nasi goreng tapi tak sampai kat dia sebab time kami panggil dia tak ada. maybe orang lain dah ambil dia punye order. Sejam lepas tue,dia datang komplen cakap order dia tak sampai. Siap cakap Bulan lembab lagi.Wa panas hati gak.Tapi sabar je. Dengan nada lembut,Bulan pun cakap "Sis,tadi kitorang dah panggil order sis.tapi sis tak datang ambil pun.Salah kami ke?Dia pun jawab. "Dah yang tue order sy macam mane boleh tak ada. tak kan tue pun awak tak leh nak fikir". Cett! Geram tol aku."Tapi kami da buat tadi,pape pun kami mintak maaf ye". Mengalah aje dengan orang macam nie.
So,sikap dan kelakuan seseorang tak bergantung pada cara dia berpakaian kan? Bulan tak setuju 100% orang cakap kadang kadang yang tak pakai tudung lebih baik dari yang pakai tudung. Yang tak pakai tudung tetap berdosa kerana dedahkan aurat.Walaupun solat cukup 5 waktu.
Bulan pun tak setuju 100% orang cakap yang seksi tak pakai tudung nie jahat. Kadang kadang hati mereka nie mulia. pertuturan sopan. Mungkin belum terbuka hati mereka nak tutup aurat mereka kan? Doa doakan la ye
psstt~ panadol soluble nie tak best! Mood 'running nose'.Benci tol!
