Sunday, October 31, 2010

proud to be daughter of kelantan...

Salam everyone~

kuik update...

Yeay!!! kelantan menang!!! tuah ayam nampak di kaki..tuah kelantan siapa yang tahu..ramai yang meramalkan negeri sembilan menang.namun,ia lebih menyebelahi kelantan.. bukan negeri 9 tidak hebat..dua-dua hebat..dua-dua mempunyai pemain-pemain yang hebat...namun bola itu bulat..dalam 5 saat ape-apepun boleh jadi *ade kaitan ke*
walaupun tak dapat tengok match tue..saya update ngan kawan dari mase ke semasa...hidung tersumbat..kepala bingeul-bingeul..adoiii..nak tgk match tak de feel..huhu

pic credit to kelate.net

Thursday, October 28, 2010

AnyTalk

Salam eberibadi~
nak tulis ape ek..ermm dah tajuk nye anytalk kan? so tulis je la pape...
Lama tak on fesbuk..maklum la busy sket...baru je lepas 1 paper..semalam baru lepas presentation..
Okok...tak nak cakap pasal presentation lg.Nak cerita sal yg nie dulu..kawan i..ulang lg..kawan i...bukan kawan u k..muihihihi...
Dia dah nak kawen hujung tahun nie..uwaaa!!!
Jeles!

 
click sendiri utk tumbesaran.=p

Dulu mase sekolah,pemalu je dia..senyum-senyum je. kawan dengan lelaki pun tak..ye la kami sekolah pompuan je..Bulan pun tak kawan ngan lelaki taw(tipu je). ehee

Ok...sikalang mau cerita pasal presentation semalam...huhuhu...Mantop i kena balun dengan Dr.Raha..ape yang i jawap semua dia tak puas hati...Hadoi..geram pun ade siyes! nasib baik Dr.Saedi back up sy. kalu tak terkebil-kebil kt situ la nak menjawap soalan nye yang bertubi-tubi.
tapi tak pe..sekurang-kurang lega sebab dah lepas semua beban.tinggal exam je..then, boleh balik rumah..yeppiii!

Dan sekarang tengah layan Drama korea 'Baker King Tak Gu'...sape rase dah lame tak nangis boleh tgk la..kalu nk nangis..ehee..tak de la sedih sgt citer nie.tapi kisahnye berkisarkan kekeluargaan..Bulan nie sensitive sket pasal keluarga...banyak moral value dalam cerita nie..setengah orang cakap jiwang la layan korea nie..eh eh eh..i punye suke la..i nangis air mata i...tak pakai yg u pnye.ahakss...
Tapikan...i tengok citer tue sebab i dah jatuh hati dengan hero ke-2 nye...Hensem!! Dah la tinggi..185cm..agaknye i nie kat bawah ketiak dia je kot..muihihihi..walaupun watak jahat tapi dia tetap hensem..tue yg penting!eheee

nie hah dia..hensem kan? =p


Okie..sekian entri yg ntah pape nie...

p/s: nak g mandi and sambung tido...zzZZzzZZ






Monday, October 25, 2010

Pertarungan sengit

Salam ebaribadi~~
scary tak dengar tajuk entri tue?ahakss...pertarungan sengit antara Bulan dan paper exam. Huff~~ killer-killer subject semester nie..especially genetic engineering and biochemistry tue..banyak sgt kene hafal..memang tak tido malam la jawapnye...kena cari gua ini ..utk bertapa...bawak skali bantal dan selimut...tido kt sane..siapa nak temey(teman) Bulan?? sila angkat kening!

Tahu tak apa nie?abaikan gambar awekss cun yg nampak sipi2 je tue..Focus pada tulisan yang dalam box tue Ni la jadual exam Bulan..huhuhu.. tengok first paper bile? ESOK!!!! Nak mati agak nye ko nie Bulan...sempat lagi mengadap blog..muahahhaaa...=p

Pas abes exam Bulan balik umah.Yeay!! Rindu kt family..s0b s0b s0b...=( bercuti  sebulan...=p...tak fikir lg plan ape time cuti nati..mungkin jd driver mama,anta adik2 sekolah..eheee

p/s: Chingudeul (Kawan2)...GOOD LUCK exam taw...pada blogger2 yang akan exam nati..do your best k!

p/s:RED WORRIOR HWAITING.walaupun x minat sgt bola...Bulan doakan anda berjaya.. yang penting jgn cepat mendabik dada!

p/s: ade lg p/s nie...muahahaha...saya mula suka kamu...siapa kamu?...KAMU la!!!!


Sunday, October 24, 2010

HIATUS

Salam Everyone

Eheee..*______*

Blogger2 skalian..Bulan akan 'Hiatus' seketika dari ber'blogwalking'..
Ini kerana mahu bagi tumpuan pada exam dan final presentation minggu nie.
InsyaAllah, saya akan kembali pada minggu depan.eheee
Jangan ada yg rindu k...
Kalo windu...miscall Bulan k..ahakss


p/s: bagi yang ada nak tanya pape, boleh add Bulan kt YM..chucky_cun87

Sekian...
Salam Sayang Dari Bulan dan Suami...=p

Saturday, October 23, 2010

Insomnia

Lately, saya susah nak tido..nie pun dah berkali-kali pejam mata.

 tapi tak jugak2 lelap. adoiii.. 

Mata pun dah macam beruang panda.

LEBAM!

masuk ngan pagi nie..4hari tak boleh tido malam..huhuhu

Nie ke org panggil Insomnia?


Thursday, October 21, 2010

LEGA kah?

Salam silent readers...

12.41am...21/10/10...sudah 1 jam saya bangun dari tidur...Hari nie,masih lagi bukan hari kebebasan saya.walaupun final report sudah dihantar.esak masih lagi berlambert.lambert tugasan yang harus di selesaikan. awat la ayat i 'skema' sangat nie.Hahaha.

Hah! rase sgt lega bila semua kerja-kerja FYP sudah di hantar selepas 3 kali report itu terpaksa di 'edit'. cuma tunggu utk presentation saja..3 malam tak tido sbb bertungkus-lumus menyiapkan final report . tak pernah lg saya serius macam nie.Hahaha.
hanya tido 3 jam  sehari.bangun pegi class.kdg2 mamai. nasib baik ingt gak nak mandi.Hahaha.
Petang td lps hantar report sy keluar makan ngan ehemm2..ehee TIPU!!..ngan rumate je kat Wangsa Walk.
Kami ingt nak tgk wayang.tapi survey punye survey. tak ade muvi yg menarik hari nie. so, kami pergi makan saja. sebab seharian hari nie tak makan.

Semalam pukul 6pagi baru dpt tido. lepas hantar email kat Prof sy terus tido.pukul 8 bangun pergi lab. ade matlab test. then, balik bilik dpt email dr Dr.Saedi yg suruh sy edit lg final draft. so, saya edit sampai kul 1.
Curik2 tido 30min. bangun solat zohor dan terus pergi selesaikan kerja2 printing ang binding.Huff~~
Ape yg boleh saya cakap...LEGA~

Maklum la,seharian tak makan. semua makanan memang tak tgl sisa pun.Hahaha

rumatetoo~~

Rice,Kerabu mangga and Tomyam prawn.
Manggo Sticky Rice
Both my Fav.=P

Balik bilik terus tido~~~
nie baru bangun buka buku. esk ada 2 kuiz,presentation lab dan kene hantar mini project matlab.
adoi~~~
tak habis2 lagi rupenye kekangan ku.
hahaha

Tuesday, October 19, 2010

Impian Bukan Angan-angan


Salam silent readers...

Saya menulis lagi.Semalam kata nak 'pause' nak buat kerja..tapi tak boleh melihat draft ini kesepian.Sekarang saya tulis lagi.Sekejap sedih sekejap happy sekejap blur. itulah saya.Tapi biasalah, kehidupan manusia mana yang tak dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

Tapi kan view pantai amat mengasyikkan. Boleh tengok sunset di tepi pantai. Bertambah suwit bila tengok bersama En.somi. Sambil tengok, boleh berpelukan bersama.Ewah ewah ewah.Ni melalut sudah. Sila abaikan.Saya suka berangan sikit.


Sekarang marilah kita berangan lagi.Mari kita berangan untuk kehidupan 10 tahun akan datang.Bila namanya angan angan, pastilah ianya suwit suwit belako dop?Pernah ke orang berangan nak pakai kereta kecik di masa depan, baju kecik..eh ini jangan, rumah kecik, duit kecik.Segalanya kecil.Mana ada.kan?kan?Makanya kalau angan angan, ianya haruslah besar.Sekaligus ianya akan membina harapan. Maka disusuli dengan usaha.Ececece.Kata kata madah pujangga terkeluar sudah.

Sebelum itu,jika anda rasa bosan dengan mukadimah di atas. Sila berhenti membaca. Kerana bebelan seterusnya mungkin membosankan anda juga. Ok,kita teruskan bercerita tentang Angan-angan saya

Saya di kehidupan 10 tahun akan datang ....di usia 33 tahun..SAYA...

( 1 ) Takkan pakai lagi gelaran Cik Nazifa (nama betul)..SiBulan itu nama samaran saja.Jangan tertipah tertipu.Ini hanya gelaran zaman muda.Panggil saja saya Aunty Ifa.Maw panggil Kak Ifa pun boleh.Maw panggil adik comel manis pun LAGI BOLEH.HAHAHA

( 2 )Sudah mempunyai pendapatan sendiri. Sebenarnya minat saya lebih kepada 'Business'. Sekarang ini pun sedang menjalankan business kecil-kecilan.Tapi entah mengapa diri ini tercamapk ke dunia biology. Sungguh aneh. Itulah takdir dan kuasa tuhan. betul tak?

( 3 ) Berharap masih gigih memerah keringat untuk menulis blog.Mungkin saya akan ada blog extra untuk anak perempuan dan anak lelaki buat tatapan peribadi anak anak saya bila ianya dewasa kelak.Eh,ini sekaligus memberi petanda saya sudah mempunyai 2 babies yang berlainan jantina di masa hadapan.Wah..kena memperuntukan masa nak cukup ni untuk blog itu.Harus!Harus!Harus!

( 4 ) Sudah mempunyai suami.Ini harapan tertinggi. dan paling tinggi.hahaha.Walaupun saya masih tiada calon suami sehingga kini.Biarlah 10 tahun akan datang saya dah bersuami.Saya juga manusia normal yang mempunyai nafsu untuk berkahwin.Bidadari syurga pun akan dikahwinkan.Begitu juga saya.Doakan jodoh saya. Saya juga berharap agar suami saya ala-ala Cho Kyuhyun gitu.Ameen......

( 5 ) Sudah ada kereta dan rumah yang  besar kondisi dan keadaan nya. Berkongsi bersama-sama En.somi. Kalau boleh rumah teres dua tingkat. Tiga tingkat pun boleh En.somi.hikhikhik. Time saya merajuk. saya lari turun bawah. Rumah saya di hiasi laman yg cantik.Petang-petang tengok anak-anak bermain dihalaman rumah sambil menunggu kepulangan En.somi pulang dari kerja.

( 6 ) Gigih menghantar dan menjemput anak anak di pusat pengajian.Eh eh.Maksudnya anak anak saya sedang dalam proses tumbesaran yang memerlukan mereka di hantar ke sekolah pada ketika ini. Dan saya walau sibuk menghantar anak anak.Tapi masih hot seperti biasa.Eh, ini pun penting.Hot Mama.


( 7 ) Gigih membuatkan sarapan untuk En.somi pagi pagi.Tak boleh bangun pagi terus update blog dah.Tak boleh bangun pagi terus makan je.Tak boleh bangun pagi terus nak tengok Malaysia Hari Ini. Tak boleh dah nak bermalas malas sebegini.Tapi jika saya malas, saya maw deal bersama cik somi.Pergilah menghendap kuih Mak Cik Timah di hujung simpang.Dengan harapan bawalah pulak nasi lemak sebungkus dua.Bukannya anak dara sebungkus dua.Ewah ewah ewah. Jangan berharap En.somi memasang angan-angan itu.


( 8 ) Akan bercuti cutian bersama keluarga ketika musim cuti sekolah.Yahoo.Wakawakawaka.Akan saya bukak senarai percutian idaman kepada En.somi kelak.Pasti seminggu awal saya dah mula excited nak pack barang.HAHA.Ini kanak kanak atau ibukah? Owh...saya ibu pada kanak kanak yang excited juga seperti ibunya.

( 9 ) Menukar sedikit penampilan peribadi.Ini tak boleh dinyatakan secara detail.Tapi masih dalam konsep peribadi muslimah sejati.Ecececeh.Eh, kan time ni saya dah jadi ibu.Kena menjadi contoh buat anak anak lah. agar anak-anak tak terpesong ke jalan yang salah.

(10) Seorang isteri yang solehah. Sentiasa disisi suami dikala susah atau senang. Time senang..time gaji masuk. Bodek-bodek mintak pulus utk shopping.hehehe mengerjakan solat bersama-sama,umrah bersama-sama.

Cukuplah sepuluh.Tak terpikir saya lagi. Homework berlambert-lambert ni. Tapi masih tiada perasaan utk melangsaikan nya..Hahaha

Sekian.Kita bersurai.
p/s:Eh eh, ini semua impian saya taw.Bukan angan angan mat jenin.

Sunday, October 17, 2010

Dimana Cantiknya Seorang Wanita

Salam Silent Readers...Selamat petang

Entri ini lebih tertumpu kepada gadis-gadis di luar sana.Dimana Cantiknya Anda Wahai Gadis-gadis...
Cara berpakaian anda kah?Cara mekap anda kah?Cara jelingan anda kah?

Jom baca isi-isi entri ni...Artikel ni saya petik cari ILUVISLAM.

1. Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih

2. Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

3. Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

4. Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

5.  Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.

6. Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.

7. Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."

8. Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."

kecantikkan seorang perempuan terletak pada akhlaknya dan agamanya,bukan hanya cantik diwajah semata.

Credit to Abg google..=p



Saturday, October 16, 2010

Pengorbanan

Salam Silent Readers...

entri kali ini menyentuh perasaan sket..tp tak byk pn..tak yah stand by tisu pn..ahakss..
apa Erti Pengorbanan bagi kalian...
berkorban segala-gala nya utk yg tersayang?
berkorban hanya utk memiliki nya?
tp selepas dpt memiliki, kita masih sanggup berkorban?
itulah yg situasi yg berlaku dlm percintaan..

pergorbanan dalam bersahabat pula bagaimana?
saya pasti semua org ada kawan baik kan..best friend..kawan karib..kawan sehidup semati...
saya pun ada..ramai..mereka selalu ada bila sy susah..sakit..
tp satu je sifat saya..
saya tak pandai mengekprestasikan (tol tah ejaan nie)ehee saya sayang kawan-kawan saya...
mungkin sifat saya yg tak banyak bercakap...pasif...membuatkan mereka rasa jauh dgn saya..
rasa saya tak memerlukan mereka..
sedikit pn tak..sungguh!
saya tak tahu nak tunjukkan perasaan sayang tue..
mungkin dengan itu bagi mereka.. kewujudan saya tak begitu penting...
sedih..sangat sedih..tapi mereka tak salah..
kerana ianya berpunca dari saya..
saya memang tak tahu nak tunjukkan yg saya amat sayangkan mereka...
membiarkan diri terluka..menangis sendiri itu pengorbanankan?
bila mendengar setiap berita gembira mereka..
saya turut gembira..
bila mendengar tangis dan cerita duka mereka..
sungguh..saya turut berduka..
hanya doa yang mampu saya titipkan utk mereka..
semoga mereka terus tabah..
sesungguhnya..saya tak pandai tunjukkan perasaan saya..

Maafkan saya~~
Saya Sayang Kamu Semua




Monday, October 11, 2010

kesan nye untuk selamanya~

Salam silent reader yg di sayangi~ =p

tgh bosan..tunggu pukul 330 nk pergi kelas Biochemical Process. Sambil tue online tengok gambar2 kucing kat internet...Makhluk ini sangat comel dan manja...
Ada tak yang tak suka kucing?
Kenapa tak suka?
Mesti ada sebab tertentu kan?

Bulan sangat suka kucing..Teramat Suka..kadang-kadang tengah gopoh-gopoh(dah lambat) berjalan pergi kelas boleh berhenti melayan dan main-main dgn kucing kat tepi jalan..=p

Dulu (2006) kt rumah ada bela kucing...name nye Atan...kucing jantan..berbulu kelabu...peneman tidor saya...tapi tiba-tiba ia di serang penyakit kuku...kuku kaki ia jadi bernanah..tak tahu kenapa..=(
abah decide nak buang ia..tapi saya halang...
suatu hari,saya kena jadi fasilitator utk bdk2 spm..3 hari tak ada kt rumah...balik rumah..sangat excited nk peluk Atan..panggil ia..tapi tak ade...mama ckp abah dah buang..saya terus menangis..seminggu tak bercakap dengan abah...
tapi abah pergi cari balik ia dekat tempat ia di buang..(di sebuah kedai makan)..tak jumpa..kata tuan kedai tue..ada orang ambil dia bawa balik rumah...sangat sedih..berminggu2 jugak menangis teringatkan Atan...
lebih kurang macam nie la Atan..tp nie bukan Atan taw..ehee

ade satu rahsia Bulan nak bagitahu..eheee..siapa2 yg perasan la..Bulan ada Parut kt Dahi...
sebab nya dari kuku kucing...
nie hah..termakan bulu kening sket...

masa kena cakar tue umur Bulan baru 2tahun..kecik lg..jalan pun terkedek2 lg..
mama ckp bulan sangat nakal..=p
masa tue kt rumah nenek..kucing tue arwah nenek bela..lupa dah nama apa..maklum la 21tahun yang lalu...
tengah main-main kt dapur...ermm..tak ingat sangat kejadian masa tue..maklum la 21tahun yg lalu(perlu ulang ke)=p..yang memang jelas ingat ialah..saya tarik ekor nya..dan terus ia ngap saya...=p
masa tue saya meraung..menjerit..darah penuh dimuka..mama panik sambil menangis...mama cakap darah mengalir tak henti2...luka tue sangat dalam...pak su bawak pergi hospital kena jahit..12 jahitan...terdapat dua kesan calar..sebelah kanan memang terkena kening sket..hampir masuk ke mata...yang belah kiri cakaran nya pendek je...masa tue abah pergi kerja..abah balik kerja terus buang kucing tue...tapi ia tak salah..saya yang salah..sebab gatal tangan tarik ekor nya...
kesian arwah nenek..dia sayang sangat kucing tue...=(


mama selalu cakap saya dah tak cantik sebab ada parut yang tak boleh hilang selama-lamanya...=)
namun saya percaya,ada insan yang mampu menerima saya seadanya.=)

susah sgt nk benci Makhluk comel nie...^^

peneman tido sebelum kawin =p 
*gatal*


eheee..kisah lama..
walaupun kena cakar kucing tapi tak pernah terdetik utk membenci makhluk comel nie..
ada yang nk bagi Bulan kucing free ke?=p



Sunday, October 10, 2010

Hard Work

 I do not know anyone who has gotten to the top without hard work.

 That is the recipe.

 It will not always get you to the top, but it will get you pretty near. 

~Margaret Thatcher~

gambo nie tak de kena mengena =p
gatal nk letak...

A.R.I.G.A.T.O.U

Tuesday, October 5, 2010

betapa teruk nye..이게 뭐야?

Salam everyone..also silent reader yg ku cintai..=p
lama saya tak update blog...bukan malas...tapi teramat busy...erkk..ke buat-buat busy?ahakss...betol3..saya sgt busy....FYP(final year project), midterm test,assignment,mini project and kuiz-kuiz yang tak ada penghujung nye lg. tak tahu bila nk habis sume tue.
pening dengan FYP nie.. literature review kena buat semula,methodology pn kne buat semula...Esok meeting ngan supervisors..Ya ampun Dr.saedi and Prof Suleyman...Literature review and methodology tak start buat pn lg..eheee
tak tahu apa yang saya busy sgt nie..kikiki...

Alhamdulillah, Lab 4 dah habis minggu lepas..cuma kne hantar lab report je friday nie..tapi sgt tak puas hati. kenapa nak kne ade presentation jugak utk lab nie.lab-lab sebelum nie tak pulak kne present.adoi!!

wajah2 ceria lab dah habis..tp dlm hati masing2..adoi~ project aku tak siap2 lg nie..=p


Namun, disebalik ke'BUSY'an..saya masih ada masa dgn yg tersayang...

OPEN HOUSE




Hang Out
wif Aneez Shafeeqa

wif Arina

i bile mkn mmg bersungguh..kikiki

jadik model jam..lepas jadi model scarf i..

photoshoot model2 Dara.Com..kikiki


Sekian...
nak wat semen plak =p











Chocolate Love

Salam everyone~~~

Sape pernah jatuh cinta kerana coklat???
pernah??
Saya pun tak pernah..hahaha..tah pape kan soalan...=p

Sekarang kat UIA ada pesta konvo...banyak la pameran-pameran nye..antara yg terawal ialah pesta coklat... 
di adakan bermula jumaat lepas hingga la semalam..
hari jumaat tue lepas kelas matlab..sy pegi pesta tue dgn nik (adik kesayangan)...^_^
banyak sgt coklat2 yg dipamerkan..rambang mata dibuatnye..ahakss..
maklum la hantu coklat..kalo boleh semua nk sapu..huhuhu

heart dis~~

femes akak nie masuk blog i..kikiki

see...coklat pic mermaid pn ade..nati sy nk wat pic Super Junior la..bole??=p

cumel kan? bole bg kt buah hati...=p

Saranghae...wo ai ni...aishiteru...pak cik Pluto~ =p



Sekian~~
Wasalam~~~