Friday, December 9, 2011

Renung dan Syukur

Assalamualaikum...

Mungkin ramai antara kita tak tahu yang nikmat Allah s.w.t kurniakan meliputi segenap alam. Pada kita sendiri,Nikmatnya dari hujung rambut hinggalah ke telapak kaki. Tapi pernah ke kita fikir semua itu? Aku?!
Aku akui aku juga baru terfikir. SubhanAllah...

Kita dikurniakan sepasang mata. Walaupun tak bulat tapi sepet tetap ianya berfungsi kepada kita untuk melihat dunia yang serba indah. Terfikirkah kita pada mereka yang cacat penglihatannya?!



Kita dikurniakan sepasang kaki. Walaupun pendek kontot tak macam kaki artis-artis korea tetap ianya berfungsi untuk kita berjalan. Dari Times Square ke Jalan TAR untuk shoppim :p. Terfikirkah kita pada mereka yang tempang dan tak berkaki?!

Kita dikurniakan seraut wajah yang sempurna. Cukup serba serbi. Sepasang mata,hidung,mulut dan telinga. Tapi kenapa masih mengeluh dengan wajah sendiri hanya kerana rasa rupa paras seperti lelaki atau bapok. Perasaan saja tue. Kadang kadang perasaan kita menakluki fikiran.

Kita sebenarnya sedang menikmati nikmat dan kurniaan Allah tanpa kita sedar. Kita tak sedar apa yang kita lalui dan jalani sepanjang hari setiap masa adalah kurniaan Allah. Tetapi masih ada juga yang mahu bersedih. Bersedih kepada sesuatu yang hilang. Lagi menyedihkan bila bersedih pada sesuatu yang bukan kepunyaan kita, sehingga kita lupa untuk bersyukur dan menghargai apa yang ada dihadapan kita :)

Notakaki: Nasihat dan peringatan untuk diri sendiri juga :)

Monday, December 5, 2011

Tudung bawal pun stylo sekarang ni

Assalamualaikum..

Apa motif pegang objek itu??!

Wah wahh..Permulaan entri gempak seyh! Nampak dak awek cun kat atas tue senyum macam menahan gigi dari terkeluar :p

Korang perasan tak fashion sekarang nie more kepada pop yeh yeh ala ala zaman 60an 70an.. Ala ala vintage gitu. perasan tak?perasan tak?

Handbag vintage,baju pun vintage, ada puff puff gitu. auwww cumel!

So,hari nie aku tak mau cerita pasal vintage vintage nie. Vintage vintage nie next entri yea. ;p *ntah jadi ke ndak entri tuh :p*

Hari nie aku nak cerita pasal tudung bawal. Ok,tudung bawal. Sebelum timbulnya shawl,pashmina dan tudung malas. Korang tahu tak tudung malas tue yang mane? Tudung malas tue tudung ekspress la. Main sarung je dan siap bentuk! Ok! stop cerita pasal tudung malas.

Ulang ayat, sebelum timbulnya shawl pashmina dan tudung malas, tudung bawal la menjadi rebutan para gadis rupawan dan mak-mak orang. Semua saling bertanding batu berlian sape paling berat , daun bunga pokok sape paling lebat. Hahahaha *paham dak maksud aku? dak paham buat paham yea :p *

Kini, tudung bawal nie timbul lagi dengan macam2 style la pulop. Siap boleh belit lilit lagi. But still nice aku tengok. Cumel je..




Nie Dian Pelangi. Model dan fashion designer muslimah dari Indonesia. Cantik kan dia? Dan stylo kan dia? Jangan risau jejaka jejaka kacak seantero malaya. Dian Pelangi nie sudah pun berumahtangga. Simpan saja angan-angan mu itu. Muihihihi

Aku penah la tengok gadis-gadis pakai tudung macam nie kat malaysia mostly student indonesia yang belajar kat malaysia. Nice wooo.. Cumel je dorang pakai macam nie :) suka suka suka! 

Kalo korang nak bergaya macam Dian Pelangi nie boleh la beli tudung bawal kat SINI. Murah-murah je owner dia jual.

Opss. Nie lelaki masa depan aku. Boleh?

Saturday, December 3, 2011

Awak Tahu Tak...Awak Fikir Tak

Awak tahu tak
Dia, SENYUM bila mereka sekelilingnya senyum...
Dia, KETAWA bila mereka sekelilingnya ketawa...
Dia, CERIA bila mereka sekelilingnya ceria...
Dia, SEMANGAT bila mereka sekelilingnya semangat...

Tapi awak fikir tak
Dia, hanya berpura-pura senyum...
Dia, hanya berpura-pura gembira...
Dia, hanya berpura-pura ceria...
Dia, hanya berpura-pura bersemangat...

Dan awak tahu tak
Dia,rindukan awak hampir tiap hari...Tapi tegar dia mengusir bayangan awak dari kanta matanya...
Dia,degil kerana cuba mengingati kembali lunak suara awak...Agar dia dapat mengikis sedikit kerinduan yang bertamu...
Dia,bodoh kerana tanpa sedar dia menyebut nama awak...dan menangis kebodohan memanggil nama awak dalam hatinya
Dia,cintakan awak dengan sepenuh hatinya...Walau dia tahu awak bahagia dengan yang lain.


Awak tak tahu,tak mahu tahu,Awak tak fikir,tak mahu fikir

Wednesday, November 30, 2011

Wordless Wednesday PLUS Hari 03 - Gambar Kamu dan Kawan-Kawan

Assalamualaikum...











psstt~ bagi aku kawan tak semestinya selalu bersama,berhubung dan bermesra.Tapi kawan selalu letak dan tetap di hati walau beribu batu jarak nya :)

Monday, November 28, 2011

Penghargaan Untuk Diri Sendiri

Assalamualaikum....

Seminggu aku tak update. Korang tunggu entri dari belog aku tak? Tak kan? Hahahaha

Ok. cuti 4 hari nie memang heaven se'heaven-heaven' nya la. 4hari nie kerja meronggeng je. Hahaha. Esok aku tertonggeng lah sebab pagi-pagi lagi ada mock interview untuk kelas EOP (English For Occupational Purpose). Dah la sawan pemalu aku makin menjadi-jadi :p

Nanti aku update entri meronggeng dengan blogger famos amos ye :p

Jeng jeng jeng

Pe kebende la nie ek. Macam botol susu pun ada kan. Nie Skincare Set dari Etude House. Aku dah lama aim product nie. Bila dah cukup duit simpanan aku nak beli. 

Hari sabtu aku keluar dengan beberapa blogger famos amos nie dekat Times Square. So,aku singgah la Etude House Shop kat Times Square.Aku dah lama tunggu sale dari Etude House. Kalau nak beli one by one product agaklah mahal mencekik. Satu cleanser tue dah RM50. Dop mampu ambe nak beli nya.Huhuhu Bila beli set promosi macam nie amat lah murah dan sangat berbaloi-baloi bagi mereka yang mementingkan penjagaan kulit.

So, aku beli Be Clear Set. Harganya RM119.90 kalau normal price RM163.70 macam tue lah. Dalam set nie aku dapat FREE 1 Christmas Box,1 cute recycle bag, and 1 pinky pouch. 



Dalam Be Clear Set nie ade Cleansing Foam, Skin toner dan  Moisturizer. Aku baru nak cuba product nie setelah telah perubahan muka Mish bila dia dah sebulan pakai Be Clear cleansing foam dari etude house nie :)

Ini adalah reward atau penghargaan yang aku hadiahkan untuk diri sendiri setelah aku melakukan sesuatu yang membanggakan diri sendiri. Sesuatu? Apa bendanya? Ada lah kang kalau aku cakap bukan ke riak namanya . Walaupun tak mampu nak banggakan orang lain. Diri sendiri sudah cukup. Eheee. 

psst ~ Siapa lagi nak hargai diri kita kalau bukan kita sendiri kan?

Sunday, November 20, 2011

Sibuk yang tak ketahuan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Erkk. Time aku taip entri nie korang dah tido. Tuee ada yang berdengkur. Ada yang meleleh ayer liur. Tok sah tipu lah korang tido tak berdengkur :]. Nak nak seharian korang pegi jalan meronggeng. Balik penat terbongkang terus. Hihihi

Lepas balik cuti raya haji dan semester break aku tak sempat nak update blog hari-hari. Bajet pemes ada orang tunggu aku update kan? Erk.Latest entri pasal 'Wordless Wenesday' tue ja. sebab simple kan nok? Tampal ja gambo.Engkau pon boleh buat.

Busy yang tak ketahuan yang maksudkan disini ialah busy yang tak seberapa nak busy. Faham tak?Tak? Hempok kepala tue.Muihihi Macam biasa balik kelas makan terbongkang. Tak pun melayan drama korea. Mula la feeling sensorang menangis sedih sensorang. Sengal kan?!

Dashboard blogger nie selalu je bukak, aku blogwalking je la. Aku baca entri orang. Komen komen kalo terasa nak komen. Eh eh..sebelum panjang entri nie aku nak bagitahu bloglist aku. Ada 3 part semua nya. Ok,ada 'Nae sarangi', 'Daebak namja' dan 'Daebak yeoja'. Ok. Toink toink bahasa nya. Hahaha aku sengaja nak buat korang toink toink. Rasa toink toink tak?Aku rasa gak la sikit toink toink tue. Perisa strawberry. Ok merapu!

1. Nae sarangi -maksudnya 'kesayanganku'. Nie memang blog wajib aku terjah. Tak kira la hujan panas ribut petir ke. Wajibulrunnah! Mereka ini orang yang aku kenal dan mesra dari awal hingga la sekarang aku di dunia blogging.

2. Daebak yeoja- maksudnya ' Gadis Hebat'. Ok,nie antara list blog gadis yang aku suka baca. sebab blog mereka nie best. Rasa macam yogurt tutti frutti perisa vanilla ade strawberry dua ketol. :p . Blog dorang nie relaks dan banyak info bukan sekadar tunjuk gambar pegi makan kedai mamak je.

3. Daebak Namja - maksudnya ' Lelaki Hebat'. Sama jugak dengan Gadis Hebat. Blog 'Lelaki Hebat' nie buat aku relaks dan buat aku gelak gelak comel :p Blog mereka nie sempoi je.Rasa?! Rasa macam coklat kindo bueno perisa white chocolate. Boleh?

Nak letak gambo ke. Tak payah la kan. Kang korang termuntah pulak tengok gambo aku. Sobss

moodtoinktoink: Daebak = Hebat, Namja= Lelaki,Yeoja=Perempuan/Gadis

Wednesday, November 16, 2011

Wordless Wednesday: Songsaeng-nim

Assalamualaikum...

Gambo awal tahun lepas dengan Jihae songsaeng-nim

Mood: rindu nak sambung belajar hangul balik. tapi tak ada masa :(

Tuesday, November 15, 2011

Auwww.aku cemburu dengan percintaan mereka. &^@%$###*!&^&^%

Assalamualaikum...

saya guna aku ye :)

Hari nie dari pagi sampai lah ke malam aku berada di fakulti dengan badan yang wangi semerbak kasturi si bunga mawar. Oh yeah! Wangi kan aku. Ok merapu.

Aku jealous. Kau tahu apa maksud jealous? Dalam bahasa melayu nya CEMBURU. Kau tahu apa maksud cemburu. Tak tahu? Ok,angkat tangan searas dengan kepala dan ketuk kepala kau itu.Hikhikhik

Aku jumpa link nie dibelog YanaYonet. Aku cemburu aku jealous dengan percintaan mereka. Bukan jealous dengan percintaan Yana dan Abam Lipas nya. Oh bukan,bukan dengan mereka. Tapi dengan satu blog yang super duper triple romantik dan dikarang dengan penuh perasaan. Bak kata orang dengan hati yang tulus ikhlas suci murni. Opsss,ade keterlampauan disitu. Dengan gambar mereka yang ala-ala sweet auww auww itu memang membuatkan aku jealous.

Akan tetapi,ya ada TETAPI disini. Jika korang singgah belog <INI> aku mintak jangan dikutuk dimaki hamun sudah. Cukuplah dengan beristighfar dan mendoakan hati mereka agar mereka menemui kebahagiaan hakiki. Opsss terasa macam ustazah pulak :p

Moodbidadari: minggu nie agak meroyan sikit dengan exam berderetderet.

Saturday, November 12, 2011

Hari 02 - Maksud Sebalik Nama Blog

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera!

Aku bengang dengan adik-adik aku. Posmen datang hantar barangan pos laju tak ada sorang pun yang keluar amik. Semua terbongkang dalam bilik tuh. Cettt! Posmen dah tinggal surat cinta katanya nak date dekat pejabat pos KB bila bila masa saja. Apa class dating kat pejabat pos. Ptuihhh! Ok membebel! 

Meneruskan lagi sahutan "Cabaran 30 Hari Saya". Baru hari ke-2. Ada 28hari lagi.Hekhekhek.

MAKSUD DISEBALIK NAMA BELOG

'SECOND ME'
Ianya bermaksud 'Kedua saya'.Pertama aku adalah aku. Manusia yang comel kontot jalan macam penguin.Hahaha'Second me' nie merupakan sebuah belog dimana aku membebel, merapu,dan men'sawan'kan diri di sini.

So,dalam belog aku nie aku hanya tulis tentang aku. aktiviti aku,kegemaran aku,kesukaan aku dan info yg aku ingin kongsi dengan korang sume.

Itu saja.

MoodBidadari: Jangan gelak kan aku. Taw la belog aku tak de header. Kontot mcm tuan dia jugak

Friday, November 11, 2011

Hari 01 - Gambar Terbaru Dan 15 Fakta Menarik Tentang Kamu

Assalamualaikum...


Dalam entri sebelum nie <SINI> aku dah nyatakan yang aku akan sahut "cabaran 30 hari saya". Perghh,30hari tue Jah. Kau hado?tak hado kan? Muihihihi. Nie aku baru nak mula menyahut sahutan itu agar ianya terus bersahut sahut sesahut sahutnya. Ce kira berapa kali aku sahut?Muihihihih. Ok merapu!


Tajuk entri seperti mahu join Miss World 2012. Sebab Miss World 2011 dah hado pemonang nye.Dan pemonang Miss World 2012 tentulah aku. Ok merapu lagi!


Sudah tentu Puteh yang tergedik-gedik melompat atas ku kerna mahu bergambar. Namun dengan ego nya dia memandang ke arah lain. Kata nya,pose cenggini baru cool babe!

Fakta tak berapa nak menarik tentang aku :p

1.Penguin kontot- Gelaran aku dapat dari ex aku. Penguin sebab cara aku berjalan masa kelam kabut.Kontot sebab....tak mo ckp lah! mentang2 dia 180cm. Bajet tinggi sangat.Lee Minho 187cm taw!

2. Sawan camera- ohmaiJah! pantang! memang pantang! boleh sawan lah depan camera. tak mampu nak ungkai dengan kata kata tentang kesawanan aku terhadap camera.

3. Sawan Kucing- ohmaiJah lagi! nie kurang sikit dari sawan camera tue. sebab kucing bukan camera. tapi kucing jugak boleh buat aku sawan. 

4. Kaki sepuluh- mama aku cakap aku kaki sepuluh. suke jalan-jalan kalo keluar 10pagi, 10malam baru jumpe jalan nak balik. orang kata kalo ade tahi lalat ditapak kaki memang kuat berjalan. no wonder lah!

5. Blogger-dunia blogging tak boleh aku tinggalkan. hampir setahun lebih aku berblog. 

6. Sawan dengan anak ikan- 'anak ikan' disini bermaksud jejaka k-pop.hahaha dorang nie jambu2.I like. rase nak gigit gigit je. auwwww! K-pop dan aku tak mampu nak dipisahkan walaupun melalui pembedahan :p

7.Sengal lembu- kekadang datang nya mood sengal aku. korang suntik ubat penenang pun tak jadi hapo dah

8. Loner- penyepi.hahaha loner disini. aku suka pergi mana2 sorang diri. sebosan mana aku aku jarang ajak orang keluar. sebab aku takot membebankan orang. kalo utk buat perkara penting aku prefer pergi sorang :) (settlekan bil or pergi beli barang )

9. penumpang setia T203-bus dari terminal putra gombak ke pinggiran batu caves dan balik ke terminal putra kalo tak silap aku. Time aku tension tertekan. aku naik bus nie dan duduk je dalam bus tue. naik sorang tenangkan diri berfikir panjang tentang apa yang aku tengah lalui. Sebelum bus nie sampai kembali ke terminal putra. Aku dah buat keputusan TEKAD tentang apa yg aku fikirkan dlm bus tue.

10. Sawan air- air suka aku. aku pun suka air. kami sama lap2. Aku suka mandi. paling kurang 4kali sehari aku mandi. pagi tengahari petang dan sebelum tido. membazir bil air je kan ;p

11. Mabuk darah - <SINI> naseb baik bukan sawan darah. kalo tak dracula aku :p

12.Tacing- Ye,aku memang sensitip. Sawan sentap belum tahap tue lagi. Tak dengan semua orang aku cepat terasa sentap dan tacing,tapi dengan yang rapat dengan aku. lebih tepat lagi makhluk yang paling aku sayang.kalo kucing makhluk paling aku sayang. dengan kucing pun aku boleh sentap ok.

13. Beruang panda- suka tido. memang kaki tido. memang kepala tido. tiap malam aku wajib tido 8jam. itu belum campur tido di siang hari.hurmmm kesian somi aku nanti.

14.gadget unluck- betol ntah ayat aku tue ' gadget unluck'. hihihihi memang aku tak boleh pegang gadget.laptop kene curi beli baru. hp nokia mama basuh dengan mesin basuh, hp sony pun dah mangkat sebulan yg lepas, mp3 sony tercicir dlm bus,external HD maut dari tingkat 3.

15. Good listener- yeah! nie yg aku akui. Im a good listener. tapi tak semua cerita orang aku dengar. dan tak semua aku dapat bagi pendapat. tapi aku pendengar yang baik!meh story mory dengan aku!

banyak lagi fakta menarik tentang aku.kang korang semput plak bace kalo aku tulis semua.hahaha

Moodbidadari: aku tak sempurna.begitu jua kau :)

Thursday, November 10, 2011

Kisah Raya Korban Mabuk Darah

Assalamualaikum....

Maaf penggunaan aku

Masih tak terlambat. "Selamat Hari Raya".Empat hari raya berlalu baru nak ucap. Kamon la, raya kan sebulan. Head brain you! (nice sikit kan?) Hahaha. Ok,maaf. Aku dalam empat hari nie memang mabuk daging. Dan jugak mabuk lemak. Tak ada perasaan nak update blog.Lagi pun, entri semalam terhasil tanpa perlu aku memikirkan kata kata yang perlu di taip dan tak perlu mengerah otot-otot jari untuk menaip. Cuma tampal gambar dan publish. Itulah Wordless Wednesday.

Siblings

Ok,terbukti aku seorang yang malas pabila aku menjelaskan pada kalian pada perenggan di atas tentang kemalasan aku untuk menaip. Pening? Aku juga pening dengan apa yang aku katakan disaat ini. Tapi tetap juga aku mahu katakan. Hahahaha

Dulu-dulu aku nie tomboi,suke panjat sana panjat sini. Boleh kata aku nie taiko kampung jugak la. Hekhekhek. Seluruh kampung aku takluki. Kerja melastik burung, seret biawak keliling kampung itulah kerja aku dan sepupu2 :p no wonder la aku legam berbanding adik-adik aku yang semuanya putih melepak.


Kisah raya korban aku, kisah ini berlaku semasa zaman hingus aku. Hahaha. Pada ketika itu,aku menjadi headline di akhbar Kampung Badang,PCB Kota Bharu Kelantan. Berbunyi,"seorang budak perempuan comey lotey terkorban bersama lembu korban".Pening? Aku pun sama! Hahaha. Time orang nak sembelih lembu. Aku lah orang yang paling eksited bak seperti kene sawan..Masa tok imam sembelih lembu aku tengok darah keluar membuak-buak macam air paip. Aku dah mula pening. Seiring dengan itu aku pun tumbang ke tanah. Sedar-sedar dah atas rumah arwah nenek aku. Masa sedar tue memang blurr la. Tadi rasa duk tengok orang sembelih lembu. Apasal pulak duk atas rumah nie,dikelilingi sepupu sepupu aku duk gelak kan aku.cisss!

Abah aku cakap aku pengsan time orang sembelih lembu. Hahaha. Rupanya aku nie jenis mabuk darah. Itulah kali pertama dan terakhir aku tengok orang sembelih lembu dari dekat. Sejak itu abah aku larang aku pergi tengok orang sembelih lembu. Katanya"tak yah pergi,kang buat malu je tumbang sama dengan lembu.".Ok fine!.Bila time raya haji je. aku hanya tunggu kat rumah nenek aku. But,still aku makan daging lembu dengan lahap nya!

Maaf dengan ketidaksopanan Pak Sedara aku itu.Adess

Psst~ Otak lembu boleh makan tak?

Wednesday, November 9, 2011

Wordless Wednesday:Teaser

T.E.A.S.E.R.

Ececece

Thursday, November 3, 2011

Spontaneous Thursday #1

Assalamualaikum....

Dalam masa 12jam lagi....

Saturday, October 29, 2011

Cabaran 30 Hari Saya :)

Ohyeah...srokhhhhh *selsema*


Demam...Nak manja manja boleh?Hukhukhuk


Awk, comel la...rawrrr!


Seeeee,tajuk entri tue. Cabaran 30 hari saya! Ohyeah! Aku menyahut cabaran itu...


Sahutan itu ku sahut dikala aku semput semput idea nak mengapdate belog. Nie la list cabaran untuk 30 hari. Ohyeah!


  • Hari 01 - Gambar Terbaru Dan 15 Fakta Menarik Tentang Kamu
  • Hari 02 - Maksud Sebalik Nama Blog
  • Hari 03 - Gambar Kamu dan Kawan-Kawan
  • Hari 04 - Habit Yang Tak Diingini
  • Hari 05 - Gambar Tempat Kamu Pernah Pergi
  • Hari 06 - Superhero Kegemaran dan Kenapa
  • Hari 07 - Gambar Yang Memberi Impak Hebat Kepada Kamu
  • Hari 08 - "Short Term Goal" Bulan Ini dan Kenapa
  • Hari 09 - Sesuatu Yang Membanggakan
  • Hari 10 - Lagu Ketika Kamu Sedih, Gembira, Bosan, Hyperaktif, Marah
  • Hari 11 - Gambar Kamu Dan Kawan-Kawan
  • Hari 12 - Blogger Dan Kenapa Kamu Blogging
  • Hari 13 - Surat Untuk Seseorang Yang Pernah Menyakitkankan Hati Kamu
  • Hari 14 - Gambar Keluarga
  • Hari 15 - Mp3 Shuffle - 10 Lagu Pertama
  • Hari 16 - Gambar Kamu
  • Hari 17 - Tukarkan Kehidupan Kamu Dengan Orang Lain Untuk Satu Hari Dan Kenapa
  • Hari 18 - Plan/Dream/Goal
  • Hari 19 - Nickname, Kenapa Wujud
  • Hari 20 - Seseorang Yang Bakal Kamu Kahwini
  • Hari 21 - Gambar Yang Buat Kamu Ceria
  • Hari 22 - Apa Yang Membezakan Kamu Dengan Orang Lain
  • Hari 23 - Sesuatu Yang Kamu Inginkan
  • Hari 24 - Surat Untuk Ibubapa Kamu
  • Hari 25 - Item dalam Beg
  • Hari 26 - Kawan, Apa Kamu Fikir?
  • Hari 27 - Kenapa Kamu Buat "30 Days Of Me Challenges"
  • Hari 28 - Gambar Kamu Tahun Lepas dan Sekarang, Seberapa Banyak Kamu Berubah?
  • Hari 29 - Apa Yang Kamu Belajar Selepas Sebulan Ini
  • Hari 30 - Lagu Kesukaan
Meh la kawan kawan. Join sama,segmen nie boleh digunapakai dikala semput idea nak mengapdate.

Offline

Moodbidadari:Abahmamademamnie :(

Thursday, October 27, 2011

Keramahan Aku Di Facebook

Hi hi hi hi hi hi hi

Hi hi hi hi hi hi

Hi hi hi hi hi

Hi hi hi hi

Hi hi hi

Hi hi

Hi

Hi semua!!!!!

Ok. Gigih tak aku? Ber'hi' sana sini.Ini lah yang terjadi pada Facebook akaun baru aku. Private Message 'Hi' telah tersebar ke pelusuk kawan-kawan facebook aku.

Tensi. Aku memang tensi. Sebab ia dah menjatuhkan imej bidadari aku. Cehhh! Ptuihhh!

Annoyink kan? Lagipun aku tak semesra itu nak ber'hi' dengan orang. Sukar nak mesra dengan orang. Tapi dengan bantal aku sangat mudah mesra. hekhekhek zzzzzz

Ok. *tamat cerita "hi".

Aku jenis hargai kawan. Sekali berkawan selamanya aku nak berkawan. Kalau dulu kawan aku boleh berbual-bual bertegur sapa bergurau senda kenapa kini tidak? Sebab aku tak layak menjadi kawan kau kah? Bukan sekali dua aku cuba mendekati kawan aku. Banyak kali. Tapi berapa kalikah aku dilayan sebagai kawan?

Marah?Aku tak marah. Sedih?Ya,aku sedih. Aku kecik hati. Seluruh genap tempat aku menegur kawan aku. Ala kadar sahaja layan nya. Tak mengapa. Aku faham. Kawan aku memang begitu :)

MoodBidadari:taksukabiladahadakekasihlupakawan :)

Sunday, October 23, 2011

Diana Amir vs Hana Tajima

Assalamualaikum

Esok isnin(tetibe). Esok korang keje(tetibe). Esok aku tak de clas (tetibe). Saja nak buat korang jeles. Hahahaha. Selamat berkerja!

Alhamdulillah,segala ketentuan dan kehendak hati berlandaskan keinginan yang teguh setiap niat yang baik dan murni akan tercapai :)

Pasal Diana Amir bertudung aku tahu dah lama. Tapi aku tak pernah tengok gambar dia bertudung. Tapi hari nie masa aku tengah blogwalking dan stalking blog orang. Aku terjumpa gambar Diana Amir nie. SubhanaAllah,sangat cantik. Siyes! Siyes aku cakap. Sangat cantik.

Meh tengok~



Alhamdulillah, terbuka pintu hati nya. Good job Diana!

Moodbidadari:gelengkepaladenganfidaibrahim

Thursday, October 20, 2011

Jangan percaya barang FREE

Uihhh. Sejuk nyah malam nie. Meh la pelok pelok. Best kan? *winkwink*

Gojes dak awek nie ?!

Aku nak cerita neh. Mai la dengar. Aku bagi gula gula sebijik sorang nak?! Ok merapu.

Esok aku ada kuiz Biofacility.Huhuhu Natang ape biofacility tue nyah. Kau tak tahu. Sadap ok!
Aku jenis study malas beli buku mengharapkan lecturer suap. Ngappp! Hekhekhek
Lecturer bagi slide aku amik dan print dan peram dalam file.Terbaik

Nak jadikan entri nie panjang dengan harap kome kome sume harus baca. Slide tue dalam PDF dengan 58 pages. Ok! Sikit je tue. Kaplahotak kau! Berbuih buih mulut aku baca nie. Habuk tak masuk. Yang masuk nasi goreng kampung sebungkus siap telor mata lagi. Hakahakhakahak. <-----gelak lembu

Printer aku ade 3function. Scan,Copy,Print. Hebak kan?! Ok maaf tershow off sebentar. Background PDF slide tue kaler biru gelap. Tulisan pulak kaler putih. Sume ayat tak hade pun gambogambo cun yang boleh menjadi santapan mata agar tidak mengantuk. Ptuihhh!

Bila aku print memang keluar kaler biru gelap tue la. Korang boleh bayang tak? Leh tak nie? Bayangkan ink printer aku. Kertas tue macam basah kene air je. Cis!

Aku pun buat cleverclever. Pi google PDF converter. Ohyeah! Jumpa!Free download lagik.Suke suke suke DOWNLOAD!

15minit later,

Cettt! ' This is unregistered converter,you can only convert 3pages for each slide'. Cett! 10kali Cettt lah!

moodbidadari:minum nescafe tak mo tido malam nie nak study!

Spontaneous Thursday: 1




NEVER FAIL REMEMBERING YOU

Tuesday, October 18, 2011

Orang tak nak tue tak payah terhegeh-hegeh kan?

Assalamualaikum....

Aku benci..aku benci..

Sombong nak die! Mentang mentang la ko tue putih gebu. Macho. Tahi lalat di hidung. Bajet tahi lalat ko tue sweet la kan??

Ko buat aku tergila-gila kejar ko. Aku nak peluk ko pun tak kasi. Sombong.Pastu ko tak nak layan aku. Cettt!


Ok fine! Pasni aku buat ko terkejar kejar kat aku pulak. tengok la nati. Aku tak bagi ko makan aku tak mandikan ko. Biar paknenekkutu naik kat atas badan ko. Baru la gatalgatal kulit ko tue :p


Hahahaha. nie la kucing aku. Nama dia Cik Puteh atau singkatan Puteh atau glamornya J.LO. Mama aku yang bagi nama nie. Ntah dari mane dia dapat idea nak bagi nama Cik Puteh.

Cik puteh nie cerdik taw. Dia u'uk dalam bilik air je. Kalo dia nak u'uk tapi ade orang dalam bilik air mula la bising membebel. Terpaksa la orang kat dalam tue cepatcepat keluar. Kalo tak dia akan melepas dimana mana dia sempat :p

Tapi Puteh sombong dengan aku. Sebab aku tak ada kat rumah masa pertama kali kedatangan dia ke rumah kami. Takpe2,nati cuti siap ko aku peluk ko sampai teru'uk :p hekhekhek

TodayMood: Pemergian Kak Diyana masih terasa...

Friday, October 14, 2011

Tempat PekikPekik

Gian giat mahu taip entri maghrib nie...

Biar pun dia dah setahun bergelar blogger picisan :p. Di blog lama dia hasilkan 400 entri yang bermacam macam genre. Emoemo (identity dia)gambogambo,faktafakta,tipstips, dan kisahmerapunya. Dengan berbekalkan 1440 follower (elehh..Ben Ashaari dah berpuluhribukot!) dan 15+ komen setiap entri (elehh..Yuyu Zulaikha dapat 100+ komenkotsetiapentri). Ayat tergantung...Ok,malas nak sambung.

Itu cerita belog lama aku la. Meh,aku nak cerita pasal belog baru aku. Kenapa aku buat belog baru??

"Hang pi baca entri entri lama aku sat! pi pi!"  hekhekhek.

Dah dah. tak mo tulis panjangpanjang. Aku nak habaq,belog baru aku dah ada Tempat PekikPekik.
*mehla pekikpekiksini*

So,next time korang singgah tak mo drop komen. silalah pekikpekik kt situ k. Pekik dengan tangan ja. Jangan dengan mulut ok! Tak elok. Budi bahasa budaya kita 1 Malaysia.

Moodbidadari: Takmo emo dah dibelog baru. kalo aku emo jugak korang lempang aku k :p

Wednesday, October 12, 2011

Tuesday, October 11, 2011

111011

Dari semalam lagi aku bukak new post nie. Tapi sepatah pun aku tak tulis. Hati melonjaklonjak nak menulis. Tapi tangan gila beku nak menaip.

Pagi nie semangat bangun pegi kelas. Tapi hampeh kelas cancel sebab kete kesayangan madam rosak. hekhekhek,mesti ada antara kami yang doa kete madam rosak hari nie.Tapi bukan aku OK! Sebab hari nie kami kene submit questionnaire untuk company visit. Ramai yang tak siap lagi :p termasuk aku yang tak tahu pape.

Weekend lepas memang heaven giler lah. Meronggeng je keje sabtu ahad. lenguh kaki sampai nak ketawa pun tak boley. Nati aku update entri pasal weekend aku. *takmo tewas dengan mish*

Aku buka akaun Facebook baru. Yang lama aku deactive. Ada sebab musababnya aku buat macam tue OK. Bukan saje gegatal nak buat banyak akaun OK.

Moodbidadari:aku rindu kat kawankawan aku

Wednesday, October 5, 2011

Wordless Wednesday:Hilang

Monday, September 19, 2011

Monday Mood : Blurr dan Serabut

Assalamualaikum...

Bangun solat subuh dengan keadaan huyung hayang. Pukul 7.12. Oppss kantoi!

"Akak jalan macam orang mabuk". Itulah kata rumate ku yg cute miut

Sebenarnya aku BLURR hari nie. Tak tahu nak buat apa. Banyak kerja tak settle lagi. huhuhu Weekend aku enjoy muvie je. Joget joget.

Serabut dan blurr.tak tahu mana nak siapkan dulu
1. Project tak siap lagi.
2. Add session tak settle lagi.
3. Photoshoot ahad nie tak tahu nak pakai baju apa.
4. Handphone Sony rosak.
5.Baju lupa angkat semalam.Hujan.Basah :(
6.Mengidam nak makan cendol :p

Saturday, September 17, 2011

Jangan menyampah boleh?

Assalamualaikum...

Jangan menyampah boleh? Jangan menyampah dengan aku. Aah,dengan aku. Sebab blog aku tak siap lagi. Dah gedikss nak update entri. Kalo korang tengok kat atas tue. Yang tempat ade gambo tukar tukar tue. Ce tengok betol betol bahasa nya. Langsung tak paham kan? Aku tak reti macam mana nak buang natang tuh! Huhuhu

Dah la aku nie tak 'pandai' nak edit template..cett! nak jugak perkataan pandai tue kan :p

So,siapa siapa boleh tolong aku design or edit template nie TOLONG laaaa. Jangan menyampah dengan aku k. Sebab aku nie tak patut di sampahkan.Erkkk! Pening jap. Bukan bukan sebab aku nie comel. So,korang tak leh meyampah dengan aku.Hahahaha

Kalau korang perasan shoutbox pun aku tak ade lagi. Aku dah lupa camna nak letak shoutbox tue. Cramp jap otak aku. Adesss

psstt: Tahniah sayang. ILYSM.till now

Tuesday, September 13, 2011

Help help kesempitan...

Assalamualaikum...

Wahh...rasa segar dengan blog baru nie. Yeah,tenang disini. Terima kasih kepada yang sudi memollow aku. Sat gi aku post kat korang marshmallow okey.Sorang satu. :p

Baru sampai UIA Gombak 12Sept 2011 semalam.Hekhekhek. Bila masuk je gate Uia. Aku dah pasang azam baru. Nak MOVED ON! Yep,I need to change.

Internet kat uia nie plak damn tenuk gilos baban. Kat bilik tak dapat langsung! Geram wa.Macam cicak kobeng duk dalam bilik takde tenet. Hekhekhek.Nie pun aku update kat office asrama. Sebab nak reply email customer and update blog.

Jadual semester akhir nie sangat lah pack macam tin sardin. Class aku dari pagi hingga lah pukul 3.30ptg. Hari jumaat tak ada class.Hopefully semester nie adalah semester terakhir untuk aku.Doakan aku ye korang :)

Nati aku update lagi~~

Nah..amik sorang satu.Jangan berebut taw :p

psstt: sape ade kat KL?ingat nak buat meet up blogger.

Tuesday, September 6, 2011

Second Me-Second Blog

Assalamualaikum...

"SELAMAT HARI RAYA"

Second Blog...Named Second Me... Second Me..membawa maksud aku yang ke-2. Aku yang pertama ialah aku la kn. Yang ke-2 nye di adaptasi dari blog nie. Non-edited tentang aku. Pemikiran aku.Kehidupan aku. Dan  Perwatakan aku.

Blog lame? Tentang Bulan. bukan sengaja nak aku abaikan. Tapi mungkin nak mencari semangat berblogging kembali dengan blog ke-2 nie. Tapi masih dengan email dan password blogger.com yg sama.

Blog ke-2 nie berciri-cirikan peribadi juga. mungkin lebih peribadi. Tapi tak ade la sampai hal hal dalam kain pun aku nk cerita kan. Aku pun ade muka gak. Cun lagi.hakhakhak tuihhh~

Dan aku juga akan selitkan serba sedikit hobi dan minat aku tentang photography,kucing,makanan dan minuman kegemaran, dan fesyen kegemaran. Bersesuaikan dengan tema blog aku Second Me :p Adess bajet retis la plak. Setakat nie dulu aku potpetpotpet.

Terima Kasih kerana membaca

Friday, August 26, 2011

Die Hard Fan Cornflakes Madu

Assalamualaikum...

Pinjam dari Incik Google

Tiap tiap tahun Hari Raya nie la cookies kegemaran aku. Kalo dapat sebalang cornflakes madu nie. Jangan harap aku nak bagi orang lain makan sama :p  Aku suka rasa nye yang sweet manis madu nie. Nama pun dah cornflakes madu kan? Hekhekhek

Pernah aku pergi rumah kawan mama. Aku tarik la balang cornflakes madu slow slow depan aku. Aku kunyah kunyah kunyah.. Sedar sedar dah habis sebalang. Mama aku pun berbisik dengan aku. " yang kat rumah kan ada lagi,pergi umah orang pun nak rembat lagi ke?".Hukhukhuk Malu sendiri aku :p

psstt~ Raya nie aku beraya di Thailand :)

Tuesday, August 23, 2011

Ada kuasa ke kita nak ukur keikhlasan orang??

Assalamualaikum...

Baru aku perasan sepanjang ogos nie yang sekarang sudah ke angka 23 yang lagi 7 hari nak tinggalkan ramadhan penuh rahmat nie untuk bakal kita menyambut syawal dengan penuh kemeriahan. Huffff! SEMPUT~
*ce korang baca dengan 1 nafas. kompem semput kan?* hekhekhek

Panjang kot ayat kat atas tue. cume aku nak cakap aku baru je update 2 entri sepanjang Ogos nie :p

Dulu ikhlas tolong sekarang tak ikhlas
Dulu dapat pahala sekarang dapat dosa

Sapa kita nak nilai keikhlasan orang? Malaikat ka? Nabi ka?Tuhan?Ya Allah mintak jauh. SYIRIK!

Dan sapa kita nak tentukan dosa pahala seseorang? 

Pape pun cermin diri sendiri dan selamat beramal :)

psstt~ pendek giler entri aku.ku bajet panjang mencecah lantai akibat lama tak update :p

Friday, July 29, 2011

selamat harijadi dan selamat hari raya untuk kali terakhir sebab aku akan mati dalam sehari atau dua ini

Assalamualaikum...

Hawau u?fain?wat a u du in tudei? Hah ambik ko bahasa pa neh. German campur itali ka? Kau hade? Hekhekhek.

Lamakan aku tak update? Seminggu ade kot. last entri pasal melatah. Hah,hambik ar melatah sampai joget joget inul goyang gerudi. Pehh! Im retis ok. Ada aku kisah ? =p

Dah dah,tue la tabiat aku,mukadimah tue bukan main panjang mencecah lantai. Silap hari bulan boleh digulung buat jual. Semeter RM2.80. Ko nak?

Tajuk entri bukan main panjang noh..Eh eh,aku tak panggil Noh Hujan ok! Laki orang tuh tak kuasa mak! =p
*tengok!tak abes lagi mukadimah aku* ADESSSS

Aku duk godek godek nuffnang aku. Mau nengoknye gimane perpomen aku punye trafik. Haaaa! Semmputtttt! Tak update tak blogwalking ada jugak se-BE baru duk goyang inul dalam blog aku. Alhamdulillah.

Meh nak tunjuk,


Korang tak payah tengok la yang lain. tengok yang panjang tue je. boleh digulung buat jual RM4.80 semeter. Harga dah naik.Hekhekhek

Peh,Sape la gamok nye search benda nie. Boleh plak dia tahu dia nak mati sehari dua lagi. Makhluk Makhluk. Sodeih den menbaco nye ooo~ 

Puaso dop lagi hang nok ucap Selamat Hari Rayo buat gapo. Puaso hang dah abes ganti ko ujang oit. Eh silap. Bukan ujang blogger femes k.

Selamat Hari Jadi kat sapo plak neh nyah oit..meh aku kasi lilin putih onambolasribu.Ko tiup la sampai pengsan muntah darah. Mak oit,kayanya aku nak kasi lilin onambolasribu kat orang. Hekhekhek

Nak bagi ceramah sikit nie,

Hidup mati kuasa Allah.Dia yang menentukan segalanya. Bila,bagaimana,dan kenapa untuk suatu kematian itu. Kita, HambaNYA mampu berusaha dan berserah. Sambil kejar harta dan nikmat dunia tue.Jangan lupa akhirat juga. Untuk bekalan mengadap DIA. Salam Jumaat~

psstt~ Kempunan nak makan buah mata kucing. korang taw?

Thursday, July 21, 2011

Opocot mak engkau !!

Jangan di cuit pinggang aku. Pleaseeeee lah!

Melatah lagi. Dulu aku lagi teruk melatah. Antara ayat yang keluar dari mulut aku.

" Eh mok mu mok aku,mok mu burok siku."=p lama gak aku melatah ayat nie. Sampai mama aku pun tak leh buat hape dah.

"Oh cokek mok mu".Yang nie latah aku paling latest.Aku pun tak tahu nape dalam latah aku ade perkataan "mok mu". Huhuhu sungguh tak sopan!

Sekarang nie dah ok sket penyakit melatah nie sejak aku minum susu anlene.Ada kaitan ke? =p

Orang melatah nie bahaya. Kadang kadang sonok dengar orang melatah. Ade yang siap nari gojet lagi.Hahaha

Tapi jangan la duk cokek org melatah yang tengah pegang pisau,senapang dan benda tajam. Habis hangpa nati. Di tembak nya~ huhuhu

psstt~ jom kite kopikopi :)

Wednesday, July 20, 2011

Saturday, July 16, 2011

Dinner dengan hasil tangkapan abah

Assalamualaikum...

Bangun pagi tadi memang aku sakit sakit badan. Seharian semalam jadi Hulk. Angkat tue angkat ini. Tangan kanan aku nie pun tak leh nak luruskan sangat sebab sakit. Semua nie sebab semalam punya majlis la. Huhhuhu.Nati aku update entri pasal majlis ape yang berlaku semalam,hari jumaat.

Nie aku nak cerita pasal Hero kesayangan aku. Abah aku la. Semalam masa majlis kat rumah berlangsung Abah aku tak ada. Dia pergi 'nyandak sotong'. Aku tak tahu kalo bahasa keyell nye orang sebut ape. Abah aku pergi pagi semalam dan tengahari tadi baru balik. Huhuhu

Memang penat la kami adik beradik semalam bila buat majlis tanpa Abah. Kene angkat meja,angkat tong gas.angkat periuk belanga. Majlis nie pulak buat on da spot then tiba tiba abah cakap dia nak turun ke laut. Huhuhu

Meh tengok apa Abah aku bawak balik. Hasil tangkapan yang dia cari semalaman.



Lauk dinner malam nie. Budu and sambal belacan. Wajib!

psstt~ seluar jeans aku saiz 26 dah tak muat :( 

Wednesday, July 13, 2011

Happy Anniversary Cik Bulan =p

Assalamualaikum...

Semalam 12hb July 2011. Semalam jugak la ulangtahun pertama belog cikai serabai nie. Huhuhu. Tak sangka dah setahun aku berblogging. Namun, masih banyak lagi yang harus aku pelajari. Hekhekhek skema molep ayat aku.

Alhamdulillah,

Dengan penghasilan entri 364 termasuk yang nie dalam masa setahun. Follower seramai 1414 (wah cantik nombor =p). Alhamdulillah, belog 'Tentang Bulan' diterima oleh kalian. Terima Kasih kerana memollow dan membaca belog pink nie.

Belog bersalin baju 3kali dalam setahun nie.Semua atas jasa baik zaerr.com. Zaerr yang design template belog aku nie. Ringan dan cepat loading. Terima kasih.

Harapan untuk masa hadapan agar belog nie masih lagi diterima kalian. Entri yang aku hasilkan sedikit sebanyak dapat memberi info dan merehatkan minda kalian.Dan aku akan berblogging selagi terdaya =p. Namun kekangan masa dengan study dan bisnes sendiri nie membuatkan belog aku nie sedikit terabai. sedikit je yea. hekhekhek.

Ahakss. Wordless Wednesday =p

Tuesday, July 12, 2011

Aku Tabik dengan Pak Cik nie!!

Assalamualaikum...

Aku pose hari nie. So,tak nak taip banyak banyak. Apa kaitan pose dengan menaip?Hahaha Penat weh,lenguh otot otot aku menaip hokey. =p

Meh tengok video youtube nie. aku tengok kat belog Cik Epal. So,aku pun nak share. Yang aku rasa semua rakyat malaysia patut tengok. Korang tengok la. Jangan tengok hanya dengan mata. Tapi tengok dengan Mata ,Hati dan Akal



Sekian.Ok bai~

Saturday, July 9, 2011

BERSIH :: Tak seBERSIH nama Aku

Assalamualaikum...

Tengah tengok Big Momma kat Astro. Baru siap pack order customers. Esok baru nak pegi pos. Nie 1st time drive semenjak balik cuti nie. Lama tak sentuh kereta tue. Entah entah merajuk dengan aku. Hahahhaa.

BERSIH,kecoh sana sini. Dalam suratkhabar,telebesen macam mana la. Abah aku plak tak bagi tukar channel lain dah kalo tengok berita mesti TV3. Aku tak tahu nak cakap la dengan orang orang yang terlibat dengan perhimpunan nie. Dorang nie bagi aku AKAL PENDEK. Ntah ape yang panjang. Tak reti nak fikir. Apa efek nya pada rakyat yang tak terlibat dan juga pada ekonomi negara.Malu-malu. *wa geleng kapla*


BERSIH, tue maksud nama aku. NAZIFA. NAZIFA maksud nya bersih. Kalo yang belajar bahasa arab tue tahu la. Aku pun tak tahu sebenarnye. Selepas aku amik kelas bahasa arab masa matrik UIA dulu baru aku tahu maksud nama aku. Sebab ustaz selalu sebut bila belajar tajuk kebersihan. Dan aku lah orang yang selalu kene baca perenggan buku teks bila belajar tajuk tue. Gamak nye lebih afdhal kot aku yang baca =p

ok bai~

psstt~ maksud nama kita cermin pada diri kita =)

Friday, July 8, 2011

Malam Yang Buta::Manusia Buta Hati

Assalamualaikum...

Tengah berbungkus dalam comforter,aircond kuat sangat.SEJUK. adik aku tak bagi slow kan.Cett! bangun pagi esok kompem jadi cube ais aku.Hekhekhek.

Nape tak tido lagi neh?

Ko tanye sapa??

Aku tanye korang la =p *sengal*

Hidup nie unpredictable.Lain yang kita rancangkan lain yang jadinya. Sebab tue lah tercipta nya pepatah "Kita hanya merancang,Tapi Allah jua yang menentukan.". hidup nie tak macam drama korea.Semuanya ending yang indah indah belaka.kalo hero heroin mesti ending bahagia sama sama kan? Tapi kalo realiti hidup? Kita sayang cinta bangat sama itu kumbang/bunga.Tapi tak jugak ending nye kite dengan dia kan. Itu lah hakikat sebenar. Dunia realiti ini Allah yang tentukan. Itu contoh hiperbola yang boleh aku bagi la.

Dalam satu hari tue macam macam musibah kita boleh dapat. Tapi minta di jauhkan la ye. Dan mungkin juga berduyun-duyun rezeki masuk.Betol tak?. Allah tak kan uji kite dengan musibah saja. Dia juga akan uji kita dengan rezeki yang Dia berikan.Mungkin musibah yang menimpa ada nikmat disebalik nya. Siapa tahu kan?Oleh itu,usah mengeluh dengan musibah yang menimpa dan jangan riak dengan rezeki yang melimpah.

Terasa serious plak aku malam buta nie.Hahaha. kadang kadang tue lah yang aku fikirkan bila hati nie lalai memikirkan sesuatu yang tak mampu aku jangkau.Sebab aku hanya mampu merancang.

Aku bukan mengalah. Tapi aku menerima takdir itu. Dia hanya suatu keinginan aku bukan keperluan aku.

psstt~ Tarik selimut slow slow.Meh tido meh.Jangan lupa bangun solat subuh =p

Thursday, July 7, 2011

Meh tengok gambo aku shopping sakan dengan Erza Fareeha

Assalamualaikum....

Aku tengah bengang dengan posmen yang tak reti reti nak hantar parcel aku. Dah seminggu aku tunggu parcel contact lens. Pakai POS LAJU pulak tue. Tak sampai sampai jugak! Bengang bengang.

Meh aku nak cite story aku shopping ngan Erza Fareeha. sebelum aku balik cuti aku kuar shopim baju seluar kasut tudung dulu. Maklum la dapat gaji last.Hahaha.Sakan sampai tak hengat! Tak hengat dunia. Erza bawak bodyguard sorang tolong bawak paper bag kami. Ahakss.

Semua kedai dalam TS tue kami masuk tak kira la jual apa.Ahakss Nampak sangat menipu nye kan? Sampai je TS kami pergi makan kat Johnny's Restaurant. Tak sedap langsung!

Pastue bermula la sesi shopim mopim nie. Cian gak kat Zakwan (ehem2 Erza) =p kene ikut je kami. Mane kami pergi dia ok je. Habis shopim kami pergi KL central makan Mc'D GCB.Ahakss Nie Zakwan yang teringin nak makan. Habis makan kami pun balik la.

Jangan tengok kami.Tengok bag kami.Tue baru sikit =p

Muka budak puas hati dapat shopim =p

psstt~ Entri request dari Erza Fareeha sbb dia tak dapat update blog.hekhekhek Juga entri nak kasi jeles sama Mish,Ieyla,Anis and Ngeks

Wednesday, July 6, 2011

Tuesday, July 5, 2011

Harap-harap Bihun goreng aku sedap la ye::BBQ night

Assalamualaikum...

Demam dah ok. Cume malam malam demam nie gedik sket.Nak aje manje manje ngan aku. hahahaha
Tapi tak hape as long as aku duk rumah aku tak risau. Family ada.

Ok,korang tengok tajuk entri aku kan? Malam nie aku ada BBQ dekat tempat aku praktikal dulu. Tak tahu la korang kenal tak Loji Rawatan Air Chicha, Kubang Kerian,Kota Bharu,Kelantan. Hahahaha Kompem tak tahu kan?Yang duduk Kelantan pun kompem tak tahu.

Dolu dolu aku praktikal keje aku test air je. Make sure air yang dah di rawat tue memenuhi standard yang telah ditetapkan. Gitu ler den nok kabo nye cite. Hekhekhek.

Ok,cite aku dah melarat ke zaman zaman dolu dah nie. hadoiii..

Mereka mereka nie request nak bihun goreng dari aku. Mereka mereka nie siapa? Mereka mereka nie staff staff dan juga ex-student praktikal kat sane.So,aku cakap ok la.Aku goreng nati tak kalo tak sedap kome telan je la ek. Dan jangan kutuk aku depan depan. Belakang tak hape. Tapi make sure aku tak dengor la ye =p. Hahahaha

Tak sabar nak jupa mereka mereka nie semua. Siyes rindu.Lamo benor den tak jupe neh ah. Ukhwah dibina atas dasar keikhlasan bukan sekadar mainan. Itulah rahsia persahabatan :)

psstt~ aku terlalu jelite sekarang nie. malu nak upload gambor kat entri.Kang ade yang pengsan berkenan kat aku.Ahahahahhaakasss

Monday, July 4, 2011

Tak tahu nak tulis apa

Assalamualaikum...

Lama aku bukak tab 'new post' nie. Alih alih aku mengadap FB.Reply email customers.Dah 3hari demam selsema. Tak suke! Hidum mancung aku tersumbat.Nak bernafas pakai corong mooloot.Huffff :(

Nak bagitahu korang aku dah sampai rumah. Cuti 2 bulan. Best sangat duduk rumah. Relax~

Demam pun dah beransur sihat.Tak makan ubat pun.Makan masakan mama je. Tue ubat nye~ :)

ok bai~

psstt~ ada masa sudah sihat aku terjah korang ye :) siyes sangat rindu

Wednesday, June 29, 2011

Aku tak pernah semalas macam nie !

Assalamualaikum...

Saat menaip entri nie aku tengah landing atas katil yang bertilam empuk nie. Macam mak dugong! Cube lah korang bayangkan. hahaha. Tak boleh kan?! Macam mermaid boleh?! =p

Giler malas aku hari nie. Perot aku lapar. Tapi aku malas nak angkat bontot kuar pergi cari makanan. Cafe bukan jauh mane pun, selangkah king kong dah sampai depan pintu cafe tue. Tapi sayang nya aku bukan lah king kong nak melangkah selangkah langsung harus dipangkah.Hekhek.

Esok paper exam aku pagi dan petang.Terbaik kan?Selama aku study kat UIA nie tak pernah lagi aku dapat jadual exam sehari dua paper. Nasib baik paper pagi tak berat sangat. Cuma basic bahasa english aje. Huhuhu.Tapi paper petang tue subject 'Engineering Management'. Uwaaa. Banyak kot nak kena hafal dan ingat. 

Tapi saat nie aku dah mula mengantuk. Sumpah! Merah biji mata aku. Aku bosan hafal hafal nie. aku mesej orang tapi orang tak reply mesej aku. Cett!!!! Tengah berdating la tuh. =(

Meh nak tunjuk dinner aku malam nie.

Sushi Jaya Jusco.
Tak gemor sangat.Tapi orang bagi aku telan aje.Hakhak

Takoyaki Jaya Jusco. Bola bola api. =p
Asal 3 ketol.1 ketol dah masuk perot aku.baru aku snap gambo.Ahakss

Tuudia..Perot jepun malam nie. Nie sume kawan aku yang belikan. Kalo aku memang kirim salam la pergi Jusco semata-mata nak beli bedalah nie.Hahaha.Kan aku dah cakap aku malas nak angkat bontot.Hahahaha

psstt~ kadang kadang Allah uji kita untuk sesuatu dan berikan kita rezeki untuk sesuatu yang lain. Alhamdulillah.Rezeki aku murah hari nie =D

Wordless Wednesday #3


I miss 'THIS' moment :)

Monday, June 27, 2011

Short update!!

Assalamualaikum....

Haktuihhh~ Tak leh blah tajuk entri ' Short update!!' dalam bahasa omputih tuh. Maklum la 30hb nie aku nak exam 'English For AcademicPurpose'. Kena prektis engeris nie.Hahahaha.

Aku busy sekarang nie. Nak exam dah 30hb nie. Doakan aku yea kawan-kawan ku sayamss ayamss.

Nati aku balik rumah,boleh lah aku nak bertempel dengan blog 24jam.Huuuu~ nampok ngat nipu nye ye dop?!

InsyaAllah,aku akan update selalu dan sekerap yang mungkin.sampai korang jemu dengan entri aku. Aku akan jejak korang sampai korang fedup tengok aku terhegeh-hegeh kat shoutbox korang.

Ada orang cakap blog aku macam SAMPAH. Ye ke? Orang cakap aku selalu duk emo-emo dalam blog. Yeke?Okey okey.Yang tue aku admit la. Aku memang ade menulis entri emo dulu-dulu la. TAPI korang baca entri tue dengan AKAL dan HATI tak? Ke baca pakai KEPALA LUTUT or BIJI MATA?

Kalo korang baca dengan AKAL dan HATI,korang akan faham apa yang aku maksudkan dan sampaikan.
Kalo korang baca dengan KEPALA LUTUT dan hanya bacaan tue sampai kat BIJI MATA je. Memang la korang rasa entri - entri aku tue entri emo emo emo =D

Maaflah kalo aku cakap kasar. Sebab aku dah mula terbiasa dengan caci maki orang kat aku. Tapi tak hape. Allah s.w.t Maha Adil. What u give, u will get back.

ok bai.

psstt~ Tak sabar menanti RAMADHAN. Hati aku lebih tenang mungkin ketika itu. Allahu'akbar  :)

Sunday, June 26, 2011

Happy Birthday Itik Dan LogTim !!

Assalamualaikum...



Semalam hari jadi adik-adik aku. Tue yang kat atas tue. Tarikh lahir dorang sama cume tahun aje lain. 

Yang baju pink tue adik aku ke-2 nama NADHIA aka ITIK. Dah abis menamatkan ijazah nya di UM dalam bidang biomedik. Alhamdulillah. 

Yang baju pepel tue adik aku yang ke-3 namanye FATIN aka LOGTIM. Sekarang nie sedang menuntut di Tingkatan 6. 

Aku baru sempat nak buat entri. Tak pe la lambat sehari pun kan?! Ikhlas buat neh.hahahaha.

Along nak ucapkan:

# Selamat hari lahir
#Kita hidup bersama dah lama.suka duka pun bersama. nama pun adik beradik kan? Selamanya bersama.
#Semoga sukses dalam segala bidang yang diceburi.Amin
#Last but not least(hamboi tercakap ingeris lak =p)...I LOVE YOU!


psstt~ Jangan ditanya kenapa ade nama gelaran. Kami adik beradik memang ade gelaran masing masing.Hahahaha

Friday, June 24, 2011

Aku suka Mamat nie!

Assalamualaikum...

Hari ini aku banyak angau... customer mintak teh ais,aku pergi bagi tea o ais. angau angau angau..Aku angau dengan mamat nie.. Bila dia pegang gitar, bijik mata aku dah tak lepas pandang dah. Tu tanda aku jatuh hati.Hahaha. Belum dia mula menyanyi. Kalo menyanyi. Boleh nangis terus aku =p melampau sangat la tue kan?!




JAMBU AIR

Eh,silap. Nama dia Lee JongHyun guitarist CN.BLUE. Lagu dorang best best. Ada dalam bahasa Korea,Japan dan juga English.

Dupdapdupdap...
Sekian...

psstt~~  Korang nak cakap aku giler k-pop pun cakap la. memang aku fanatik sangat.