Wednesday, November 30, 2011

Wordless Wednesday PLUS Hari 03 - Gambar Kamu dan Kawan-Kawan

Assalamualaikum...











psstt~ bagi aku kawan tak semestinya selalu bersama,berhubung dan bermesra.Tapi kawan selalu letak dan tetap di hati walau beribu batu jarak nya :)

Monday, November 28, 2011

Penghargaan Untuk Diri Sendiri

Assalamualaikum....

Seminggu aku tak update. Korang tunggu entri dari belog aku tak? Tak kan? Hahahaha

Ok. cuti 4 hari nie memang heaven se'heaven-heaven' nya la. 4hari nie kerja meronggeng je. Hahaha. Esok aku tertonggeng lah sebab pagi-pagi lagi ada mock interview untuk kelas EOP (English For Occupational Purpose). Dah la sawan pemalu aku makin menjadi-jadi :p

Nanti aku update entri meronggeng dengan blogger famos amos ye :p

Jeng jeng jeng

Pe kebende la nie ek. Macam botol susu pun ada kan. Nie Skincare Set dari Etude House. Aku dah lama aim product nie. Bila dah cukup duit simpanan aku nak beli. 

Hari sabtu aku keluar dengan beberapa blogger famos amos nie dekat Times Square. So,aku singgah la Etude House Shop kat Times Square.Aku dah lama tunggu sale dari Etude House. Kalau nak beli one by one product agaklah mahal mencekik. Satu cleanser tue dah RM50. Dop mampu ambe nak beli nya.Huhuhu Bila beli set promosi macam nie amat lah murah dan sangat berbaloi-baloi bagi mereka yang mementingkan penjagaan kulit.

So, aku beli Be Clear Set. Harganya RM119.90 kalau normal price RM163.70 macam tue lah. Dalam set nie aku dapat FREE 1 Christmas Box,1 cute recycle bag, and 1 pinky pouch. 



Dalam Be Clear Set nie ade Cleansing Foam, Skin toner dan  Moisturizer. Aku baru nak cuba product nie setelah telah perubahan muka Mish bila dia dah sebulan pakai Be Clear cleansing foam dari etude house nie :)

Ini adalah reward atau penghargaan yang aku hadiahkan untuk diri sendiri setelah aku melakukan sesuatu yang membanggakan diri sendiri. Sesuatu? Apa bendanya? Ada lah kang kalau aku cakap bukan ke riak namanya . Walaupun tak mampu nak banggakan orang lain. Diri sendiri sudah cukup. Eheee. 

psst ~ Siapa lagi nak hargai diri kita kalau bukan kita sendiri kan?

Sunday, November 20, 2011

Sibuk yang tak ketahuan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Erkk. Time aku taip entri nie korang dah tido. Tuee ada yang berdengkur. Ada yang meleleh ayer liur. Tok sah tipu lah korang tido tak berdengkur :]. Nak nak seharian korang pegi jalan meronggeng. Balik penat terbongkang terus. Hihihi

Lepas balik cuti raya haji dan semester break aku tak sempat nak update blog hari-hari. Bajet pemes ada orang tunggu aku update kan? Erk.Latest entri pasal 'Wordless Wenesday' tue ja. sebab simple kan nok? Tampal ja gambo.Engkau pon boleh buat.

Busy yang tak ketahuan yang maksudkan disini ialah busy yang tak seberapa nak busy. Faham tak?Tak? Hempok kepala tue.Muihihi Macam biasa balik kelas makan terbongkang. Tak pun melayan drama korea. Mula la feeling sensorang menangis sedih sensorang. Sengal kan?!

Dashboard blogger nie selalu je bukak, aku blogwalking je la. Aku baca entri orang. Komen komen kalo terasa nak komen. Eh eh..sebelum panjang entri nie aku nak bagitahu bloglist aku. Ada 3 part semua nya. Ok,ada 'Nae sarangi', 'Daebak namja' dan 'Daebak yeoja'. Ok. Toink toink bahasa nya. Hahaha aku sengaja nak buat korang toink toink. Rasa toink toink tak?Aku rasa gak la sikit toink toink tue. Perisa strawberry. Ok merapu!

1. Nae sarangi -maksudnya 'kesayanganku'. Nie memang blog wajib aku terjah. Tak kira la hujan panas ribut petir ke. Wajibulrunnah! Mereka ini orang yang aku kenal dan mesra dari awal hingga la sekarang aku di dunia blogging.

2. Daebak yeoja- maksudnya ' Gadis Hebat'. Ok,nie antara list blog gadis yang aku suka baca. sebab blog mereka nie best. Rasa macam yogurt tutti frutti perisa vanilla ade strawberry dua ketol. :p . Blog dorang nie relaks dan banyak info bukan sekadar tunjuk gambar pegi makan kedai mamak je.

3. Daebak Namja - maksudnya ' Lelaki Hebat'. Sama jugak dengan Gadis Hebat. Blog 'Lelaki Hebat' nie buat aku relaks dan buat aku gelak gelak comel :p Blog mereka nie sempoi je.Rasa?! Rasa macam coklat kindo bueno perisa white chocolate. Boleh?

Nak letak gambo ke. Tak payah la kan. Kang korang termuntah pulak tengok gambo aku. Sobss

moodtoinktoink: Daebak = Hebat, Namja= Lelaki,Yeoja=Perempuan/Gadis

Wednesday, November 16, 2011

Wordless Wednesday: Songsaeng-nim

Assalamualaikum...

Gambo awal tahun lepas dengan Jihae songsaeng-nim

Mood: rindu nak sambung belajar hangul balik. tapi tak ada masa :(

Tuesday, November 15, 2011

Auwww.aku cemburu dengan percintaan mereka. &^@%$###*!&^&^%

Assalamualaikum...

saya guna aku ye :)

Hari nie dari pagi sampai lah ke malam aku berada di fakulti dengan badan yang wangi semerbak kasturi si bunga mawar. Oh yeah! Wangi kan aku. Ok merapu.

Aku jealous. Kau tahu apa maksud jealous? Dalam bahasa melayu nya CEMBURU. Kau tahu apa maksud cemburu. Tak tahu? Ok,angkat tangan searas dengan kepala dan ketuk kepala kau itu.Hikhikhik

Aku jumpa link nie dibelog YanaYonet. Aku cemburu aku jealous dengan percintaan mereka. Bukan jealous dengan percintaan Yana dan Abam Lipas nya. Oh bukan,bukan dengan mereka. Tapi dengan satu blog yang super duper triple romantik dan dikarang dengan penuh perasaan. Bak kata orang dengan hati yang tulus ikhlas suci murni. Opsss,ade keterlampauan disitu. Dengan gambar mereka yang ala-ala sweet auww auww itu memang membuatkan aku jealous.

Akan tetapi,ya ada TETAPI disini. Jika korang singgah belog <INI> aku mintak jangan dikutuk dimaki hamun sudah. Cukuplah dengan beristighfar dan mendoakan hati mereka agar mereka menemui kebahagiaan hakiki. Opsss terasa macam ustazah pulak :p

Moodbidadari: minggu nie agak meroyan sikit dengan exam berderetderet.

Saturday, November 12, 2011

Hari 02 - Maksud Sebalik Nama Blog

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera!

Aku bengang dengan adik-adik aku. Posmen datang hantar barangan pos laju tak ada sorang pun yang keluar amik. Semua terbongkang dalam bilik tuh. Cettt! Posmen dah tinggal surat cinta katanya nak date dekat pejabat pos KB bila bila masa saja. Apa class dating kat pejabat pos. Ptuihhh! Ok membebel! 

Meneruskan lagi sahutan "Cabaran 30 Hari Saya". Baru hari ke-2. Ada 28hari lagi.Hekhekhek.

MAKSUD DISEBALIK NAMA BELOG

'SECOND ME'
Ianya bermaksud 'Kedua saya'.Pertama aku adalah aku. Manusia yang comel kontot jalan macam penguin.Hahaha'Second me' nie merupakan sebuah belog dimana aku membebel, merapu,dan men'sawan'kan diri di sini.

So,dalam belog aku nie aku hanya tulis tentang aku. aktiviti aku,kegemaran aku,kesukaan aku dan info yg aku ingin kongsi dengan korang sume.

Itu saja.

MoodBidadari: Jangan gelak kan aku. Taw la belog aku tak de header. Kontot mcm tuan dia jugak

Friday, November 11, 2011

Hari 01 - Gambar Terbaru Dan 15 Fakta Menarik Tentang Kamu

Assalamualaikum...


Dalam entri sebelum nie <SINI> aku dah nyatakan yang aku akan sahut "cabaran 30 hari saya". Perghh,30hari tue Jah. Kau hado?tak hado kan? Muihihihi. Nie aku baru nak mula menyahut sahutan itu agar ianya terus bersahut sahut sesahut sahutnya. Ce kira berapa kali aku sahut?Muihihihih. Ok merapu!


Tajuk entri seperti mahu join Miss World 2012. Sebab Miss World 2011 dah hado pemonang nye.Dan pemonang Miss World 2012 tentulah aku. Ok merapu lagi!


Sudah tentu Puteh yang tergedik-gedik melompat atas ku kerna mahu bergambar. Namun dengan ego nya dia memandang ke arah lain. Kata nya,pose cenggini baru cool babe!

Fakta tak berapa nak menarik tentang aku :p

1.Penguin kontot- Gelaran aku dapat dari ex aku. Penguin sebab cara aku berjalan masa kelam kabut.Kontot sebab....tak mo ckp lah! mentang2 dia 180cm. Bajet tinggi sangat.Lee Minho 187cm taw!

2. Sawan camera- ohmaiJah! pantang! memang pantang! boleh sawan lah depan camera. tak mampu nak ungkai dengan kata kata tentang kesawanan aku terhadap camera.

3. Sawan Kucing- ohmaiJah lagi! nie kurang sikit dari sawan camera tue. sebab kucing bukan camera. tapi kucing jugak boleh buat aku sawan. 

4. Kaki sepuluh- mama aku cakap aku kaki sepuluh. suke jalan-jalan kalo keluar 10pagi, 10malam baru jumpe jalan nak balik. orang kata kalo ade tahi lalat ditapak kaki memang kuat berjalan. no wonder lah!

5. Blogger-dunia blogging tak boleh aku tinggalkan. hampir setahun lebih aku berblog. 

6. Sawan dengan anak ikan- 'anak ikan' disini bermaksud jejaka k-pop.hahaha dorang nie jambu2.I like. rase nak gigit gigit je. auwwww! K-pop dan aku tak mampu nak dipisahkan walaupun melalui pembedahan :p

7.Sengal lembu- kekadang datang nya mood sengal aku. korang suntik ubat penenang pun tak jadi hapo dah

8. Loner- penyepi.hahaha loner disini. aku suka pergi mana2 sorang diri. sebosan mana aku aku jarang ajak orang keluar. sebab aku takot membebankan orang. kalo utk buat perkara penting aku prefer pergi sorang :) (settlekan bil or pergi beli barang )

9. penumpang setia T203-bus dari terminal putra gombak ke pinggiran batu caves dan balik ke terminal putra kalo tak silap aku. Time aku tension tertekan. aku naik bus nie dan duduk je dalam bus tue. naik sorang tenangkan diri berfikir panjang tentang apa yang aku tengah lalui. Sebelum bus nie sampai kembali ke terminal putra. Aku dah buat keputusan TEKAD tentang apa yg aku fikirkan dlm bus tue.

10. Sawan air- air suka aku. aku pun suka air. kami sama lap2. Aku suka mandi. paling kurang 4kali sehari aku mandi. pagi tengahari petang dan sebelum tido. membazir bil air je kan ;p

11. Mabuk darah - <SINI> naseb baik bukan sawan darah. kalo tak dracula aku :p

12.Tacing- Ye,aku memang sensitip. Sawan sentap belum tahap tue lagi. Tak dengan semua orang aku cepat terasa sentap dan tacing,tapi dengan yang rapat dengan aku. lebih tepat lagi makhluk yang paling aku sayang.kalo kucing makhluk paling aku sayang. dengan kucing pun aku boleh sentap ok.

13. Beruang panda- suka tido. memang kaki tido. memang kepala tido. tiap malam aku wajib tido 8jam. itu belum campur tido di siang hari.hurmmm kesian somi aku nanti.

14.gadget unluck- betol ntah ayat aku tue ' gadget unluck'. hihihihi memang aku tak boleh pegang gadget.laptop kene curi beli baru. hp nokia mama basuh dengan mesin basuh, hp sony pun dah mangkat sebulan yg lepas, mp3 sony tercicir dlm bus,external HD maut dari tingkat 3.

15. Good listener- yeah! nie yg aku akui. Im a good listener. tapi tak semua cerita orang aku dengar. dan tak semua aku dapat bagi pendapat. tapi aku pendengar yang baik!meh story mory dengan aku!

banyak lagi fakta menarik tentang aku.kang korang semput plak bace kalo aku tulis semua.hahaha

Moodbidadari: aku tak sempurna.begitu jua kau :)

Thursday, November 10, 2011

Kisah Raya Korban Mabuk Darah

Assalamualaikum....

Maaf penggunaan aku

Masih tak terlambat. "Selamat Hari Raya".Empat hari raya berlalu baru nak ucap. Kamon la, raya kan sebulan. Head brain you! (nice sikit kan?) Hahaha. Ok,maaf. Aku dalam empat hari nie memang mabuk daging. Dan jugak mabuk lemak. Tak ada perasaan nak update blog.Lagi pun, entri semalam terhasil tanpa perlu aku memikirkan kata kata yang perlu di taip dan tak perlu mengerah otot-otot jari untuk menaip. Cuma tampal gambar dan publish. Itulah Wordless Wednesday.

Siblings

Ok,terbukti aku seorang yang malas pabila aku menjelaskan pada kalian pada perenggan di atas tentang kemalasan aku untuk menaip. Pening? Aku juga pening dengan apa yang aku katakan disaat ini. Tapi tetap juga aku mahu katakan. Hahahaha

Dulu-dulu aku nie tomboi,suke panjat sana panjat sini. Boleh kata aku nie taiko kampung jugak la. Hekhekhek. Seluruh kampung aku takluki. Kerja melastik burung, seret biawak keliling kampung itulah kerja aku dan sepupu2 :p no wonder la aku legam berbanding adik-adik aku yang semuanya putih melepak.


Kisah raya korban aku, kisah ini berlaku semasa zaman hingus aku. Hahaha. Pada ketika itu,aku menjadi headline di akhbar Kampung Badang,PCB Kota Bharu Kelantan. Berbunyi,"seorang budak perempuan comey lotey terkorban bersama lembu korban".Pening? Aku pun sama! Hahaha. Time orang nak sembelih lembu. Aku lah orang yang paling eksited bak seperti kene sawan..Masa tok imam sembelih lembu aku tengok darah keluar membuak-buak macam air paip. Aku dah mula pening. Seiring dengan itu aku pun tumbang ke tanah. Sedar-sedar dah atas rumah arwah nenek aku. Masa sedar tue memang blurr la. Tadi rasa duk tengok orang sembelih lembu. Apasal pulak duk atas rumah nie,dikelilingi sepupu sepupu aku duk gelak kan aku.cisss!

Abah aku cakap aku pengsan time orang sembelih lembu. Hahaha. Rupanya aku nie jenis mabuk darah. Itulah kali pertama dan terakhir aku tengok orang sembelih lembu dari dekat. Sejak itu abah aku larang aku pergi tengok orang sembelih lembu. Katanya"tak yah pergi,kang buat malu je tumbang sama dengan lembu.".Ok fine!.Bila time raya haji je. aku hanya tunggu kat rumah nenek aku. But,still aku makan daging lembu dengan lahap nya!

Maaf dengan ketidaksopanan Pak Sedara aku itu.Adess

Psst~ Otak lembu boleh makan tak?

Wednesday, November 9, 2011

Wordless Wednesday:Teaser

T.E.A.S.E.R.

Ececece

Thursday, November 3, 2011

Spontaneous Thursday #1

Assalamualaikum....

Dalam masa 12jam lagi....