Sometimes life can be very unpredictable. Sangat susah nak jangka.Bukan macam drama yang kita boleh agak plotnya. Haa lepas ni mesti hero ni mesti kapel dgn pompuan nie dlu, then baru la kapel ngan heroin. tapi heroin plak dah tak suka dia lg.sbb da jatuh cinta ngan hero ke-2.. Kalau cerita macam nie biase nye dalam cerita korea la. Ahakss taksub sangat dengan cerita korea.
Pagi-pagi lagi kau ditimpa dugaan hebat, semua kerja tak menjadi. Mak membebel tue la nie la.Nak buat tue tak boleh nie tak boleh. Tambah plak semalam kene reject dengan seorang boy. Sedih bukan main. Nak bunuh diri lah kononnya. Siapa suruh kau confess kat dia. Padan muka. baik simpan aja perasaan tue kan?Ok, itu contoh hiperbola bagi aku. Kau lupa itu sebenarnya dugaan dan ujian dari Dia. kau lupakan? sebab selalunye bila kau gembira langsung kau tak ingat dia kan? masing-masing tanya diri sendiri.
Dan tanpa kau sangka petang tu jugak, Dia bukakan untuk kau jalan ke pintu rezeki. Bukan satu, tapi dua pintu rezeki. DUA ye. DUA kali kegembiraan kau dapat hari tu, berbanding satu dugaan hebat yang kau terima. Masih nak merungut lagi? Masih ada perasaan nak bunuh diri?
Indah caturan Dia, kan? Dia yang Maha Mengetahui.Alhamdulillah, dan semoga aku jadi lebih tabah. Dan terus tabah. Kesilapan lalu ditinggalkan tanpa aku menoleh kebelakang lagi.
'Kadang-kala Allah hilangkan matahari,Allah datangkan hujan.Kita menangis mencari matahari,tapi sebenarnya Allah nak hadiahkan kita pelangi.'
pssttt~ kalau kita menikmati hidup ini dengan sebaik-baiknye. baru kita dapat merasakan betapa indahnya dunia nie.
pssttt~ kenapa rasa matured je entri malam nie. ahakss