Sunday, February 27, 2011

Cerita Hari Ini...Ahad?

Assalamualaikum...

Den duk bukak dashboard kete blog tadi. Duk baca semua update update blog yang den follow. Ada den baca den tak komen.Ada den baca den komen. Ada gambo seksi meksi den tengok. Sebab den suka tengok gambo seksi meksi terseksa nie.

Suda suda. melalut dah nie. tue la korang kalo den melalut tolong stopkan OK? sebab den nie tak reti nak berhenti dan control. Nak nak lagi time tido ada orang call. Laju je angkat.Lepas tue den cakap apa dengan orang tue pun den tak tahu. Tahu tahu pagi esok orang tue cakap den 'kiss' dia. OEMGEE!

Hah tengok! Dua perenggan da den melalut. Ahakss. Ok,suda suda suda. Meh den nak cite. Hari ni hari ahad. Esok dah start kelas. Sumpah! Malas giler tenuk. Homework den tak siap lagi. Take home Test untuk subject waste management pun den tak buat lagi. Print soalan tue da sudah. Tapi buat nye belom. tengok soalan. terkebil kebil. Garu garu montot kepala. Tak reti nak buat doe!

Final year project pun den tak siap lagi. Dah 2 minggu terkandas. Tak ada idea nak proceed camne.Huhuhu. nampak nye tua kat sini la.Adess! Malam nie rumate cakap nak pergi karok dekat Superstar karaoke di Wangsa Walk. tue yang den suka tue. Tapi ntah jadi ke tidak. Booking pun belom. Semua buat tak tahu je.

Ok la,den nak p mandi. Halamak! kantoi den tak mandi lagi. Hahaha

Saturday, February 26, 2011

Macam nie ke kalau dah pemes??

Assalamualaikum

Entri suam suam di malam hari. Dikala tak de idea nak menaip. Keyboard nie ku ketok ketok aje.
Hahaha. Rasa panas tak dengan tajuk entri tue? Tak tuju kat sape sape pun. Blogger ke kawan sekatil sebilik  ke Umum.Sape maka cili dia terasa pedas.

Bulan ada la kenal beberapa orang sahabat nie. Mula mula blogging dulu masa tue tak kenal ramai orang. Tak ada pengalaman nak menulis. Even sekarang pun masih lagi menghasilkan kualiti entri yang tak seberapa. Tapi tak apa bak kata zaerr. "kayuh pelan pelan boss". Dia sifu Bulan. Banyak benda belajar dari dia. Tue gunanya kawan kan? Sekarang nie pun banyak membaca blog blog blogger lain. Nak cari pengalaman dan idea untuk menulis.

Ok, berbalik pada tajuk kat atas tue. masa Bulan mula mula berblog dulu ramai la kenal blogger blogger yang KINI dah femes. Masa dulu dorang nie tak femes lagi. Usia blog pun lebih kurang Bulan gak. Mereka femes sebab penghasilan entri yang berkualiti bagus,mudah difahami dan banyak input yang disampaikan. Alhamdulillah, femes gak kau kan. Tumpang gembira. sebab kawan da femes. dikenali ramai. Bulan? Tak hape la. Tak pemes pun tak hape. Bak kata blogger otai," Aku tak pemes,blog aku pemes". Tapi blog i tak pemes ok!

Tapi kadang kadang terkilan dengan orang pemes nie. Mereka ibarat lupa diri, lupa kawan. Bila dah femes nie. Dah tak ingat kawan seangkatan masa mula mula blogging dulu. Sebab dah ada kawan seFEMES kan? Owh,ok.Tak kisah. Mereka dengan bangga dan mendabik dada menghentam mereka-mereka yang lain. Bulan tak nak masuk campur. tapi kadang-kadang terfikir. kenapa manusia macam nie? Angkuh,bongkak, sombong. sebab mereka dah ada pemerhati.ramai orang kenal. Bila mereka bersuara semua akan setuju. Berjela-jela orang komen menyokong.

Tapi sampai bila?Bukan boleh bawak mati pun kefemesan itu. betol tak? topik ini agak sensitive.Tak nak ulas panjang-panjang kan ada yang datang menyerang. Maklum la,saya masih belajar.masih baru untuk menguarakan pendapat.

Kawan saya. Lisa. Da pemes dia.Tapi tak lupa diri dan kawan


psstt~ nikmat dunia hanya sementara,Allah swt boleh amik bile bile masa aja. Get ready and be prepared! Wallahua'lam

Ya Allah, ampunkanlah kami.
Berilah kami kekuatan untuk memaafkan diri kami sendiri dan juga orang lain. 
Kami masih tidak pandai mensyukuri nikmatMu kerana kami masih mendidik hati dalam menerima ujian-Mu.

Ya Allah, 
cuma satu… cuma satu… 
janganlah Engkau serahkan diri kami kepada diri kami sendiri walau sekelip mata.
Kutiplah kami ya Allah untuk selalu dibimbing oleh hidayah dan taufik Mu!

Ya Allah, 
kami sentiasa yakin bahawa kejujuran itu kemenangan dan pilihlah kami untuk menjadi orang yang jujur dan benar… 
walau apa jua keadaan dan cabarannya!

Amin.

Wednesday, February 23, 2011

Dating dengan Bloggers Fofular!!!

Assalamualaikum...

Uwaaa.Akhirnya dapat juga update entri ye. Selepas 2 hari menyepi. Maaflah semua,internet tak dapat kat bilik sangat malas nak pergi cyber cafe yang terletak sebelah bilik je tue. ahakss<----tipu jeks! Bulan windu kamu kamu kamu. Eheee.

Meh nak cerita sikit pasal Bulan dating dengan blogger-blogger fofular nie. Ahakss. Nie bukan gathering pun. sekadar meetup je. Kami ber'enam' janji nak jumpe kat midvalley. nie adalah meetup kami kali ke'dua'. sebelum nie? tengok sini 

10.30 am : kuar uia dengan eiyla. naik Putra LRT dan KTM( punye lme tggu KTM)
12.00 am: sampai Mid.jumpe Erza dan Anis.
12.15 am: decide nak pegi mana. disebab keterlampau i nak makan Korean food. mereka mereka nie mengalah la tapau KFC bawak naik Foodcourt.ahakss

12.30 am: lepak foodcourt tggu Confuse datang.
12.45 am: confuse yang malu-malu harimau dtg dengan lenggang lenggok nya.ahakss
1.00 pm: tunggu Mish tak sampai-sampai.ahakss. Masalah KTM yang tak mo gerak kat kepong.
1.30 pm: makan tengahari. setelah dapat mesej dari Mish suruh kami makan dulu sebab dia lambat.
2.30 pm: mish sampai. Kami pergi event kat mid valley. Erza dan anis excited jupe Dato' Siti. ahakss. Frust dia tak dapat amik gambar Dato' Siti ngan jelas. Muihihihi.

4.30 pm: kami keluar dari event tue. terus pergi solat.
5.00 pm: jalan jalan kat garden. Photogedik pun bermula.ahakss
6.00pm: teman mish makan. borak borak. Erza dan Anis bagi gift.
6.30 pm: kami mula bersurai. balik dengan senyum penuh dibibir.

meh tengok photogediks kami.Muihihi

i la tukang amik gambo nie.eheee

Tgk la si confuse tue. adesss.

Soon du bu ramyun with kimchi. best!!

I memang meng'spoil' kan gambo.ahakss (on da phone ngan krole)

tengok la minah dua nie.ahakss

nape la i senyum cm tue.ahakss

"I want nobody but you"

Peneman saya.thanks ye eiyla.

dengan Cik Pipi Pau Cumil.

kami 'confuse'. hahaha

last..mcm biase. gambo tuan gedung.Ahakss


psstt~ yang pasti kami nak jumpa lagi. next time KLCC or sunway plak(main ice skating).muihihi

Saturday, February 19, 2011

Tutti Frutti...saya mengidam!

Assalamualaikum

Ingat tak entri lepas-lepas Bulan cakap mimpi makan aiskrim tutti frutti.?Tak ingat? P cari balik entri tue! ahakss.maklum la tidur lepas asar bangun plak elok elok je orang azan maghrib. huhuhu. Thats why la mimpi yang bukan bukan. mengidam nak makan aiskrim tutti frutti. Bodek-bodek rumate i. Dia janji nak bawak pegi makan. Yeah! melompat macam budak umo 2 tahun. Maklum la nak suruh pakwe bawak lambat lagi kot. ahakss sebab single lagi. Kena la buat muka kesian kat rumate. hahaha.



Nie la penyelamat mengidam Bulan..meh terjah dia... Farah

Snap..snap..jgn tak snap.

Farah ckp.."they left me behind..syok mkn aiskrim"

Alin dan Phia(rumato)

With Phia

harga tak de la mahal sangat. 500gram for RM5.30. Bulan pilih cup besar semua flavor Bulan rasa. Harga nya semua RM35. Makan 3 orang. Mahal agak nya. Tapi berbaloi la bagi orang yang suka makan aiskrim macam Bulan nie. Ahakss.

Psstt~~ nati nak pergi lagi. sapa nak ikut??Belanja ok! ahaksss

Pencuri pencuri pencuri!!!

Assalamualaikum...

Nak marah nie. Hangin satu badan. geram geram.betol betol geram. kalo tengah marah laju je menaip kan.?
sumpah hangin nie. Adess entri emo lagi.

Weh,pencuri.tak kan pakaian orang pun kau nak curi. kau dah tak ade pakaian dah ke?Selama nie bogel ek?
kalo bogel aku tak kisah kau nak ambil pun. tapi bagitahu aku la. aku tak kedekut nak sedekah baju seluar kat kau. Tapi kalau kau main ambil je. Tue bukan ke nama nya mencuri?MENCURI?Tahu tak. Mencuri apa hukum nye? Berdosa kan? Boleh kena potong tangan taw! Bukan baju je kau amik. Pakaian dalam aku pun kau kebas. Giler ke kepala hotak kau nie? Huh?Ishh la geram tol!

psstt~ 5 minit je taip entri nie. terus publish!

Friday, February 18, 2011

1111...what a lucky number!Lucky girl!

Assalamualaikum semua.

Baru balik exam nie.huhuhu Jangan tanya boleh jawap ke tak. Jawapan nya "TAK"! I baca semua theory, yang keluar semua calculation. Mane tak hangin nya. Rasa nak koyak-koyak je kertas. hahaha

Ok,cukup la tue. Meh nak review follower Bulan yang ke-1111. Jeng jeng jeng..Bunyi drum. sekali dengan tamburine. Ahakss. Suki aku haku je an.Muihihihi.


Ini la header gadis bertuah yang menjadi follower Bulan yang ke-1111. Ain Alias nama di beri. Blog nya ringan aja.cepat loading.tak banyak widget. kalo di ikutkan pada list "kisah lama" dia. setahun lebih dah ain nie berblogging. Huh! Lama tue. Bulan baru 7bulan berblogging. Ehee. Yang paling best nya. Dio nie saim senegeri ambo.Ahahaha. "Dunia tak selalu Indah". Betol betol. kita la yang mencorakkan keindahan itu. eheee

Meh pakat-pakat terjah ain nie...

psstt~ first time review blog orang. ehem ehem.

Pepsi + Bihun Tomyam ::Buffered Earning Ke 8

Assalamualaikum

Semalam giler punya malas.Tengahari tak makan. Malam semalam plak pegi makan bihun tomyam pedas. tekak teringin nak minum air sejuk yang bergas. ahakss. masuk kiosk beli air pepsi. Bihum tomyam plus pepsi. Bayangkan la. Berdentum-dentum perut i kat dalam nie. Maklum la tengahari tak makan.Macam ade orang bergusti plak. ahakss dalam perut nie. Sakit woo. bangun pagi tadi, berulang alik pegi toilet. Rasa nak pindah duk toilet je. sebab dah tak larat nak jalan <---lagi? Kalo pegi toilet pun kena bayar tol, duit habis kat situ je bayar tol. Hahahaa.

Moral of the story: pepsi dengan tomyam tak ngamm! so, dorang nie tak leh kapel. tomyam kena kapel dengan teh o ais.ahakss

Alhamdulillah, BE ke 8 muncul. Rezeki.  Thank You so much encik Nuffnang!



psstt~~ "one ringgit and fifty cent" dan " one fifty" tue tak sama ek?patut la kena marah dengan penjual roti td.huhu

Wednesday, February 16, 2011

Barbie Doll = Gadis comel

Assalamualaikum

Suka tengok perempuan cantik tak? perempuan comel? cun? Lelaki lelaki lelaki mesti korang suka tengok kan? kalau boleh nak awek pun yang putih gebu tinggi mcm model. betol tak? tipu la kalau cakap tak kan. tak perlu nak hipokrit kan. Jujur pada diri sendiri. tak salah pun meletakkan syarat macam tue. tapi tengok la diri sendiri. anda tue macam mana? dah cukup handsome ke? mata kuyu?badan tegap?kulit cerah? hahahaha opsss melencong ke tempat lain plak ek. sebenarnya nak tunjuk gambo-gambo nie je.

Bulan suka tengok amoi amoi nie. sangat comel.






Oppss.yang nie bukan.pejam mata nyah.ahakss



Psstt~~ buat plastic surgery je. semua boleh ubah. kecik kan hidung, besau kan mata. pe lagi? pendek jadi tinggi boleh? kalau macam tue nak jugak la.ahakss. nak jadi tinggi.

psstt~ ciptaan Allah dah cukup sempurnakan. kenapa nak di ubah dan di hina lagi?

Tuesday, February 15, 2011

Cakap-cakap belakang

Assalamualaikum

Semalam memang tak boleh nak tido. Perot meragam sampai la ke pagi. mungkin sebab makan spaghetti carbonara semalam.Nie bukan keracunan taw. Tapi tak cukup makan. Sepatutnya kena tambah lagi. Ahakss
Makan free kan, segan plak nak tambah. Poyo je kan?

Tue mukhadimah je baru.Ehee.nasib baik pendek je tak macam semalam.

Hidup nie kan. Kita tak tahu apa orang fikir tentang kita kan? Kelakuan pertuturan layanan kita terhadap orang lain. Kadang kadang kita cuba buat  yang terbaik untuk mereka semua. namun segelintir masih lagi mahu mengkritik dan cakap-cakap belakang.

kes 1 :" ala dia tue.saja je tunjuk baik. tapi hampeh je. nak bodek la tue".
kes 2: " bukan semua orang suka pun si Timah kapel dengan si Dollah tue.Timah tue tak layak pun dapat Dollah."
kes 3:" Sakit mata la aku tengok cara Si Tipah tue berpakaian. Semua benda nampak"

manusia kan. lebih lebih lagi "perempuan". Bulan pun perempuan. Bulan mengaku la,bukan tak pernah cakap-cakap belakang nie. korang tak pernah ek?Sumpah? ahakss Jahat jugak la Bulan nie ek?Muihihi. itu dulu la. sampai satu masa sendiri tue sedar. apa yang Bulan buat nie sebenarnya salah. Mula terfikir apa yang kita buat kat orang nie. kalau kena pada batang hidung sendiri apa yang kita rasa? sakit hati kan?

So, dari kita sakit hati dengan orang lebih baik elakkan dari menyakit hati orang. Betol tak? Hidup nie senang je. Buat baik, baik la balasannya. Buat jahat?korang tahu kan jawapan nya? Hidup nie ibarat roda. Tak selamanya kita kat atas. Akan tiba masa kita di bawah.

Kita sendiri la yang mencorakkan hidup kita.

psstt~ semalam mimpi makan aiskrim "tutti fruitti"...mengidam ooo~~
psstt~ saya memang single.<-----bukan nak promote ok! jangan cakap-cakap belakang lagi.

Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul :: Pemergiaan mu

(Ya Rasulallah...)
Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira?
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu



Kuatnya kasih sayang Rasullulah terhadap kita,apabila di saat malaikat mahu memisahkan roh dari jasadnya. Baginda masih mampu menyebut "umati..umati...umati"




Salam Maulidur Rasul Buat seluruh umat Islam

psstt~ bila dengar lagu nie tadi tak semena air mata nie berguguran.

Terima kasih...Syukran...Arigatou...Gomawoyo..

Assalamualaikum...

Bangun pagi pukul 6 pagi tadi. Sejuk~ Biasa la UIA atas bukit. Sejuk tue boleh rasa sampai ke tulang rusuk. Rasa malas giler nak bangun. Nak berbungkus macam pocong je. Boleh?

pocong pun lapor taw.

Pagi nie sepatut nya ade exam. Tapi tiba-tiba cancel. Lega~ memang la lega sebab rasa macam tak habis study lagi. Lecturer pun bagitahu." the reason why i need to postpone our exam is because one and half hour is not enough when i look at to the questions. we need atleast two hour". Apakah? Tue maknanye. soalan memang banyak. Dan i kena study lebih lagi. OEMGEE!Kerja dah la berlambert-lambert. Adam Lambert pun tak busy macam i. Betol kah? Ahakss.

Ok ok.Cukup la tue mengarut tentang hal yang tak ada kena mengena dengan tajuk entri. Tue mukhadimah baru tue. Ahakss. Panjangkan?

Meh sini nak habaq mai. Ceq, dapat BE lagi. Muihihi. Saja nak show off. Suka hati i la kan. Blog i. Korang mesti menyampah dan meluatkan. Ahakss. Ya ampun..Maafkan daku.

BE ke 5 dan 6. Alhamdulillah.

Thank You so much incik Nuffnang. Nati bagi lebih lagi taw. eheee

iklan jap~ bak kata kamarukom

Psstt~ nampak gambo atas tue. Saya jatuh cinta berjuta-juta limau kat dia.

Sunday, February 13, 2011

kita berbeza..kita tak sehati


saya masih disini bila kamu memerlukan saya. saya akan menemani kamu ke mana sahaja kamu mahu pergi. datang la pada saya bila kamu kesepian, saya akan cuba menemani walaupun tanpa berkata-kata. saya tidak akan meletakkan sebarang syarat bila menemani kamu. saya akan abaikan segala macam kerja bila kamu rasa bersendirian. tanpa bersuara pun saya tahu permintaan kamu. kalau kamu mahu bergembira sekali pun dan mahu saya ikut serta, saya akan pergi. lumrah diri saya takkan berkata tidak pada sebarang permintaan kamu. 

tapi saya juga manusia yang selalunya terhiris dan terguris bila saya terasa kesunyian tiada siapa memahami perasaan saya, tiada siapa menawarkan diri menemani saya. sungguh ! saya malu mahu meminta-minta sesiapa menemani saya. saya tak mahu dikatakan suka memaksa orang. saya sedih walaupun dengan berkata-kata, kamu masih belum memahami kehendak saya seperti saya memahami kehendak kamu. saya sedih dan berputus asa terhadap kamu.

sekarang saya sedar, saya tetap akan menjadi peneman kamu tanpa syarat walaupun kamu tidak mahu menemani saya sekali pun.

psstt~betol kita tak sehati kan?tapi saya sayang kamu.

Saturday, February 12, 2011

Saya minta maaf...I am sorry

Assalamualaikum


Saya minta maaf...I am sorry...those word means world. Really...


Dengan 'maafkan saya'..'saya minta maaf'...'sorry ok?'..apa apa aja perkataan yang membawa maksud sama, boleh meredakan kemarahan, menyejukkan hati, mengurangkan kesedihan. Betol tak?


Tak salah untuk melafazkan maaf jika kita tak bersalah dan tak tahu apa kesalahan kita. Sekurang-kurangnya perkataan itu menyejukkan hati mereka yang terluka dan terasa hati dengan kita tanpa kita sedar. 


Kenapa aku kena minta maaf?Aku tak buat salah pun. Ya,memang kau tak salah. Habis tue kenapa dia dingin dengan kau? Mungkin ada sesuatu yang buat dia dingin dengan kau kan? Yang buat dia terasa hati dengan kau.Tue yang aku cakap kadang-kadang kita tak sedar kita sakitkan hati orang. Kalau api,lawan nya apa?Air kan? Kalau minta maaf kita tak rugi apa-apa kan?


Memang lumrah, manusia dilahirkan dengan sikap ego yang tinggi. Cuba buang ego itu ke tepi. Semaikan sikap bertolak ansur. Kan ada kedamaian di situ.


Tertarik dengan kata-kata seorang blogger yang komen entri Bulan nie.


Cik Siti
"kadang2 wanita lupe diri nye disakiti..tapi tetap membiarkan nye hanye kerane org yg menyakiti itu adalah org dia sayang..."


sO NOW
me, Nazifa Mohd Zali
I'm saying
I am sorry





psstt~ saya tak marah,cuma terasa hati.


psstt~i love, i like, i hate..whateva come out from my mouth...i mean it....daaa :)

Friday, February 11, 2011

Adam dan Hawa


Assalamualaikum 

Sedang seronok-seronok Bulan blogwalking, terjumpa la sesuatu kat blog orang...
Wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya.
Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang....

Jom nangis..Tengok 'Adam' pujuk tak?

Psstt~ betol betol,susah sangat nak benci orang yang kita sayang kn?walaupun dia pernah buat jahat dulu. 

Thursday, February 10, 2011

Copy Paste

Assalamualaikum.

Hurmm---> mengeluh.
Hidup sekarang macam broker kat bursa saham. busy tak ingat dunia. assignment, projek,midterm exam,test dan kuiz. macam nie kan hidup study. Penat giler. Nie tak merasa lagi hidup sebagai orang yang dah kerja. Tak tahu la macam mana nanti. Agaknya 'NO LIFE'. kerja dari pukul 8 sampai 5. balik rumah dah dekat pukul 7 <---- sebab traffic jam. Balik masak untuk anak dan suami. pastu tido. kan? Ahakss. amboi dah berangan ek. Muihihihi. siapa tak nak kawin kan?

Erkk. sebenarnye dah lari dari tajuk.hahaha. nak tulis pasal study. Korang dulu time study macam mana ek? time buat assignment. kalo tak reti buat korang tinggal macam tue je ke?then submit? or korang copy yang member punya? Hahaha. Bulan? Bulan akan copy. hahaha. tapi copy pun kena tahu la macam mana nak buat. bukan main copy paste dan hantar je. Muihihi. tapi kalo soalan tue memang Bulan tak faham. memang Bulan akan hantar kosong je.

Tadi dalam kelas nak tergelak dengar kawan bersembang.

Tipah: weh,ko dah siap soalan nie?

Timah: dah dah,tapi tak tahu betul ke tak graph tue.

Tipah: macam mana ko buat? ajar aku sket.

Timah: macam nie. bla bla bla bla.....

Tipah: tak pe la aku tak faham ko cakap ape. ko ade bawak softcopy graph tue tak?

Timah: tak. ade kat bilik.

Tipah: Lorh..nape ko tak bawak? lain kali kena bawak. semangat brotherhood tue penting!

Tiffany: perghhh...semangat brotherhood la sangat. semangat copy paste ade la. ahakss

nie semangat copy peace.hahaha

psstt~ copy paste entry? ermm. depend pada pengopy dan mangsa copy. meh minum kopi sama-sama. hahaha
psstt~ nak copy tak salah. tapi kreditkan la pada penulis asal. sharing is caring right? caring is love.

Tuesday, February 8, 2011

2 hari menghilang

Assalamualaikum

Hai korang. pelik tak mana Bulan pergi 2 hari nie? hahahaha. ada yang rindu Bulan tak? ada tak nie.?tak ada tak mo kawan!.Ahakss.pergi melancong dengan my sayams la. ahakss korang percaya ke? Tipu je. orang duk busy nak balik study dan kerja. Bulan plak ada feel nak p bercuti. macam la UIA tue datok Bulan punye kan?kan? Ahakss. Sebenarnya, internet kat rumah nie problem. ntah la nape. pakai streamyx, line phone ok je. tapi tak tahu nape tak detect internet. Haremm tol.huhuhu bengkak hati den. kacau mood saja.huhuhu. nie pun kat cyber cafe jap. ada assignment nak kene hantar. sementara tunggu mama datang amik sempat la nak taip entri.

Masa entri nie dipublish. InsyaAllah,Bulan selamat sampai UIA. eheee. Tengahari nati ada pra-presentation untuk final year project. Doakan yang terbaik untuk Bulan ye. Sebab cuak sangat nie. Banyak benda yang tak prepare lagi. Hope everything gonna be alright. Eheee

sesekali letak muka comot.

psssttt~ pas ni dah jarang blogwalking. Busy sket. InsyaAllah ade masa Bulan jejak korang. Kalo tak kisah add la Bulan kat FB. Nazifa Mohd Zali. Kita boleh sembang kat sana atau YM id Bulan----> chucky_cun87

Friday, February 4, 2011

Ini Anwar Hadi

Assalamualaikum

Hahaha.gelak dulu. opss~ sila jaga kesopanan dan kesusilaan anda. Pernah dengar tak pasal Anwar Hadi?
Siapa dia nie? Dia tak pemes macam Ariel Peterporn pun. Tapi bagi Bulan dia lagi hebat dari Ariel Peterporn tue. hahahaha Orang utagha. Cakap pun pekat ja utagha dia. Jom layan video dia.



I love the way He talk. Budak Tesl. English giler gempak. Slang pun dah macam Mat Salleh.
He is cute! Adorable! <-----angguk angguk!
Enjoy his videos so much!
Bulan dah subcribe dia kat youtube!

Korang faham kan apa yang dia cuba nak sampai kan? Sayeww cinteww sameww awak. Awak cinteww sayeww tak? Ahakss. comel keww cam tue?

pssttt~ cuba praktis yg akhiran 'a' tukar jadi ' eww'. Sumpah! rasa seperti memiliki mulut itik.

Ini Anwar Hadi

Assalamualaikum

Hahaha.gelak dulu. opss~ sila jaga kesopanan dan kesusilaan anda. Pernah dengar tak pasal Anwar Hadi?
Siapa dia nie? Dia tak pemes macam Ariel Peterporn pun. Tapi bagi Bulan dia lagi hebat dari Ariel Peterporn tue. hahahaha Orang utagha. Cakap pun pekat ja utagha dia. Jom layan video dia.



I love the way He talk. Budak Tesl. English giler gempak. Slang pun dah macam Mat Salleh.
He is cute! Adorable! <-----angguk angguk!
Enjoy his videos so much!
Bulan dah subcribe dia kat youtube!

Korang faham kan apa yang dia cuba nak sampai kan? Sayeww cinteww sameww awak. Awak cinteww sayeww tak? Ahakss. comel keww cam tue?

pssttt~ cuba praktis yg akhiran 'a' tukar jadi ' eww'. Sumpah! rasa seperti memiliki mulut itik.

Thursday, February 3, 2011

Gong Xi Fa Cai Saya

Assalamualaikum

Baru bangun. Eh tipu je. Tadi lagi bangun.ahakss. Hari ini Bulan buat kerja memotong. Potong kubis,sawi,daun sup,fish cake,...bla bla bla.semua la i potong. Jap lagi nak goreng bihun 6 bungkus. Perghh~ banyak tuh. nak buat kenduri sebenarnya nie. Hari nie merupakan majlis pertunangan Bulan dengan jejaka pilihan. Ahakss Poyo je kan? Sila jangan percaya. Mane ade orang buat majlis pertunangan makan bihun goreng je. Muihihihi. Mesti korang dah percaya tadi kan?Hahahahahaha <------ gelak jahat!

Tak ada la, sebenarnya hari nie ada reunion sekolah rendah dan menengah. So, dorang nak Bulan goreng bihun. Sebab picnic yang before nie Bulan bawak bihun goreng,dorang cakap sedap. Hahahaha. see,i pandai masak taw Afiq Bukhari.! U jangan sakit jantung plak.Muihihihi.

Cuti raya cina nie tak lengkap, sebab family Bulan tak cukup. Itik tak balik cuti. Dia tengah bercuti kat genting. Wah,enjoy sakan ko itik. Sorry la itik,i tak bawak balik baju. so i pakai je baju u kat rumah nie.hahaha memang niat i pun.kihkihkih

Merah membara sempena raya cina.hahaha

pssttt~ pagi tadi saya mimpi ada orang call. mimpi ke?sebab bila dengar suara dia rasa nak nangis je.

Gong Xi Fa Cai Saya

Assalamualaikum

Baru bangun. Eh tipu je. Tadi lagi bangun.ahakss. Hari ini Bulan buat kerja memotong. Potong kubis,sawi,daun sup,fish cake,...bla bla bla.semua la i potong. Jap lagi nak goreng bihun 6 bungkus. Perghh~ banyak tuh. nak buat kenduri sebenarnya nie. Hari nie merupakan majlis pertunangan Bulan dengan jejaka pilihan. Ahakss Poyo je kan? Sila jangan percaya. Mane ade orang buat majlis pertunangan makan bihun goreng je. Muihihihi. Mesti korang dah percaya tadi kan?Hahahahahaha <------ gelak jahat!

Tak ada la, sebenarnya hari nie ada reunion sekolah rendah dan menengah. So, dorang nak Bulan goreng bihun. Sebab picnic yang before nie Bulan bawak bihun goreng,dorang cakap sedap. Hahahaha. see,i pandai masak taw Afiq Bukhari.! U jangan sakit jantung plak.Muihihihi.

Cuti raya cina nie tak lengkap, sebab family Bulan tak cukup. Itik tak balik cuti. Dia tengah bercuti kat genting. Wah,enjoy sakan ko itik. Sorry la itik,i tak bawak balik baju. so i pakai je baju u kat rumah nie.hahaha memang niat i pun.kihkihkih

Merah membara sempena raya cina.hahaha

pssttt~ pagi tadi saya mimpi ada orang call. mimpi ke?sebab bila dengar suara dia rasa nak nangis je.

Wednesday, February 2, 2011

Masih mencari


Assalamualaikum


Bulan rasa penat malam nie. Semua kerja tak jalan. bukan penat fizikal mengeluarkan peluh, tetapi penat perasaan. penatnya perasaan ini sehingga rasa cuak menghadapi presentation lepas cuti nie tenggelam entah ke mana. mungkin perasaaan cuak itu akan datang bila Bulan menjawab paper biochemical proccess engineering. korang tahu?tak tahu? buat-buat tahu ok?Bulan malas nak terang kan pe bendalah subject tue. 2 kali repeat pun still fail lagi. 

Tuesday, February 1, 2011

masihkah kau ingat...


4 tahun dulu
*cerita aku dan ex boifren*
Bulan : kenapa awak suka saya ?
Dia : sebab awak comot, gelap,pendek, tembam.
Bulan : amboi, alasan tak bertapis langsung. dah dah.menyakitkan hati je dengar.
Dia : ala sayang,tue pun nak marah ke?

baru-baru ni Bulan lepak dengan kawan Bulan dan ex boifren. kawan Bulan meluahkan sesuatu
"aku risau la dekat si tipah tue(bukan nama sebenar). aku takut pakwe dia sayang dia sebab dia cantik je. macam mana kalau tuhan ambil balik nikmat tu tibe-tibe kan ? agak-agak pakwe dia sayang dia lagi tak ?"."manusia nie kita bukan boleh agak hati dia kan?"

aku gelak-gelak sambil pandang ex boifren aku. 
"awak suka saya dulu sebab saya comot,gelap,pendek dan tembam kan? kalau saya dah cantik, awak sayang saya lagi tak ?"
dia jawab 
"tak sayang..."
Bulan jawab "fine!"<----nada marah.ahakss


pssttt~ kena kekalkan kegelapan,kecomotan,kependekan dan ketembaman huhuhu...

pssttt~ Alhamdulilah, 4 tahun clash kami masih kawan.

sindrom malas menaip message

Assalamualaikum


Uwaaa.sunyi aja blog nie. Mana korang semua?Ahakss Ada sihat? Demam? Jangan lupa makan ubat taw. Maklum la sekarang nie musim tak menentu kekadang hujan dan panas silih berganti. Lagi satu, doakan semua rakyat-rakyat kita di Mesir  agar mereka berada dalam keadaan selamat. Juga doakan semoga rusuhan itu tidak berlarutan terlalu lama. *erkk..giler skema ayat*


Pssstt~ Nak tanye. Korang korang korang nie semua ade boifren/gurlfren kan? Selalu nye call ke message kalau korang berhubung?  Selalunya message la kan. Sebab nya kalau call susah nak bermadah pujangga nie. Ahakss lidah jadi kelu. Kalau message nie. Semua ayat-ayat jiwang karat 14 keluar kan?Ahakss.


Ini merupakan satu sindrom yang tak taw mana puncanya. sindrom ini memang berlaku pada diri Bulan. Bulan sanggup habiskan kredit call semula orang tu semata-mata malas sangat nak taip message. Tapi Bulan akan tengok juga la keadaan orang tue. Kot kot dia kat kelas, tak kan nak call kan. Bulan bukan jenis "handphoner tegar". Ahakss suka suki aku jeks letak ayat kan?. Maksudnye berkepit dengan handphone la. jika Bulan message kamu bermakna time tu Bulan jadi sangat luar biasa dan terlampau boring sebab hanya ada handphone sahaja. tapi kalo setakat nak reply perkataan 'ok', 'tq', 'ye', 'bye2','tc', ILU,IMU etc.. Bulan akan taip message la. nanti tersentap pula orang tue kalo Bulan call semata-mata nak cakap 'bye2','tc' dan terus letak. Bulan tau sindrom ini menggambarkan Bulan seorang pemalas. Tapi hape boleh buat, memang itu Bulan punye perangai.


Gambo tak ada kena mengena

pssttt~ memang malas sekarang nie. Dulu laju je offer diri kat mama nak masak. sekarang nie tengok je mama masak. huhuhu