Monday, May 30, 2011

Follower 1000 tapi komen....tak sampai pun 10 =(

Assalamualaikum...

Last update 3 hari lepas kot. Hari nie aku tak keje. So,boleh la buat assignment yang tak berapa nak berlambak lambak nie. huhuhu.

Korang tengok tajuk entri tue. Sentap mak nyah~ auwwww gitu. =p

Aku sentap?! Langsung TAK!

Aku sedar aku sekadar blogger picisan.Blog ntah apa apa Entri pun tak best.Banyak jiwang (kata Nazirul Hazwan). Gojes pink je lebih.Erkk,nak jugak puji disitu. =p

Korang datang singgah tak komen pun tak apa. Jadi silent reader je pun tak pe.Ada jugak orang teman 'Tentang Bulan' nie dikala aku tak teman dia.Eheee

Tapi korang drop message kat Shoutbox tue.Kompem aku tak terjah balik sebab aku tak ada masa nak terjah korang. Dulu aku ada janji nak terjah korang kan?Minta maaf la ye. Janji tinggal janji. Dulu aku janji macam tue sebab aku tak tahu apa kemungkinan dan keadaan aku untuk hari esok. =(

Kalo dulu aku ada masa nak blogwalking dan komen tiap blog yang aku follow. Tak sekarang nie tak sempat.Memang tak ada masa. Minta maaf la ye sayam sayam semua.

Tang follower aku ramai. Ramai ke 1000++? Sikit je. Lagi banyak 2000 kan?Hahaha.

Itu hasil blogwalking dan contest dulu. Kalo tak kerana dua dua cara tue follower aku tak la sampai ke angka sekarang nie.

Korang follow sebab korang join contest. Korang follow sebab korang nak tambah follower korang kan? Aku dari mula-mula blogging memang tak pernah nak amalkan tradisi 'i da follow u,follow me back ye'. Itu bukan cara aku la. Blog yang aku follow dengan ikhlas blog yang aku suke baca dan aku akan komen. Kalo tak sempat sekadar silent reader.

Angka 1390 tue hanya angka palsu. Kalo nak dikira follower aku sebenarnye tak ada la 1000. 100 pun tak sampai kot. Sejak aku tukar domain http://yeppeogirls87.blogspot.com -----> www.nazifazali.com. Memang korang tak akan dapat update dari aku. Tiap kali aku update entri pun 3jam lepas publish baru korang dapat. Tue pun pada follower yang follow aku selepas aku tukar domain.

Tak apa la. Aku sekarang bukan nya aktif berblog pun. Bukan pekerjaan utama aku dah. Bukan kegemaran utama dah. Kalo aku ada cerita pandangan dan luahan untuk di kongsi. Ya,aku akan update.


Lama tak show off gamba sendiri kat blog sendiri.Hahaha. Nah korang!Gamba terbaru aku. Abaikan bagasi balik kampung aku tue.Sibok je nak interprem =p

psstt~ aku teringin nak makan takoyaki!

Saturday, May 28, 2011

Entri tengah malam::Hargailah peluang yang ada

Assalamualaikum...

Entri ini di taip ketika aku tengah mengunyah paha ayam. Chicken drumstik wey~ Riak betol pompuan nie.Paha ayam goreng tue aku ambil masa nak balik keje tadi. Lauk tak habis. Sayang kalo di buang kan. No no tak baik membazir.Baik aku sumbat dalam perut aku nie. Tak heran la kalo aku naik 3 kg dalam masa 2 minggu. Sebab keje membedal je malam malam. Muihihihi.

Korang peluang tak datang bergolek kan?Kita kena usaha kan? Usaha banyak. Banyak lah yang kita dapat. Dan usaha yang sedikit atau kurang,maka sebaliknya la yang kita dapat kan?

Korang,peluang perlu dicarikan? Kita yang kena cari peluang. Bukan peluang yang cari kita. Sebab peluang yang ada nie bukan kita seorang je yang nak.Tapi ramai lagi.Kita ada persaingan disitu. Maka usaha la untuk dapatkan peluang itu.

Ermm,kita sukakan seseorang tue,tapi kita tak tahu pun dia suka kita tak.Dia buat dunno je. Layan macam kawan. Tapi dalam banyak kawan kawan dia. Kamu la dia layan special sikit dari yang lain. Tue maknanya dia pun suka kamu.

Perempuan nie kan,kalo dia sukakan seorang lelaki tue.Memang yang lelaki tue je dia pandang sehingga la hati dia terbuka untuk lelaki lain plak.So,kamu tak rase rugi ke lepaskan peluang nie?

"Tak kisah pun.Dia pergi 10 mai." . Haa la dia pergi 10 mai.Fine la kalo camtue!

Teringat pak cik speaker kat Terminal Bas Hentian Putra dulu. Bila dia umumkan ketibaan bas. "Bas Express Mutiara berada dihadapan sekali,anda dikehendaki mencari bas,kerana bas tidak akan mencari anda." aku dengar memang nak tergelak tergolek golek.

Masa kat Matrik UIA dulu,bila nak balik kelantan aku naik bas kat sana la. Tue je terminal bas ke Timur.

psstt~ nak tido nie.Samat malam semua.Tido sambil peluk paha ayam =p

Wednesday, May 25, 2011

Manusia ibarat MUSIM::Berbunga bunga di musim BUNGA

Assalamualaimu...

Lama tak update kan?Lagi lagi ayat sama. Lama tak update lama tak update. Korang pun jemu nak baca kan? Rasa rasa korang ingat lagi tak kat Bulan?Tak ingat kan?Takpe la.Sedey wei cam gini..Uwaaa.Majuk majuk terjun pokok taugeh la camnie. =p

Yang pernah berborak bergurau senda dulu,sekarang nie macam dah tak ada apa apa kan?Diam cam gitu je.Macam tue lah manusia kan. Sukar untuk diduga.Cepat berubah. Bulan mintak maaf ye kalo Bulan macam gini.Huhuhu I busy sangat u. Facebook i online hari hari.Sebab duk melayan kerenah customer. Blog tak leh la bukak hari hari.Tak sempat.Im busy woman now.Pergh~ Business woman gituewww~

Manusia nie macam MUSIM. Ade musim Bunga. Time musim bunga nie. Hati dia berbunga-bunga la.Semua bende dia nak berbunga. Tapi bile musim luruh.Yang berbunga bunga tadi tue dah luruh. Hidup bercelaru. Hari hari makan ikan cencaru. Hati tak keruan. Pagi pagi minum pati ikan haruan. Tettt!

psstt~timbang berat naik 3kg.Wahhh,hati berbunga bunga wa cakap lu!

Friday, May 20, 2011

Keras di luar cair di dalam:: Apakah itu?

Assalamualaikum...

Lama tak update. Entri "Flaming Steamboat" tue dah bape hari kat situ kan?Korang pun dah kenyang tengok kan?Hakss.

Nak kongsi pendapat sikit nie. Hanya pendapat je ye. Bukan nak perli atau pape.

Perempuan 1: tudung labuh,berjubah kadang kadang baju kurung. senyum je. cakap pun lembut.pelanggan tetap kafe sini. kadang Bulan terlupa nak buat air yang dia order. Sebab kalo ramai customer memang Bulan akan jadi kalut.Eheee 15 minit lambat pun tak pernah nak marah atau masam muka.Bulan tengok pun sejuk hati. bertuah sapa dapat dia. Bertuah mak bapak dia.

Perempuan 2: sama pemakaian dengan perempuan 1. Tapi muka selalu masam. Tak pernah senyum. Pernah sekali dia order nasi goreng tapi tak sampai kat dia sebab time kami panggil dia tak ada. maybe orang lain dah ambil dia punye order. Sejam lepas tue,dia datang komplen cakap order dia tak sampai. Siap cakap Bulan lembab lagi.Wa panas hati gak.Tapi sabar je. Dengan nada lembut,Bulan pun cakap "Sis,tadi kitorang dah panggil order sis.tapi sis tak datang ambil pun.Salah kami ke?Dia pun jawab. "Dah yang tue order sy macam mane boleh tak ada. tak kan tue pun awak tak leh nak fikir". Cett! Geram tol aku."Tapi kami da buat tadi,pape pun kami mintak maaf ye". Mengalah aje dengan orang macam nie.

So,sikap dan kelakuan seseorang tak bergantung pada cara dia berpakaian kan? Bulan tak setuju 100% orang cakap kadang kadang yang tak pakai tudung lebih baik dari yang pakai tudung. Yang tak pakai tudung tetap berdosa kerana dedahkan aurat.Walaupun solat cukup 5 waktu.

Bulan pun tak setuju 100% orang cakap yang seksi tak pakai tudung nie jahat. Kadang kadang hati mereka nie mulia. pertuturan sopan. Mungkin belum terbuka hati mereka nak tutup aurat mereka kan? Doa doakan la ye

psstt~ panadol soluble nie tak best! Mood 'running nose'.Benci tol!

Sunday, May 15, 2011

K.O.S.O.N.G

Assalamualaikum...

Dua tiga hari nie..Rasa diri tak teratur. Jiwang huru hara. Hati kosong....

Cuba untuk senyum.
Cuba untuk bergelak ketawa.
Cuba untuk riangkan hati.

Tapi semua tu 'FAKE'.....PALSU...

Tanpa aku sedar,airmata ini tumpah lagi...

Benci diri sendiri bila bersikap PALSU.

Ya Allah,kuatkan aku,tabahkan aku...
Aku tak mahu menoleh ke belakang dan menunggu dirinya.

psstt~ maaf dengan entri yang peribadi nie.

Thursday, May 12, 2011

Cerita Hati

Assalamualaikum...

Hari nie kat tempat keje free sangat.Ehee siap boleh online lagi. Update blog lah kalo gini.Eheee.
Melayan soalan customer yang banyak songeh nye. Ini bukan CERITA HATI.

Nie baru CERITA HATI Bulan...

Who am i to you?

Part of your family?

Partner?

Best Friend?

Friend?

Terasa hati bila seseorang menjawap bila di tanya. "Who am i to you?". Jawapannya " You are blogger."

What i want to hear is "You are my friend". No plus minus other than that. Just word FRIEND.

Perkataan Blogger tue sesuai bila hanya bertegur sapa di blog. "Hai,saya singgah sini."."Blogwalking sini.""Dah follow kamu.Follow me back.". Bak lagu Ezlyn "haihai byebye".

Kalo dah pernah berborak.Bergurau senda.Tue bukan namanye KAWAN ke?

psstt~~ Blogger Friend would be nice to hear too. =D

Wednesday, May 11, 2011

Rasa tak mampu menaip lagi

Assalamualaikum...

Dah banyak hari blog nie terabai.Sungguh tak sempat nak menaip nak bercerita nak membebel disini. Hidup sekarang sangat busy. Pukul 8.30 pagi keluar bilik pergi kelas dan rehat pukul 1 tengaahari. Pukul 2 kembali kelas dan pukul 4 baru balik. Pukul 4 tue time nak rehat. Nak makan nak tido.Semua time tue la.

Pukul 5.30 siap siap nak pergi kerja.Kerja sampai pukul 11 malam. Balik bilik, mandi solat,balas email customer.Siapkan parcel yang nak diposkan untuk hari esok. Penat kan?

Tapi nak buat macam mana kan? Ya Allah,kuatkan aku...

Bulan mintak maaf sangat sangat.Tak sempat nak terjah dan baca blog korang lagi. InsyaAllah, kalo ada masa weekend nie Bulan terjah ye.eheee

Bagi yang follow Bulan tue.Thanks.Bulan dah follow balik dan ade yang takde link tue.Ndak tahu mana mo nyari nya.Hukhuk.

psstt~ Alhamdulillah,dia dah macam dulu. Bulan dah tak merajuk dengan dia lagi.

Sunday, May 8, 2011

Mama,I Love U :: Happy Mother's Day

Assalamualaikum...

Baru sampai UIA pukul 5 pagi tadi. Huhu Turun bas terus naik teksi.Wa kene tambang RM12 woo.Mahal. Harga midnight.Kalo dulu ada la orang nak datang amik kat greenwood tue. Sikalang?Tak ada woo.Hukhukhuk.

Hari nie Mothers Day kan? Dengar dengar ada orang cakap haram sambut Mothers Day nie.Ermmm,no komen (bajet artis).Hahaha. Tentukan niat ye puan puan. Niat kita nak hargai ibu kita. Eh eh,hari hari kene hargai kan? Ye,memang pun.Hari hari kene hargai ibu kita. Tapi tak salahkan pilih 1 hari untuk kita hargai dia. Bagi dia tacing sket. Bukan mama Bulan yang tacing.Tapi Bulan yang tacing.Eheee

Tacing jap.Mama buat Mango Sticky Rice semalam.

Juadah terakhir Bulan sebelum naik bas semalam.Hukhuk.Sedih woo.

Along sayang mama sangat sangat.Mama tak pernah biar Along dalam kesusahan. Bila Along ada masalah.Along call Mama. Tak sempat Along nangis.Masalah tue dah settle. Mama suka membebel. Sebab tue la Along pun suka membebel.eheee. Along kene marah Abah.Mama bekap Along.Yes yes! 

Mama cakap Mama dah tak risau kan Along sebab Mama campak je Along kat mana mana kompem Along leh hidup.Ehee Tapi Mama tipu,sebab sekarang nie Mama sibuk duk suruh Along kawin.Huhuhu. Ala mama.Muda lagi nie 24tahun.hekhek.tak puas lagi hidup SINGLE nie.Ada jodoh kawin la. 

6 Mei hari tue bufday Mama.Kami adik beradik dah sambut bufday mama sekali dengan mothers day.eheee

psstt~ nak kemas barang,baju,nak lap kipas dan tingkap.esok kelas da start.Eheee part time job pun dah start. Bulan dah mula busy. Jupa lagi korang!

Saturday, May 7, 2011

Kalo Bulan Tak Ada Sini,Korang jangan Rindu rindu ye

Assalamualaikum...

Makin malas nak update blog. Kenapa ye?Tak ada idea?Busy?Ermm.Betol la tue.Memang tak ada idea. Lagipun Bulan sibuk dengan Online Business nie ---->Pretty Lens Store

Bila dah banyak order dari customer,memang memeningkan. Tambah plak dengan supplier yang cakap macam keling tuh! Orang mintak lain,lain plak yang dia bagi. Alih alih Bulan yang kene maki dengan customer.Huhu sabo je la.

Ok,korang mulai esok Bulan akan jarang dah blogwalking. Update tue InsyaAllah,sehari 1 entri.Tue pun kalo ade idea nak tulis.eheee Tapi nak blogwalking memang tak sempat kot. Kalo ade masa Bulan jadi silent reader aje. InsyaAllah,Bulan terjah korang nati.

Sebabnya,Bulan dah balik UIA. Semester pendek dah bermula. banyak hal kene selesaikan. Final Year Project tak lagi siap dan kelas lagi. Walaupun semester nie Bulan hanya amik 2 subjek.Bulan ada banyak hal yang perlu diselesaikan. Online shop. Part time job. Study. Mase nie la Bulan nak naikkan pointer. Sebab subjek tak banyak.

korang leh cari Bulan kat sini ye.

FB ----> Nazifa Mohd Zali (Cik Bulan)

Twitter-----> NazifaMzali

Formspring -----> NazifaZali (tanye je pape ye)

Tumblr ----> fly2damoon (second diary)

Korang leh add Bulan kat FB, follow Bulan kat Twitter dan Tumblr ok.Eheee

Sayang korang semua ^_^

Gambo Tuan Tanah. Maka 'Harus' lah!


psstt~~ sekarang nie kene usaha cari pendapatan sambilan selain belajar.Kalo boleh tak nak mengharapkan duit Abah dan Mama.

Friday, May 6, 2011

Happy Birthday Mama

Assalamuailaikum...

Hari nie hari Jumaat. Penghulu segala hari. Alhamdulillah, Hari nie jugak Hari Jadi Mama ke-46. Nie Mama Bulan


Kami celebrate simple simple je.

Gambo Tuan Tanah. Maka harus lah!~

Kek Mama.Simple je~


Nie adik adik Bulan

Yang baju pink tue adik bongsu Bulan.



Selamat Hari Jadi Mama.
Saya Sayang Mama

Tuesday, May 3, 2011

Nyamuk jadi vampire baru romantik kan??

Assalamualaikum...

Lama dah tak membebel sebelum tido. Meh cheq nak bebel nie.

kenapalah nyamuk nyamuk nie bijak semacam.
dah disembur ubat nyamuk, tak pandai pandai jugak nak mati.
dah dipasang cucuk cucuk ubat nyamuk kat elektrik tuh pom tak pandai pandai mati jugak.
dah diselimut diri pom pandai pulak dia menyelit yelit bawah selimut nie.

Ape masalah ko nie nyamuk nyamuk sekalian?
Taw la aku nie darah manis dari orang lain =p.
Tak kan hari hari aku punya darah ko mau nyedut nya?
Boleh mati aku taw sebab kehilangan darah yang amat kerna gigitan ko!

Kenapa lah Vampire hensem sangat. Kalo dia jadi nyamuk i rela aja di gigit. =p

psstt~ nunyte everyone.Muahhhx!

Monday, May 2, 2011

Gula-Gula dan 24:7 k-pop malaysia??

Assalamualaikum...

Bangun tadi sebab terkejut tukang rumah duk degung degang kat luar. Bising tol! Teka la pukul bape Bulan bangun.Hahahaha.

Korang baca tajuk entri tue dah leh agak kan cite ape yang Bulan nak bagitahu. Huhuhu. Dah banyak blogger buat entri pasal negara kita nie lahirkan artis ala-ala k-pop gitueww(boy and girl band korea). Masa mulamula baca tak tahu nak buat reaksi ape. Cume gelak je boleh. Bulan ambik port gak sebab Bulan nie peminat setia 'anak anak ikan' korea nie.

Sebab minat? Suke tengok dorang menari. Kemas dan best lah! Muka pun comelcomel je sume.Hahahaha. Musik mereka sesuai dengar telinga Bulan.


Super Junior:: Memang Die Hard Fan abes lah!

kalo yang girl band.Bulan suka After School.

So,disebabkan fenomena sebegini. Maka lahir lah k-pop Malaysia. Gula gula dan 24:7. Gulagula nie ala-ala Wonder girls. Hakhak tuih! 

Alahai. Bajet cun la nie? 

Perghh! yang tengah.Siap tunjuk 6pack lg.Huhuhu Muncet je wa tgk.

Ermm.Nie opinion Bulan je la. Jangan plak yang duk minat dorang (gulagula dan 24:7) mai serang wa ye. 

Tak payah la ikut dorang.Adat dan agama dorang tak membataskan semua nie. Agama kita ada batasnya sampai nak buka dedah perot paha sume tue. Tak perlu kot. Nak tunjuk bakat ke nak tunjuk perot dan paha. Dorang tue biar lah dorang. Dah memang dunia hiburan dorang macam tue. Boleh dikatakan 60% sumber kewangan korea adalah dari entertainment dorang. Even kalo event apa apa pun dorang tak jemput menteri. Dorang jemput artis dorang. So,tak payah la ikut cara dorang.Nak minat boleh.Layan je untuk halwa telinga. 

psstt~ Bulan layan time stress dan tension study.huhuhu

Sunday, May 1, 2011

Mari Adik adik Kakak kakak Makcik mak cik.Meh tengok meh.Rugi tak tengok.Hahaha

Assalamualaikum...

Saya salah seorang rakan kongsi Syarikat Pretty Lens Store. Bukan kongsi gelap okeh!
Dalam omputeh disebut 'share holder'. Muihihi. (rasa nak termuntah pn ade.ahakss)

Nak bagi tahu adik adik kakak kakak makcik makcik. Kami mengadakan 'Giveaway' untuk customer kami. bagi menghargai sokongan mereka dan juga meraikan ulangtahun kami yang ke-2 pada 6 Mei 2011.

Sebanyak 30 tempat akan diberikan kepada 30 pembeli lens di blogshop kami sepanjang Bulan Mei. So, sapa cepat dia dapat. Best woo kelebihan yang kami sediakan untuk pelanggan tetap kami. Cekedouk!----->SINI

uwaaa.cun kan?Berdiri megah gituew.Teheee~


psstt~ mama ckp "sedar diri sket.dah pendek buat la cara pendek.nie nk pakai heel heel plak." wengsss!