Friday, July 29, 2011

selamat harijadi dan selamat hari raya untuk kali terakhir sebab aku akan mati dalam sehari atau dua ini

Assalamualaikum...

Hawau u?fain?wat a u du in tudei? Hah ambik ko bahasa pa neh. German campur itali ka? Kau hade? Hekhekhek.

Lamakan aku tak update? Seminggu ade kot. last entri pasal melatah. Hah,hambik ar melatah sampai joget joget inul goyang gerudi. Pehh! Im retis ok. Ada aku kisah ? =p

Dah dah,tue la tabiat aku,mukadimah tue bukan main panjang mencecah lantai. Silap hari bulan boleh digulung buat jual. Semeter RM2.80. Ko nak?

Tajuk entri bukan main panjang noh..Eh eh,aku tak panggil Noh Hujan ok! Laki orang tuh tak kuasa mak! =p
*tengok!tak abes lagi mukadimah aku* ADESSSS

Aku duk godek godek nuffnang aku. Mau nengoknye gimane perpomen aku punye trafik. Haaaa! Semmputtttt! Tak update tak blogwalking ada jugak se-BE baru duk goyang inul dalam blog aku. Alhamdulillah.

Meh nak tunjuk,


Korang tak payah tengok la yang lain. tengok yang panjang tue je. boleh digulung buat jual RM4.80 semeter. Harga dah naik.Hekhekhek

Peh,Sape la gamok nye search benda nie. Boleh plak dia tahu dia nak mati sehari dua lagi. Makhluk Makhluk. Sodeih den menbaco nye ooo~ 

Puaso dop lagi hang nok ucap Selamat Hari Rayo buat gapo. Puaso hang dah abes ganti ko ujang oit. Eh silap. Bukan ujang blogger femes k.

Selamat Hari Jadi kat sapo plak neh nyah oit..meh aku kasi lilin putih onambolasribu.Ko tiup la sampai pengsan muntah darah. Mak oit,kayanya aku nak kasi lilin onambolasribu kat orang. Hekhekhek

Nak bagi ceramah sikit nie,

Hidup mati kuasa Allah.Dia yang menentukan segalanya. Bila,bagaimana,dan kenapa untuk suatu kematian itu. Kita, HambaNYA mampu berusaha dan berserah. Sambil kejar harta dan nikmat dunia tue.Jangan lupa akhirat juga. Untuk bekalan mengadap DIA. Salam Jumaat~

psstt~ Kempunan nak makan buah mata kucing. korang taw?

Thursday, July 21, 2011

Opocot mak engkau !!

Jangan di cuit pinggang aku. Pleaseeeee lah!

Melatah lagi. Dulu aku lagi teruk melatah. Antara ayat yang keluar dari mulut aku.

" Eh mok mu mok aku,mok mu burok siku."=p lama gak aku melatah ayat nie. Sampai mama aku pun tak leh buat hape dah.

"Oh cokek mok mu".Yang nie latah aku paling latest.Aku pun tak tahu nape dalam latah aku ade perkataan "mok mu". Huhuhu sungguh tak sopan!

Sekarang nie dah ok sket penyakit melatah nie sejak aku minum susu anlene.Ada kaitan ke? =p

Orang melatah nie bahaya. Kadang kadang sonok dengar orang melatah. Ade yang siap nari gojet lagi.Hahaha

Tapi jangan la duk cokek org melatah yang tengah pegang pisau,senapang dan benda tajam. Habis hangpa nati. Di tembak nya~ huhuhu

psstt~ jom kite kopikopi :)

Wednesday, July 20, 2011

Saturday, July 16, 2011

Dinner dengan hasil tangkapan abah

Assalamualaikum...

Bangun pagi tadi memang aku sakit sakit badan. Seharian semalam jadi Hulk. Angkat tue angkat ini. Tangan kanan aku nie pun tak leh nak luruskan sangat sebab sakit. Semua nie sebab semalam punya majlis la. Huhhuhu.Nati aku update entri pasal majlis ape yang berlaku semalam,hari jumaat.

Nie aku nak cerita pasal Hero kesayangan aku. Abah aku la. Semalam masa majlis kat rumah berlangsung Abah aku tak ada. Dia pergi 'nyandak sotong'. Aku tak tahu kalo bahasa keyell nye orang sebut ape. Abah aku pergi pagi semalam dan tengahari tadi baru balik. Huhuhu

Memang penat la kami adik beradik semalam bila buat majlis tanpa Abah. Kene angkat meja,angkat tong gas.angkat periuk belanga. Majlis nie pulak buat on da spot then tiba tiba abah cakap dia nak turun ke laut. Huhuhu

Meh tengok apa Abah aku bawak balik. Hasil tangkapan yang dia cari semalaman.



Lauk dinner malam nie. Budu and sambal belacan. Wajib!

psstt~ seluar jeans aku saiz 26 dah tak muat :( 

Wednesday, July 13, 2011

Happy Anniversary Cik Bulan =p

Assalamualaikum...

Semalam 12hb July 2011. Semalam jugak la ulangtahun pertama belog cikai serabai nie. Huhuhu. Tak sangka dah setahun aku berblogging. Namun, masih banyak lagi yang harus aku pelajari. Hekhekhek skema molep ayat aku.

Alhamdulillah,

Dengan penghasilan entri 364 termasuk yang nie dalam masa setahun. Follower seramai 1414 (wah cantik nombor =p). Alhamdulillah, belog 'Tentang Bulan' diterima oleh kalian. Terima Kasih kerana memollow dan membaca belog pink nie.

Belog bersalin baju 3kali dalam setahun nie.Semua atas jasa baik zaerr.com. Zaerr yang design template belog aku nie. Ringan dan cepat loading. Terima kasih.

Harapan untuk masa hadapan agar belog nie masih lagi diterima kalian. Entri yang aku hasilkan sedikit sebanyak dapat memberi info dan merehatkan minda kalian.Dan aku akan berblogging selagi terdaya =p. Namun kekangan masa dengan study dan bisnes sendiri nie membuatkan belog aku nie sedikit terabai. sedikit je yea. hekhekhek.

Ahakss. Wordless Wednesday =p

Tuesday, July 12, 2011

Aku Tabik dengan Pak Cik nie!!

Assalamualaikum...

Aku pose hari nie. So,tak nak taip banyak banyak. Apa kaitan pose dengan menaip?Hahaha Penat weh,lenguh otot otot aku menaip hokey. =p

Meh tengok video youtube nie. aku tengok kat belog Cik Epal. So,aku pun nak share. Yang aku rasa semua rakyat malaysia patut tengok. Korang tengok la. Jangan tengok hanya dengan mata. Tapi tengok dengan Mata ,Hati dan Akal



Sekian.Ok bai~

Saturday, July 9, 2011

BERSIH :: Tak seBERSIH nama Aku

Assalamualaikum...

Tengah tengok Big Momma kat Astro. Baru siap pack order customers. Esok baru nak pegi pos. Nie 1st time drive semenjak balik cuti nie. Lama tak sentuh kereta tue. Entah entah merajuk dengan aku. Hahahhaa.

BERSIH,kecoh sana sini. Dalam suratkhabar,telebesen macam mana la. Abah aku plak tak bagi tukar channel lain dah kalo tengok berita mesti TV3. Aku tak tahu nak cakap la dengan orang orang yang terlibat dengan perhimpunan nie. Dorang nie bagi aku AKAL PENDEK. Ntah ape yang panjang. Tak reti nak fikir. Apa efek nya pada rakyat yang tak terlibat dan juga pada ekonomi negara.Malu-malu. *wa geleng kapla*


BERSIH, tue maksud nama aku. NAZIFA. NAZIFA maksud nya bersih. Kalo yang belajar bahasa arab tue tahu la. Aku pun tak tahu sebenarnye. Selepas aku amik kelas bahasa arab masa matrik UIA dulu baru aku tahu maksud nama aku. Sebab ustaz selalu sebut bila belajar tajuk kebersihan. Dan aku lah orang yang selalu kene baca perenggan buku teks bila belajar tajuk tue. Gamak nye lebih afdhal kot aku yang baca =p

ok bai~

psstt~ maksud nama kita cermin pada diri kita =)

Friday, July 8, 2011

Malam Yang Buta::Manusia Buta Hati

Assalamualaikum...

Tengah berbungkus dalam comforter,aircond kuat sangat.SEJUK. adik aku tak bagi slow kan.Cett! bangun pagi esok kompem jadi cube ais aku.Hekhekhek.

Nape tak tido lagi neh?

Ko tanye sapa??

Aku tanye korang la =p *sengal*

Hidup nie unpredictable.Lain yang kita rancangkan lain yang jadinya. Sebab tue lah tercipta nya pepatah "Kita hanya merancang,Tapi Allah jua yang menentukan.". hidup nie tak macam drama korea.Semuanya ending yang indah indah belaka.kalo hero heroin mesti ending bahagia sama sama kan? Tapi kalo realiti hidup? Kita sayang cinta bangat sama itu kumbang/bunga.Tapi tak jugak ending nye kite dengan dia kan. Itu lah hakikat sebenar. Dunia realiti ini Allah yang tentukan. Itu contoh hiperbola yang boleh aku bagi la.

Dalam satu hari tue macam macam musibah kita boleh dapat. Tapi minta di jauhkan la ye. Dan mungkin juga berduyun-duyun rezeki masuk.Betol tak?. Allah tak kan uji kite dengan musibah saja. Dia juga akan uji kita dengan rezeki yang Dia berikan.Mungkin musibah yang menimpa ada nikmat disebalik nya. Siapa tahu kan?Oleh itu,usah mengeluh dengan musibah yang menimpa dan jangan riak dengan rezeki yang melimpah.

Terasa serious plak aku malam buta nie.Hahaha. kadang kadang tue lah yang aku fikirkan bila hati nie lalai memikirkan sesuatu yang tak mampu aku jangkau.Sebab aku hanya mampu merancang.

Aku bukan mengalah. Tapi aku menerima takdir itu. Dia hanya suatu keinginan aku bukan keperluan aku.

psstt~ Tarik selimut slow slow.Meh tido meh.Jangan lupa bangun solat subuh =p

Thursday, July 7, 2011

Meh tengok gambo aku shopping sakan dengan Erza Fareeha

Assalamualaikum....

Aku tengah bengang dengan posmen yang tak reti reti nak hantar parcel aku. Dah seminggu aku tunggu parcel contact lens. Pakai POS LAJU pulak tue. Tak sampai sampai jugak! Bengang bengang.

Meh aku nak cite story aku shopping ngan Erza Fareeha. sebelum aku balik cuti aku kuar shopim baju seluar kasut tudung dulu. Maklum la dapat gaji last.Hahaha.Sakan sampai tak hengat! Tak hengat dunia. Erza bawak bodyguard sorang tolong bawak paper bag kami. Ahakss.

Semua kedai dalam TS tue kami masuk tak kira la jual apa.Ahakss Nampak sangat menipu nye kan? Sampai je TS kami pergi makan kat Johnny's Restaurant. Tak sedap langsung!

Pastue bermula la sesi shopim mopim nie. Cian gak kat Zakwan (ehem2 Erza) =p kene ikut je kami. Mane kami pergi dia ok je. Habis shopim kami pergi KL central makan Mc'D GCB.Ahakss Nie Zakwan yang teringin nak makan. Habis makan kami pun balik la.

Jangan tengok kami.Tengok bag kami.Tue baru sikit =p

Muka budak puas hati dapat shopim =p

psstt~ Entri request dari Erza Fareeha sbb dia tak dapat update blog.hekhekhek Juga entri nak kasi jeles sama Mish,Ieyla,Anis and Ngeks

Wednesday, July 6, 2011

Tuesday, July 5, 2011

Harap-harap Bihun goreng aku sedap la ye::BBQ night

Assalamualaikum...

Demam dah ok. Cume malam malam demam nie gedik sket.Nak aje manje manje ngan aku. hahahaha
Tapi tak hape as long as aku duk rumah aku tak risau. Family ada.

Ok,korang tengok tajuk entri aku kan? Malam nie aku ada BBQ dekat tempat aku praktikal dulu. Tak tahu la korang kenal tak Loji Rawatan Air Chicha, Kubang Kerian,Kota Bharu,Kelantan. Hahahaha Kompem tak tahu kan?Yang duduk Kelantan pun kompem tak tahu.

Dolu dolu aku praktikal keje aku test air je. Make sure air yang dah di rawat tue memenuhi standard yang telah ditetapkan. Gitu ler den nok kabo nye cite. Hekhekhek.

Ok,cite aku dah melarat ke zaman zaman dolu dah nie. hadoiii..

Mereka mereka nie request nak bihun goreng dari aku. Mereka mereka nie siapa? Mereka mereka nie staff staff dan juga ex-student praktikal kat sane.So,aku cakap ok la.Aku goreng nati tak kalo tak sedap kome telan je la ek. Dan jangan kutuk aku depan depan. Belakang tak hape. Tapi make sure aku tak dengor la ye =p. Hahahaha

Tak sabar nak jupa mereka mereka nie semua. Siyes rindu.Lamo benor den tak jupe neh ah. Ukhwah dibina atas dasar keikhlasan bukan sekadar mainan. Itulah rahsia persahabatan :)

psstt~ aku terlalu jelite sekarang nie. malu nak upload gambor kat entri.Kang ade yang pengsan berkenan kat aku.Ahahahahhaakasss

Monday, July 4, 2011

Tak tahu nak tulis apa

Assalamualaikum...

Lama aku bukak tab 'new post' nie. Alih alih aku mengadap FB.Reply email customers.Dah 3hari demam selsema. Tak suke! Hidum mancung aku tersumbat.Nak bernafas pakai corong mooloot.Huffff :(

Nak bagitahu korang aku dah sampai rumah. Cuti 2 bulan. Best sangat duduk rumah. Relax~

Demam pun dah beransur sihat.Tak makan ubat pun.Makan masakan mama je. Tue ubat nye~ :)

ok bai~

psstt~ ada masa sudah sihat aku terjah korang ye :) siyes sangat rindu