Wednesday, July 14, 2010

seindah kaktus berduri...



salam semua...

ermmm....tidak layak utk diri ini di gelar 'mawar berduri' namun sy berharap mampu utk menjadi kaktus yg berduri...berdiri megah di padang pasir tidak memerlukan byk air untk meneruskan hidup...
walaupun tidak dipandang oleh mereka namun tak mengapa...

sy gembira dan berbesar hati berkongsi cerita yg sy ambil di blog kwn sy..
cerita tentang mawar dan kaktus..

Semua tumbuh-tumbuhan dan pokok tumbuh berkembang ketika musim bunga. Ada sebatang pokok bunga mawar sedang mengeluarkan sekuntum bunga yang cantik berwarna merah.

"Wah, cantiknya bunga mawar itu. Aku teringin sekali untuk jadi seperti dia" kata pokok pine.


"Alahai pokok pine, janganlah kamu bersedih. Kita tidak selalunya dapat apa yang kita inginkan" kata pokok merbau.

"Nampaknya akulah yang paling cantik sekali di dalam hutan ini" kata bunga mawar merah dengan megahnya.

"Kenapa kamu berkata begitu? Di dalam hutan ini masih banyak pokok lain yang cantik dan kamu cuma salah satu daripadanya" kata bunga matahari yang berwarna kuning.

"Aku nampak semua pokok melihat dan mengkagumi aku. Cuba lihat pokok kaktus itu, sungguh hodoh sekali dipenuhi dengan duri" kata bunga mawar.

"Hai bunga mawar merah, jangan cakap begitu. Kamu pun berduri juga. Kecantikan itu bergantung kepada mata yang memandang" kata pokok pine.

"Aku fikir kamu mempunyai citarasa yang bagus. Aku fikir kamu menyukai dan mengkagumi aku. Tapi rupanya kamu tidak tahu makna kecantikan. Kamu tidak boleh bandingkan duri aku dengan duri pokok kaktus itu" kata bunga mawar dengan nada yang marah kepada pokok pine.

"Wah, sombong dan megahnya dia" kata pokok-pokok lain sesama sendiri.


Bunga mawar merah cuba menjauhkan dirinya dari pokok kaktus tersebut tetapi tidak berjaya. Akarnya kuat mencengkam tanah. Hari demi hari berlalu, bunga mawar merah asyik terpandang pokok kaktus itu dan setiap kali terpandang, dia menghinanya.

"Pokok yang tidak membawa kebaikan langsung, hodoh. Nasib aku tidak baik kerana terpaksa berjiran dengan kamu" kata bunga mawar merah.

"Tuhan tidak menciptakan sesuatu tanpa ada kebaikan dan kegunaannya. Aku percaya, Tuhan jadikan aku begini tentu ada sebab dan manfaatnya" kata pokok kaktus kepada bunga mawar merah. Dia sedikit pun tidak berkecil hati dengan penghinaan bunga mawar merah seriap hari.


Musim bunga berlalu dan tiba musim panas. Kehidupan di hutan itu menjadi sukar. Semua pokok dan tumbuh-tumbuhan serta binatang memerlukan air tetapi hujan telah lama tidak turun. Bunga mawar merah menjadi layu.



Pada suatu hari, bunga mawar ternampak seekor burung pipit membenamkan paruhnya ke dalam pokok kaktus dan kemudian terbang dengan segar sekali. Kejadian itu menghairankan bunga mawar merah. Dia bertanya kepada pokok pine tentang kejadian itu. Pokok pine menerangkan bahawa burung pipit tersebut mendapatkan air dari pokok kaktus tersebut;


"Tidakkah itu akan menyakitkan bila burung pipit membuat lubang pada pokok kaktus itu" tanya bunga mawar merah.


"Ya, tapi pokok kaktus tidak sanggup melihat burung pipit itu kehausan" jawab pokok pine.


"Pokok kaktus mengandungi air?" tanya bunga mawar merah lagi. Kali ini dia betul-betul terkejut.


"Ya, kamu pun boleh mendapatkan air daripadanya. Burung pipit boleh membantu kamu mendapatkan air jika kamu minta tolong dari pokok kaktus itu" kata pokok pine.


Bunga mawar merah berasa sangat malu dengan penghinaannya terhadap pokok kaktus selama ini tapi dia sangat memerlukan air. Akhirnya dengan perasaan kesal dia meminta pertolongan dari pokok kaktus. Pokok kaktus dengan senang hati menolong bunga mawar merah. Dia meminta burung pipit membawakan air dan menyiram pokok mawar merah tersebut. Bunga mawar merah mendapat pengajaran dari kejadian itu. Dia tidak lagi menghina mana-mana pokok yang ada di hutan itu.



see,moral of the story..
biarlah tidak cantik luaran namun dalam (hati) yg paling penting..
sy berharap sy mampu menjadi si kaktus yg berduri ini...
walaupn kdg2 kala sering di pandang kerdil tp mampu mengembirakan hati sesiapa...
sesungguhnya,yg buruk itu dtg nye dr sy, dan segala yg baik itu dtg nye dr Allah S.W.T...
AMIN...

p/s:kredit to The Precious Moment

No comments: