Thursday, March 17, 2011

Naik tangga penat kan?Kalo turun tangga?

Assalamualaikum...

Wah lama nye Bulan menghilangkan diri kan kan kan?huhuhu. Macam biasa la. Internet UIA nie macam ngokngek sket.Hahahaha. Semalam Bulan format lappy nie. Dah lama tak format lappy,berat giler jadi. Sebab dah banyak sangat install benda bende tak penting. Lepas suke suki format dah lupe macam mana nak install wireless UIA nie. Ahakss. Sebab tue la semalam senyap je..Eheee. Sorry ye. Sayam kamu semua. Meh meh pelok ciom meh. <-----pompuan aje ek. Lelaki. NO!

Wah wah <----lagi?! Pernah naik tangga tak?Mesti pernah kan?kan?kan? Eheee Penat kan naik tangga nie. Lift ada bukan nak guna pun kan? Sampai kan nak naik tangga tue tak mo cakap dgn sapa sapa pun. Semput nyah!!

Apa yang Bulan nak relate kat sini nie. Kalo kita nak berjaya tanpa berusaha tue susahkan dan mustahil? Macam mana sekali pun kita kena berusaha. Tak ramai orang yang berjaya tanpa dia berusaha. Kalo ada pun memang rezeki dia kan? Tapi yang berusaha tapi tak berjaya tue macam mana plak ye? Maknanya mungkin itu bukan lagi rezeki nya. InsyaAllah, Allah s.w.t itu Maha Adil. Akan ada hikmah disebaliknya. Yang penting jangan putus berusaha. Betol tak?

Wah wah wah<-----Lagik?!Ahahaha. Pernah turun tangga kan?Senangkan nak turun tangga tue. Tak penat pun kan? Tak semput pun nyah turun tangga.Huhuhu.

Tue ibaratkan bila kita nak jatuh. Jatuh selepas berjaya atau jatuh masa tengah berusaha untuk berjaya. Senang kan nak jatuh. Semudah 1 2 3...betol tak? Gebeduk! tak payah susah susah berusaha nak jatuh kan?
Contohnya, hidup dah kaya raya. Duit ada berjuta juta lemon.Muihihi kalo Allah s.w.t nak tarik rezeki tue kejap je. Di takdirkan bankrup ke dalam bisnes. Semua harta kene lelong.Tinggal sehelai sepinggang kan?

Itu la percaturan hidup. Hidup nie macam roda. Tak selamanya kita kat atas. Akan ada masa nya kita jatuh ke bawah. Itu hukum karma hidup dunia nie. Dab bila jatuh tue cuba la untuk bangun dah berusaha semula. Allah s.w.t suka mereka yang berusaha. Berusaha untuk kebaikan ye.

percubaan buat mulut itik.huhuhu macam buruk giler.ahakss

psstt~ rajin rajin la naik tangga selepas makan. Boleh kurangkan hampir 30% kalori anda.Huhuhu selamat mencuba.Ahakss

17 comments:

eRza farEeha said...

mulut itik??gaahaha

iszieylyanziy said...

pennat dah naik tangga! huaaa,,da kurus dah,,nk naik escalator! hahaha :P

sarah mohamad said...

hidup adalah ibarat roda, kejap atas kejap bawah. kalau dah ada di atas, jangan di lupa pada yg di bawah.

dear, me berfalsafah di malam2 hari. hikhik

cik ayin said...

betol tu..idop ibarat roda..suka naek tangga....tak suka naek lif..pening

caliph shuriken said...

knapa suka wt mulut itik? hukk...

latest en3: x bole makan ni

zikeryhassan said...

turun naik tak tu kan exercise.

takde kejayaan datang bergolek. setiap apa yg kite mahu mestilah berusaha, doa dan tawakal :)

Gimi said...

ye..chayok!!

FariehanIbrahim [LBC] said...

1tgkt xpe ag nk naik tgga,
nie 4tgkt nk pnjt tgga, adoiii, cramp tgh jln! hahaa ;PP

wahhh! comey lar mulut itik tuuu, ^^

najihah sahami said...

cumill mulut u yunk..haha..

best gk guna peribahasa u ni. hidup ibarat naik turun tangga. haha

ardinihumaira said...

nok naik tangga skoloh pc 2 aaa gni... hehe...

Yan said...

dua dua anty tak larat. sakit lutut.

akU GaDis said...

wahh,, ad mesej tersirat disitu ea ^^

yunk! pp u sgt shomel! nk cubet! haha

adan said...

sebab tu la orang berjaya tu akan pernah mengalami kejatuhan yakni kegagalan.. tade orang yang berjaya dengan senang..

btw asal buat mulut itik tu?

p/s:pernah baca buku "berani untuk gagal" tak?

Cik Yana said...

Tangga umah cik Yana tak cukup mencabar nak exercise. Bese cik Yana buat lompat bintang 100x sampai senak perut. Hahaha~

izzysabki said...

utk yg kurus pulak,rajin2knlah diri gune lif..ngeh3:D

zOeY zAu YaH said...

betul2...hi hi

My name is Anonymous said...

comey ler duck lips nie..haha