Saturday, April 30, 2011

Sebelum tido tulis diari dulu.Teheee

Assalamualaikum...

Malam nie penat.Ntah nape penat sangat. Sebab rumah nie dah seminggu renovate.Tak lagi siap. Hari hari asyik kene menyapu debu debu dan sampah dari sisa-sisa renovation nie. Tekak pun rasa perit sangat sebab asyik hidu debu debu ceiling fiber nie.

Korang sebelum tido buat apa ek?

Ade yang mandi dulu sebelum tido. (syok la tido.freshhh gitueww)

Ade yang makan dulu sebelum tido.(esok bangun naik sekilo berat badan an?)

Ade yang bergayut dulu sebelum tido.(gayut atas pokok?jangan~~~)

Bulan plak tulis diari sebelum tido. Ahakss.Ala ala berangan gituew~
Tapi tue dulu la sekarang nie sebelum tido dan bangun tido mengadap blog je.Hahahaha.

Sebelum tido amik wudhu dulu.Kalo tak mimpi kene cekik antu kak limah.ahakss

psstt~ nak tido dah nie. Samat malam semua~

Kebiasaan yang diabaikan

Assalamualaikum...

Semalam seharian tak update kan? Maaf la semua,Bulan sakit kepala---->migrain. Kempunan nak makan kerang rebus pun terbantut. Selalu nye bila dapat makan memang pelahap giler.

Ok terus kepada tajuk entri. Tajuk yang agak siyes nie. Makan dalam makan dalam. Wengss~

Apa korang rasa bila kebiasaan atau rutin korang terganggu atau x smooth dah?

Sebagai contoh, korang berkawan ngan someone. Dia selalu contact korang (tengahari,petang dan malam seblm tido),dan memang korang dah terbiasa dengan dia buat macam tue.So,korang selalu tunggu la panggilan dia. Dah jadi kebiasaan. Namun sejak akhir2 nie,Dia dah tak lagi contact korang macam dulu. Bila dia tanya macam alasan yang dia bagi. Busy la banyak keje la. Ok terima je kan pape alasan dia. Masing masing buat hal sendiri. Apa perasaan korang?

Mungkin dia dah ada aweks la tue. So,tak ada masa nak melayan or call korang kan. Nati kang tak pepasal perang beso dia ngan aweks dia. Haru mak oi!

Bagi Bulan, susah Bulan nak hadapi perubahan kebiasaan nie. Bulan pernah dan sedang hadapi kesulitan hati sebegini.Mungkin sebab dah terbiasa dengan layanan dia. Bila dia dah tak lagi buat begitu,ignore je kita.Apa boleh buat kan. Hati orang susah nak diduga. Mulut kata lain Hati kata lain.Lagipun kita yang jadi mangsa kan. Mereka tak pernah fikir apa yang kita rasa. Bagi mereka asal senang dan membahagiakan hidup mereka itu sudah cukup kan? But life must go on. Kata mat salleh tepi umah =p

Sape leh teka.Apa Bulan fikir masa snap gambo nie?

psstt~ pergi la KAMU jika mahu pergi.Saya tak kan halang dan kacau lagi. Pergi la KAMU

Erkk.Baru perasan  dah lama tak letak gambo sendiri kat entri.ehee

Thursday, April 28, 2011

Aku PANAS HATI sangat wehh!

Assalamualaikum...

Apa beza negeri negeri di negara kita nie?perangai penduduk ke?Contohnye: Budak perempuan kelantan nie macam BITCH dan negeri lain nie macam BAIK yang teramat?Macam tue?

Sapa yang fikir macam tue. Memang KOLOT la ko.Baik duk bawah tempurung je.Ye idak?

Lagi contoh penah seorang blogger yang buat entri pasal undi negeri mana paling best di Facebook. So,undian paling tinggi ialah kelantan. Datang la hamba Allah nie mengomen "Kelantan kotor sangat.Jijik!" WTF! Negeri ko tue bersih sangat? Undian kat facebook je kot. Bukan nye undi politik pun. Dah pengguna facebook ramai orang kelantan.Nak buat camne. Ye idak? (gamaknye la)

Ada gak yang mak bapak dia asal kelantan tapi dia membesar kat kolompo. Berlagak!Rimas duk kelantan katanya.Tak ada pape pun kat kelantan. Bongkak! Tengok la nati ko kawin ngan orang hulu kelantan yang duk dabong  jeli gua musang masak pakai dapur kayu tue. Baru padan muka ko!

Korang baca la entri budak sebuah negeri yang perasan negeri dia bagus sangat. Memalukan betol.Macam orang tak da agama bercakap.

http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache%3AtxSSMKYSi9oJ%3Aakugedikz.blogspot.com%2F2011%2F03%2Fbenarkah-ank-mude-perempuan-klntn-xde.html+akugedikz.blogspot.com%2F2011%2F03%2Fbenar

psstt~ aku bangga jadi anak jati kelantan. suka makan budu dengan ikan rebus goreng.

maaf la..penggunaan "aku" dalam entri nie.

Wednesday, April 27, 2011

Cinta Ibarat Heroin Dan Berak

Assalamualaikum...

Kome kome sekalian tak rasa cumil ke tajuk entri awok? Soley soley~

Malam nie makan nasi ayam gorang dengan telur dadar. Mama pergi kelas ngaji malam nie. Abah plak outstation kolompo. So,tinggal la kami adik beradik. 1 2 3 4, awok sebagai yang sulong.

"Kome kome semua nak makan apa malam nie?"
"Ikut tangan Along la nak masak hape."

Ikut tangan wa ek?Kalo ikut tangan wa. Kita makan nasi kosong ja la. Ahakss.So,nk simple dan cepat.Wa goreng ayam dan telur dadar je. Lauk kering je malam nie. Tak ada kuah.

Ok, straight to da point.

Apakah itu Heroin?
Kamus awek awek cun kata: watak perempuan yang selalunya cun,cantik,gojes yang diselamatkan oleh watak lelaki atau yang ditergilagilakan lelaki. Sampai 2 3 lelaki tergilakan dia seorang.


Kamus Dewan Bahasa kata: sejenis dadah.



Korang terpikir pikir tak, nape la penagih dadah tue obses  sangat dengan dadah. Sampai tergila gilakkan kat dadah,Kalo tak makan terus rasa jadi tak betol dah naik gila gila.Sampai sanggup tetak mak bapak kalau tak bagi duit nak beli dadah. Sampai sanggup merompak mencuri membunuh.Semua nie gara gara cinta terhadap dadah. 

Cinta ibarat macam dadah la. Ketagih.Hari hari maw dengar suara dia. Semua buruk jahat dia nampak indah je.Kalo dah chenta sangat sama itu orang. Kentut dia pun wangi,ketiak masam pun wangi. Ye idak?

"Aku sedang ingin bercinta...karana.."pandai pandai la sambung sendiri yek~

Cinta dan Berak plak?
nie teori kawan Bulan punya kakak kawan dia punya teori.(ada lalat disitu.ehee)...wengggsss!

dia pesan, kalau tahan tahan cinta tuh, kalau tak luahkan atau tak lepaskan luahan ibarat macam tahan berak sakitnya. bahaya taw tahan berak nie.Bleh bawak kepada sembelit.

sebab hari tue kawan kakak dia tak tahan nak cirit dalam lift. Sampai tercirit dalam seluar. (Amaran: tengah makan jangan baca ye)


 psstt~ Dah 3 hari tak berak.kene makan ubat julap nie.Hukhukhuk

Tuesday, April 26, 2011

KING cakap Air Nescafe saya Tak Sedap

Assalamualaikum...

Oh yeah! Nak melompat lompat nie. Kelantan menang! Tahniah RED WARRIOR! I lap u lah!

Ewah ewah. Tak pernah lagi air yang Bulan buat dikutuk oleh sesiapa. Tapi lepas isyak tadi siap kene kutuk kaw kaw lah.

"Tawarnya air nescafe nie.Tak letak gula ke?"

Ececece. Biasa la even rumah nie di huni 6 pompuan 1 orang lelaki. Priority lebih kepada lelaki. Kenapa?
Sebab dia adalah KING dalam rumah Bulan nie. Sapa lagi kalo bukan ABAH aka Encik Mohd Zali Bin Mat nie.

King and Queen 

Nak tengok Television pun kene mengalah dengan dia. Erkk skema la plak tulis television.Huhuhu TV la. Sabtu lepas nak tengok AF. Dia sibuk nak tengok bola. So,Kami yang lain mengalah la. Nak wat macam mana. TV lg satu tue dah bagi orang. Mama baik hati sangat bagi TV kat orang.Hukhukhuk.

psstt~ sengaja letak gula separuh sudu. Kurangkan gula dalam minum.Erkk tol ke?Bantai jeks.
psstt~ baru perasan.membebel lagi malam malam nie

Monday, April 25, 2011

Update Gathering yang dah basi:: Meet Up ke-3

Assalamualaikum...

Eheee.Baru gedikgedik nak update pasal gathering. Eh eh boleh dipanggil gathering kot. Sebelum nie layak panggil meet up je. Tak hape la kan..nak jugak sebut gathering. Muihihihi.

Alhamdulillah..Persahabatan di alammaya kami berlanjutan ke alam realiti. Nie meet up kami ke 3. Dengan kehadiran blogger-blogger baru kami jumpe. Memang happening la. Makanmakan borakborak main bowling. Ingat nak karok. Tapi mahal la plak RM70 sekepala.Kalo tak memang test suara la ktorang.Hahahaha

Kali nie meet up nie dimeriahkan oleh 4 blogger selain dari kami iaitu:
Adik ok! sebab Bulan kakak!Muihihihi tua nye.

Sab- cantik! tue je bleh cakap bile mula-mula tengok dia. fashionista.kecik je. Tapi comel lah!
Zaty- malumalu kucim. senyum je memanjang.hahaha
Shag - 1st time jupe mmg kecoh.banyak mulut. ade je modal dia nak buat lawak.hahaha

Lagi sorang blogger jap lagi ye.

Yang nie korang tak yah kenal ye. Tak larat Bulan nak tulis.Hahahaha

Ni la sorang lagi blogger tue. Afiq Din. korang teka sendiri la mane Afiq ye. 

Afiq- hahaha malumalu dia datang jupe ktorg.Dia datang tegur Mish je. Sorry ye fiq next time kite main 2 game ye bowling tue.Ahaksss

Mungkin nie meet up terakhir. Sebab Ieyla dah habis study. Mish pun akan posting ntah kemana. Harap2 dia dapat ke sabah la ye. Menabur bakti di sana.Hahahaha.InsyaAllah, kalo boleh nak sangat berkumpul lagi. Nak main ice skating sama-sama. Naik genting sama-sama


pssttt~ Indah kan sebuah persahabatan/perhubungan andai kita menghargai satu sama lain.

Sunday, April 24, 2011

Hafiz AF7:: Awan Nano

Assalamualaikum...


Selamat pagi semua! Bangun tak lagi nie?Eheee. Tengok AF tak semalam?Uwaaa,cian kan firdaus tak dapat masuk. Sebak tak tertahan dia. Muka dia handsome tak hilang kehenseman tue dek tahan sebak. Sabor ye dik,tak ada rezeki nak masuk AF.Tak hape nati cuba la mentor plak ye.Takpun Imam Muda ke. Kan kan kan?


Tahniah pada yang diserap masuk. Takziah pada yang tersingkir. Bukan rezeki anda nak berada kat AF kan? Ewahewahewah macam Pak Nil plak kan?Hahahaha


Jom layan lagu nie. Best dengar Erul@Budin nyanyi semalam. Bulan suka!



Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan...awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi.. diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan... kasehnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi ...
dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai... jejarimu

Kasehnya
Kaseh tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekaseh sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu... ooooo-ooo

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan... awan
Sehingga tak mungkin terlupa
berikan belas sedari... dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitispun air matamu...kasehku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi..
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai... jejarimu

Kasehku
Kaseh tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Aku pelindung dirimu sayang
walaupun tak akan tercapai jejarimu... oooo-oooo



psst~~ jom karok! 

Saturday, April 23, 2011

Mulut asyik menyumbat aja!

Assalamualaikum...

Perghh tajuk! Ahakss.. 2 hari menghilang kan. Ada yang rindu tak? Meh nak pelok ciom meh.Ahahaha.
Streamyx kat rumah problem. Entah lorr elokelok duk online tetibe tak dapat connection. Mencik tol! Muihihi

Balik rumah baru 5 hari. Tapi terasa badan naik 5kg. Apa tak nya. Kerja kat rumah makan aja. Mama plak ada je makanan yang dia nak sumbat kat anak dara sunti cun melecun nie. Hukhuk over la plak tang pujimemuji tuh!

Bukan sumbat pe pun. Nasi je. Pagi tengahari petang malam tengah malam. Nie la jadual makan i sekarang nie. Kalau dulu kat hostel. tengahari dan malam je makan. Nie kat rumah.Hah! hamik ko 5 kali sehari i makan taw. Dah rasa macam mak dugong dah nie. Hahahaha.Tapi kempunan nak makan kerang rebus,jagung rebus, dan durian tak tercapai lagi. hukhukhuk...

Tadi pergi melawat kawan mama kat ICU. Dia koma sebab jatuh dalam bilik air. Pendarahan dalam otak. Baru je 3 hari lepas naik motor dengan makcik Leha pergi pasar pagi dengan dia. Dengar dia melawak dia ajar Bulan masak ayam paprik. Tapi sekarang sebak tengok dia terlantar atas katil tue.

psstt~ hidup nie sukar untuk didugakan?Kita tak tahu apa kemungkinan yang akan kita hadapi.

Wednesday, April 20, 2011

Cermin itu penting::cermin cermin la diri sendiri

Assalamualaikum...

Adess,sakit belakang. Macam orang tua plak kan? Muda lagi taw. Baru 24 tahun. Tapi ramai cakap tak macam umur 24 tahun. Apa rahsianya?

Ehem ehem..selalu la tengok cermin.Ahahahaha

Ok ok ok. Terus pada point ok. Bosan plak melalutlalut nie. Hukhukhuk

Nak menegur nak menilai nak memberi pendapat. Selami dan fahami situasi tersebut terlebih dahulu. Lebih baik jika alami dan rasai situasi tersebut. Cewahh sastera gilekss ayat aku!Ahakss.

Tak salah menegur dan memberi pendapat. Tapi biarlah ada etika dan susila nya. Betol tak? Biarlah teguran tersebut tidak menguris hati sesiapa tapi memberi kesan positive dan diterima oleh sesiapa saja.

Kadang kala imej kita di blog (alam maya) dan di dunia realiti nie berbeza. Jarang nak jumpa blogger blogger yang sama perangai dan caranya di blog dengan perangai dan cara hidup dia yang real. Banyak yang berpura-pura. Tak perlulah diceritakan secara detail kan. Itu hidup masing masing.

Nak menegur orang lain.Tapi diri sendiri? Fikirfikirkan lah. Tak tuju kepada mereka tertentu. Hanya pendapat kecil blogger picisan seperti saya saja.

Erkk.Rasa macam serious plak entri nie kan?Seram sejuk dingin je.Ahakss. Jangan amik hati ye. Hanya pandangan saja. Nak cakap lebihlebih nati kang dihentam. Maklum la,dunia blogging sekarang nie dah ibarat medan menghentam mengutuk dan mengkritik orang.

psstt~ Kenapa la banyak sangat cermin kat rumah nie.Hikhikhik

Tuesday, April 19, 2011

Tidur berdengkur::Jangan pandang remeh!

Assalamualaikum...

Ewahewah mentangmentang cuti.Rajin update an an. Nie entri ke-dua untuk hari nie. Opsss,ada lagi ke lepas nie?Malam nie ke?kan kan kan?

Korang ada masalah berdengkur tak masa tidur?Eh eh mana la nak tahu kan kalo dah tidur kan. Dah tak sedar terbongkang tidur kan?Pencuri masuk pun tak sedar.hukhukhuk.

Semalam naik bus memang Bulan tak boleh nak tidur sebab orang kat depan tue berdengkur. Huhuhu. Sebab Bulan nie jenis telinga lipas.Erkk tol ke peribahasa nie?lantak la.gorenggoreng.Ahakss. Kertas bunyi pun dah boleh sedar.huhuhu Apa lagi orang terpekik terlolong macam beruk Mat Yeh malammalam tak tahu nak hormat orang tidur an an.

Ok,meh check apa yang menyebabkan terjadinya dengkur nie.


"Berdengkur adalah bunyi bising semasa bernafas, apabila sebahagian daripada saluran pernafasan atas seseorang tersumbat. Ia berlaku apabila terdapat sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang.  Bunyi itu dikeluarkan apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu sama lain. Berdengkur bertambah kerap mengikut umur dan biasanya tidak membahayakan. "


Paham?Tak paham buatbuat paham ek. eheee

Sebab sebabnya ialah:
1.Saluran pernafasan tersekat. Hidung yang tersumbat dan sukar bernafas menyebabkan individu lebih kerap menyedut udara untuk bernafas.
2.Uvula yang panjang akan mengecilkan rongga pembukaan dari hidung ke tekak. Getaran yang berlebihan  dari tisu ini akan mengakibatkan dengkuran.
3.Tisu tekak yang besar dan tebal. Kanak-kanak yang mempunyai tonsil dan tisu adenoid yang membengkak selalunya berdengkur.
4.Orang yang berlebihan berat badan dan mempunyai leher yang pendek dan besar.
5.Apabila otot tidak tegang akibat arak atau ubatan yang menyebabkan otot lemah, lidah akan tertolak ke belakang, menutupi aliran udara atau otot tekak tertarik masuk ke dalam tekak dan menyekat salur pernafasan atas.
6. Tidur akibat kepenatan yang teramat juga boleh menyebabkan dengkur.

Cara-cara nak mengatasinya:
1.Ubah posisi tidur.Elakkan tidur terlentang. Sebab lidah akan tertarik kebelakang dan menyempitkan aliran udara. cubacuba praktis okey!
2.Orang yg mempunyai berat badan berlebihan memiliki jaringan leher yang  tebal dan berkemungkinan
menyebabkan  risiko berdengkur. So,cuba kurangkan, lemaklemak yang berlebihan itu agar lemak dibahagian kerongkong dpt dikurangkan. Amalkan hidup yang sihat.Eheee
3.Pengambilan ubat penenang juga boleh menyebabkan dengkur.Maka kurang atau elakkan ye.ehee
4.Hidung tersumbat juga merupakan salah satu punca berdengkur,jadi sebelum tidur cuba hidu wap air panas atau pun letakkan tuala yg dah dicelup dgn air panas pd muka dan sedut wapnya. Macam nak buat facial treatment la plak.
5.Habuk atau alahan boleh jadi punca kita berdengkur kerana masalah sukar bernafas. Pastikan cadar dan sarung bantal bersih daripada habuk dan hama. Alahai,nak tidur kena la rajinrajin sayang kat katil ye.
6. Cuba Try Test produk yang boleh mengurangkan masalah dengkur nie. Macam Breathe Right. Boleh cari kat farmasi.


Lagi info Infosihat dan Selangor2u


Psstt~ Kalau korang berdengkur terlalu kuat hampir setiap malam, elok lah pergi jumpa doktor sebab mungkin tu bukan dengkur biasa tapi Apnea Tidur Halangan (OSA) yang boleh sebabkan nafas terhenti semasa tidur. Bahayabahayabahaya.

Home Sweet Home::dah selamat sampai rumah


Alhamdulillah.. dah sampai rumah pagi nie.. pukul 5 dah sampai dengan menaiki Ekspress Mahligai laju macam roket. Terkejut Abah Bulan call cakap dah sampai.Awal giler!Katanya.Eheee.

Terlerai rasa segala rindu, penat, serabut, dan macam2 lagi sepanjang 3 bulan berjauhan...Cewahhh jiwang plak pagipagi buta nie. Korang mesti tengah membuta lagi kan?Tak ada orang nak layan Bulan la nie.Hukhukhuk

Apa plan hari nie?Nak kemas baju yang bersepahsepah tue. Sebab bilik Bulan baru siap renovate. Eheee Tengahari sikit lepas lunch nati Bulan online ye sayamsayam.

Ermm.. itu jea untuk pagi ini...ececece..bajet ade lagi entri pasni untuk hari nie kan? InsyaAllah,ada idea Bulan update nati ye.Papai!

Psstt~~~ nak menikmati suasana rumah dulu..Mama beli almari baju baru kat Bulan. Ohyeah!

Sunday, April 17, 2011

Entri membebel sebelum tido

Assalamualaikum...

Ada siapasiapa windu Bulan tak?Pat mengaku!Bulan nak pelok nie. Ahaksss. Lama kan Bulan tak update. Idea banyak. Berlambak-lambak. Tapi tak ada masa nak menaip. Kalo la cakap je terus leh update kan best! Leh la membebel sesuka hati an an an.Eheee

Nie, tengah pack barang masuk kotak and bag. Esok malam balik ke rumah terchenta.Cuti 3 minggu. Dimana? Kelantan. Oh yeah!. Windu kat katil saya. Muahmuahmuah. Tak sabar nak jumpa orangorang terchenta saya.Hihihi

Promise! Cuti nie Bulan update harihari. Sampai korang jemu nak singgah blog cuncumil nie.
Promise! Bulan akan bayar hutang kat korang sume. Nati Bulan terjah blog korang ok. Wait ya sayams!
Promise! Nak blajar masak. Yang nie promise dengan mama. Lunch Bulan masak,Dinner mama masak.
Promise!Nak tambah berat badan. Tadi timbang kat bilik kawan.Berat Bulan 38.5kg. Adesss tiup angin kompem tumbang.
Promise! Tue je kot.Banyakbanyak promise kang tak ter'promise' plak.

Pakwe saya rosak----->W595 sony ericcson. Dia tak mau hidup bila di 'on'kan. Macam mana nie. S0b s0b semua gambagamba cuncantik saya ada didalam tue. Nak update entri blogger meet up semalam pun tak boleh. Tunggu taw. Nati pakwe saya dah boleh on saya update entri yea.hikhikhik.

Adess.sakit tangan nie.Lenguh.Main bowling semalam. 1 game je kot.Hahaha. Lenguh kaki nie.Nak jalan pun tak larat. Pakai heel yang tak tinggi mane. Sakit peroot.Sengugut! Papai sume. Nak tido!

psssttt~ Hati ter'seliuh' sikit. Sekarang nie ok sikit lepas diurut.

Friday, April 15, 2011

Hati::Rasa::Akal

Assalamualaikum...

Lama tak update. Semalam baru je habis paper exam. Alhamdulillah,tamat sudah peperangan dengan buku. Tapi perang hati dan perasaan tue sering ada kan? Tak pernah surut.

Kadang kadang,kita cuba buat yang terbaik untuk dia,mereka dan sesiapa. Tapi jarang untuk dihargai dan dipandang.

Kadang kadang,kerana terlalu menjaga hati dia,mereka dan sesiapa. Kita sering melukakan hati sendiri yang sepatutnya didahulukan.

Bak kata orang:

Ikut HATI, MATI
Ikut RASA, BINASA
Ikut AKAL......Selamat. Kalau lah akal tue waras. Fikir fikirkan lah.

Sunday, April 10, 2011

Update entri sepantas 1 2 3

Assalamualaikum....

5 hari tak update blog. Sumpah pecah record Najihah Sahami. Erkk melalut. Sorry!

Esok exam. Paper ke-dua dan ke-tiga terakhir. Cuak! Sebab banyak kena hafal. Selama nie pun duk menghafal dengan Facebook. Padan muka kan? Macam Erza Fareeha buat report sambil cari info kat facebook.Eheee gelak cumil cumil..Last paper exam 14hb nie. pas tue boleh balik rumah.

Thanks korang yang menyumbang traffic ke blog Bulan. Nati habis exam nie Bulan terjah blog korang ok. Berjutajuta traffic Bulan bagi. Ahakss. nampak sangat menipu nye kan kan?hakhakhak  gelak sambil nganga molot. sungguh tak senonoh!

Kalo nak traffic lebih pegi blog Confuse. Dia sangat rajin menjejak orang. Sehingga tak terjejak oleh nye kini. sebab senak perot makan durian banyak sangat. Tue la ketegaq!

Nati cuti boleh la Bulan online 24jam 7hari 4minggu je. Ieyla pun janji macam tue gak sebab dia dah abis study.Hukhukhuk gelak sambil muncungkan molot.

Lama tak letok gambo bajet cun kat blog bajet cumil nie.

Gambo nye harus lah besau gedabak ye Tuan Puan.Hikhikhik gelak sambil kacip gigi =p

psstt~~ Hanis shomel,mungkin lama lama kita tunggu tu sebab Allah nak bagi yang terbaik untuk kita kan? Kita kena move on! 

Friday, April 8, 2011

Hanya Insan Biasa::Yang Biasa biasa

Diri ini tak punya apa-apa. Diri ini hanya insan biasa.
Diri ini tak kaya dan tak berduit.
Diri ini tak cantik.(ermm kene fikir semula yang nie tapi tak pe tulis dulu.eheee)
Diri ini tak cerdik.Dan hanya biasa-biasa sahaja.

Dan langsung tiada kepentingan dan keutamaan.
Sebab tu takde siapa yang suka bodek dan puji diri ini.
Tidak memberi apapa erti jika di bodek dan dipuji melambung lambung sampai ke atap reban ayam.

Kenapa ada kawan yang sebegitu rupa??
Berkawan dengan mereka yang hanya ada kepentingan.
Yang berduit. Yang cantik. Yang pandai. Yang glamor.
Bagus juga jadi macam Bulan nie.
Tiada siapa yang akan sibuk nak menyendeng2 dengan kita.
Yang ada hanya mereka yang menerima diri ini seadanye.

Tapi Bulan sangat pelik dengan manusia macam ni.
Kau berkawan sebab kawan kau tu ada kepentingan.
Dan kau akan tegur orang yang ada kepentingan saje.
Tak boleh macam tu,kawan. Setiap orang di sekeliling kau adalah kawan kau.
Dan kau tak boleh terlalu bongkak dan sombong sehingga kawan kau terasa invisible di sisi kau.
Kau hanya tegur orang yang ada kepentingan tapi kau tak sedar bahawa cara kau tu salah.

Bagi Bulan, selagi kita berkawan selamanya tetap menjadi kawan.
Berkawan mengikut status dan tahap kepentingan bukan cara Bulan.
Mungkin sebab aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana sebab tu Bulan tak di ajar untuk menjadi bongkak dan sombong dengan orang lain.
Alhamdulillah. Mama dan Abah didik Bulan dengan sebaiknya.
Dan Bulan harap ianya kekal dan takkan berubah.



psstt~ Saya NazifaZali aka Cik Bulan bukan jejentikgediks.Suka berkawan dengan sesiapa sahaja.Langsung tiada diskriminasi. Langsung tidak berpura-puraan.Kita manusia semuanya sama. Rambut sama color hitam.Apa yang beza? Amalan dan hati je kan?

Tuesday, April 5, 2011

Nak Promote Sikit.Meh la tengok contact lens comel comel nie

Assalamualaikum

Hai korang! Ingat lagi tak contest yang Bulan buat January hari tue?Eheee. Main sponsor untuk hadiah contest hari tue ialah PrettyLensStore.

Bulan adalah salah sorang daripada owner untuk blogshop contact lens nie. Lens yang kami jual memang original dari Korea siap dengan anti-fake sticker lagi. Maklum la banyak kat pasaran nie contact lens fake yang dijual dengan harga yang murah. harga yang kami tawarkan amat berpatutan. Kami dah hampir 2 tahun jalankan business nie. Alhamdulillah, hampir 500++ pasang contact lens yang telah di order.

Klik untuk ke Blogshop kami =)

psstt~ Kami happy,anda pun happy.

Monday, April 4, 2011

Aku baru kenal Usop Wilcha huhu

Assalamuailaikum...

Soley soley~~
Soley soley~~

Korang leh taw kan nie trademark sape kan? Hahaha Fenomena Usop Wheelchair nie Bulan jupe dekat facebook. Siap ada fan pages lagi. Target untuk sehari 15 000 orang yang "like".Giler ah! Populariti nye mengalahkan Shaheizy Sam yang menang Anugerah Bintang Paling Popular tue. Phewwit~

Petang tadi Erza Fareeha buat entri pasal Usop Wheelchair nie. Mula mula Bulan pelik gak. Sapa la Usop nie. Tak terfikir pun dia salah seorang pelakon Hantu Kak Limah Balik Rumah. Maklum la baru minggu lepas tengok muvi tue biar pun dah hampir setahun muvi tue ditayangkan. Hahahaha Dan lagi maklum lah semalam tak tengok ABPBH tue. Maklumla kene study.Huhuhu Banyak kan maklumla tue.@_@

Bila tengok je kat Facebook baru lah taw sapa Usop nie.Hahaha Lawak giler.



psstt~ Bulan suka scene yang Usop nyanyi lagu bufday sampai naik basikal.Hahahhaa. Terbaik la Usop! "Sapa setuju angkat tangan macam saya."

Selamat Membesar Confuse:: Tua sudah

Assalamualaikum....

Hari nie Hari kelahiran yang ke- 23 sahabat blogger Bulan iaitu Confuse aka Ngeks

Happy Birthday sayam!!!
Muahmuahmuah


  • mulamula kenal dia.dia nie pemalu sangat.nk angkat muka pun tak terangkat.pastu kami jupa buat kali kedua pergi tengok wayang. Hahaha Mai ai tudia.cakap...banyak wooo.

psstt~  friendship forever 

Orang Lain Tengok ABPBH 2011...Aku?Tengok Buku je.

Assalamualaikum...

Hai korang. Dinner malam nie makan Chicken Grill.Jangan jeles! saja nk show off. Sila lempang Bulan lajulaju. Ahakss.

Dah abes tengok ABPBH ke?Puas hati dengan keputusan anugerah kali nie?Eheee Bulan?Uwaaa T_T. Tak tengok pom! Tenet slow. Nak tengok online pun tak boleh.Huhuhu Nak pergi bilik TV kompem tak tertengok. sebab mesti ramai yang duk tengok. Berbekalkan ketinggian 154cm. 2cm tinggi dari Najihah Sahami. Hahahaha...Kompem memang tak nampak lobang hidum TV pun kat depan tue. Maka,terpaksa la mengalah dengan udang galah balik bilik dan buka buku untuk study


"Study wey Bulan.Ko dah la nak exam 6hb nie. Amboi meronggeng macam exam lambat lagi ek."


Tapi bukan study sangat pun. cabaran dan halangan tue amat banyak yang harus di tempuh. Terutamanya, Facebook.Memang dadah betol facebook nie. Ketagih sampai giangian.Adess.


psstt~ Suka sangat Shaheizy Sam menang.. i love u! U bintang popular. I bulan popular.Hahaha Sila tendang Bulan lajulaju.Eheee T_T

Saturday, April 2, 2011

Mak cik Merah aka Erza Fareeha Sarbri nie Pemes di Blog Bulan

Assalamualaikum....

Wah wah...Kembali ceria disini.Ahakss Nampak tak tajuk entri tue? Paham tak?Tak paham ek?Meh nak tunjuk.Eheee


Dah faham?Caya tak. Nie kata kunci untuk hari nie je. Ramai yang cari Erza Fareeha nie. Mungkin juga sebab Bulan banyak mention nama dia kat entri entri Bulan. Meh jenguk Mak Cik Merah nie. 

Bulan rasa dah ramai yang kenal dia. Dan blogger blogger kenal Bulan pun dari dia. Mekasih ye mek!

psstt~ tak sabar nak jupe mish,erza,ieyla,hanis,ngek,cik bayu nati. 16hb april kan?