Tuesday, April 19, 2011

Tidur berdengkur::Jangan pandang remeh!

Assalamualaikum...

Ewahewah mentangmentang cuti.Rajin update an an. Nie entri ke-dua untuk hari nie. Opsss,ada lagi ke lepas nie?Malam nie ke?kan kan kan?

Korang ada masalah berdengkur tak masa tidur?Eh eh mana la nak tahu kan kalo dah tidur kan. Dah tak sedar terbongkang tidur kan?Pencuri masuk pun tak sedar.hukhukhuk.

Semalam naik bus memang Bulan tak boleh nak tidur sebab orang kat depan tue berdengkur. Huhuhu. Sebab Bulan nie jenis telinga lipas.Erkk tol ke peribahasa nie?lantak la.gorenggoreng.Ahakss. Kertas bunyi pun dah boleh sedar.huhuhu Apa lagi orang terpekik terlolong macam beruk Mat Yeh malammalam tak tahu nak hormat orang tidur an an.

Ok,meh check apa yang menyebabkan terjadinya dengkur nie.


"Berdengkur adalah bunyi bising semasa bernafas, apabila sebahagian daripada saluran pernafasan atas seseorang tersumbat. Ia berlaku apabila terdapat sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang.  Bunyi itu dikeluarkan apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu sama lain. Berdengkur bertambah kerap mengikut umur dan biasanya tidak membahayakan. "


Paham?Tak paham buatbuat paham ek. eheee

Sebab sebabnya ialah:
1.Saluran pernafasan tersekat. Hidung yang tersumbat dan sukar bernafas menyebabkan individu lebih kerap menyedut udara untuk bernafas.
2.Uvula yang panjang akan mengecilkan rongga pembukaan dari hidung ke tekak. Getaran yang berlebihan  dari tisu ini akan mengakibatkan dengkuran.
3.Tisu tekak yang besar dan tebal. Kanak-kanak yang mempunyai tonsil dan tisu adenoid yang membengkak selalunya berdengkur.
4.Orang yang berlebihan berat badan dan mempunyai leher yang pendek dan besar.
5.Apabila otot tidak tegang akibat arak atau ubatan yang menyebabkan otot lemah, lidah akan tertolak ke belakang, menutupi aliran udara atau otot tekak tertarik masuk ke dalam tekak dan menyekat salur pernafasan atas.
6. Tidur akibat kepenatan yang teramat juga boleh menyebabkan dengkur.

Cara-cara nak mengatasinya:
1.Ubah posisi tidur.Elakkan tidur terlentang. Sebab lidah akan tertarik kebelakang dan menyempitkan aliran udara. cubacuba praktis okey!
2.Orang yg mempunyai berat badan berlebihan memiliki jaringan leher yang  tebal dan berkemungkinan
menyebabkan  risiko berdengkur. So,cuba kurangkan, lemaklemak yang berlebihan itu agar lemak dibahagian kerongkong dpt dikurangkan. Amalkan hidup yang sihat.Eheee
3.Pengambilan ubat penenang juga boleh menyebabkan dengkur.Maka kurang atau elakkan ye.ehee
4.Hidung tersumbat juga merupakan salah satu punca berdengkur,jadi sebelum tidur cuba hidu wap air panas atau pun letakkan tuala yg dah dicelup dgn air panas pd muka dan sedut wapnya. Macam nak buat facial treatment la plak.
5.Habuk atau alahan boleh jadi punca kita berdengkur kerana masalah sukar bernafas. Pastikan cadar dan sarung bantal bersih daripada habuk dan hama. Alahai,nak tidur kena la rajinrajin sayang kat katil ye.
6. Cuba Try Test produk yang boleh mengurangkan masalah dengkur nie. Macam Breathe Right. Boleh cari kat farmasi.


Lagi info Infosihat dan Selangor2u


Psstt~ Kalau korang berdengkur terlalu kuat hampir setiap malam, elok lah pergi jumpa doktor sebab mungkin tu bukan dengkur biasa tapi Apnea Tidur Halangan (OSA) yang boleh sebabkan nafas terhenti semasa tidur. Bahayabahayabahaya.

28 comments:

eRza farEeha said...

ohoo..i ni dengkur kureng..ngigau tu ad la..opss..hihi

Nazifa said...

@ erza

dengkur kurang?dengkur gak kan?hahaha mengigau tue mmg la.xtido pn u mengigau.eheee

~~su manje~~~ said...

alamak....dengkuran tiada.....kerap terkejut ada la....ekekekekke

Nazifa said...

@ sue

bahaya gak tue.ehee

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

haha...menyusahkan org jek org berdengkur kuat ni...bising!!!!!!!

Shiela Latif said...

akak rasa husben akak tu leher lebar dan teballah...tu pasaaalll...hikhik

nur aisya humaira said...

org dengkur ni, memg ganggu..rase nk tutup je muke dieorg tk mo bgi bunyi..ngeh2

ILA HonEyBuNNy said...

salam ziarah...

teringat xroomate dulu...suka tido berdengkur....asyik tutp telinga dengan bantal coz kuat sgt bunyi..ehheh

Nazifa said...

@ shiela latif

eheee.tol ek kak.so,akak slalu xleh tido la nie?

Nazifa said...

@ sis LM

hahaha.msti akak da slalu kne kn?

Nazifa said...

@ honeybunny

roomate?huhuhu tension xleh tido kn?

Nazifa said...

@ aisya humaira

uit uit sayam jgn.lemas x hidup org tue.hahaha

Mrs.Yie said...

nice info dik bulan..btl ke x bahaya tido berdengkur ni?rasanya kak mimi pernah terbaca info kalau berdengkur ni boleh bawak pada kematian..

Nazifa said...

@ Kak rafina

eh sape ckp x bhya?bhaya sgt kak.

missh chiorika said...

thnks 4 this info .
nasib baik missh tade .
fuhh :)

krole said...

huhuhu cukup smua maklumat berkenaan dengkur ni hehehe~thanks wak~sabo je la

Nazifa said...

@ krole

eheee.welcome! cian wak.xleh nk drop kt SB

Nazifa said...

@ miss aryeika

slalunye lelaki mudah dpt dengukaran nie

Nazifa said...

@ Kak chik

betol2! bahaya penyakit dengkur nie

kakchik@ella said...

kc pun penah dgr org ckp. brdengkur tu adalah salah satu "amaran" penyakit lain sbnrnya.

Fantastic Ajane said...

ermm.. jap..jap FA fikir2 dulu ada x berdengkur semasa tdo.. xda kot...wink..wink... hehehe

Izyan Masri said...

HIKHIK.DALAM BAS PON ADA YANG BOLEH DENGKUR ? GANAS TU XD

najihah sahami said...

sayam..u mesti kuat dengkur kan??hahaha

nazirulhazwan~ said...

kalau lepas makan, tidur mesti dengkor wooo, rasenye nasi sangkut kat salur pernafasan kot, hahaha

Nazifa said...

@ ajane

yeke xde nie.kot2 ade.tp x sedar.ehee

Nazifa said...

@ naz

ang la tue yg slalu mkn cmtue.hahaha

Nazifa said...

@ mish

ala u nie.u yg kuat dengkur kan?

Nazifa said...

@ izyan

tue la pasal.tensen tol.hukhuhk