Monday, September 19, 2011

Monday Mood : Blurr dan Serabut

Assalamualaikum...

Bangun solat subuh dengan keadaan huyung hayang. Pukul 7.12. Oppss kantoi!

"Akak jalan macam orang mabuk". Itulah kata rumate ku yg cute miut

Sebenarnya aku BLURR hari nie. Tak tahu nak buat apa. Banyak kerja tak settle lagi. huhuhu Weekend aku enjoy muvie je. Joget joget.

Serabut dan blurr.tak tahu mana nak siapkan dulu
1. Project tak siap lagi.
2. Add session tak settle lagi.
3. Photoshoot ahad nie tak tahu nak pakai baju apa.
4. Handphone Sony rosak.
5.Baju lupa angkat semalam.Hujan.Basah :(
6.Mengidam nak makan cendol :p

Saturday, September 17, 2011

Jangan menyampah boleh?

Assalamualaikum...

Jangan menyampah boleh? Jangan menyampah dengan aku. Aah,dengan aku. Sebab blog aku tak siap lagi. Dah gedikss nak update entri. Kalo korang tengok kat atas tue. Yang tempat ade gambo tukar tukar tue. Ce tengok betol betol bahasa nya. Langsung tak paham kan? Aku tak reti macam mana nak buang natang tuh! Huhuhu

Dah la aku nie tak 'pandai' nak edit template..cett! nak jugak perkataan pandai tue kan :p

So,siapa siapa boleh tolong aku design or edit template nie TOLONG laaaa. Jangan menyampah dengan aku k. Sebab aku nie tak patut di sampahkan.Erkkk! Pening jap. Bukan bukan sebab aku nie comel. So,korang tak leh meyampah dengan aku.Hahahaha

Kalau korang perasan shoutbox pun aku tak ade lagi. Aku dah lupa camna nak letak shoutbox tue. Cramp jap otak aku. Adesss

psstt: Tahniah sayang. ILYSM.till now

Tuesday, September 13, 2011

Help help kesempitan...

Assalamualaikum...

Wahh...rasa segar dengan blog baru nie. Yeah,tenang disini. Terima kasih kepada yang sudi memollow aku. Sat gi aku post kat korang marshmallow okey.Sorang satu. :p

Baru sampai UIA Gombak 12Sept 2011 semalam.Hekhekhek. Bila masuk je gate Uia. Aku dah pasang azam baru. Nak MOVED ON! Yep,I need to change.

Internet kat uia nie plak damn tenuk gilos baban. Kat bilik tak dapat langsung! Geram wa.Macam cicak kobeng duk dalam bilik takde tenet. Hekhekhek.Nie pun aku update kat office asrama. Sebab nak reply email customer and update blog.

Jadual semester akhir nie sangat lah pack macam tin sardin. Class aku dari pagi hingga lah pukul 3.30ptg. Hari jumaat tak ada class.Hopefully semester nie adalah semester terakhir untuk aku.Doakan aku ye korang :)

Nati aku update lagi~~

Nah..amik sorang satu.Jangan berebut taw :p

psstt: sape ade kat KL?ingat nak buat meet up blogger.

Tuesday, September 6, 2011

Second Me-Second Blog

Assalamualaikum...

"SELAMAT HARI RAYA"

Second Blog...Named Second Me... Second Me..membawa maksud aku yang ke-2. Aku yang pertama ialah aku la kn. Yang ke-2 nye di adaptasi dari blog nie. Non-edited tentang aku. Pemikiran aku.Kehidupan aku. Dan  Perwatakan aku.

Blog lame? Tentang Bulan. bukan sengaja nak aku abaikan. Tapi mungkin nak mencari semangat berblogging kembali dengan blog ke-2 nie. Tapi masih dengan email dan password blogger.com yg sama.

Blog ke-2 nie berciri-cirikan peribadi juga. mungkin lebih peribadi. Tapi tak ade la sampai hal hal dalam kain pun aku nk cerita kan. Aku pun ade muka gak. Cun lagi.hakhakhak tuihhh~

Dan aku juga akan selitkan serba sedikit hobi dan minat aku tentang photography,kucing,makanan dan minuman kegemaran, dan fesyen kegemaran. Bersesuaikan dengan tema blog aku Second Me :p Adess bajet retis la plak. Setakat nie dulu aku potpetpotpet.

Terima Kasih kerana membaca